Pages

5.7.15

Damn, dah dua tahun lebih.

How are you doing, netizens?

well, it has been how many years ah? let me check. two years and two months.

umpama yang dah solo boleh jadi dah ada a significant other,
umpama yang dah mengandung anaknya dah pandai bertatih-tatih,
umpama yang dah went broke boleh jadi dah pandai stabilkan hidup,
umpama biskut yang dibeli dah pun expired,
umpama tinggal lagi tujuh tahun lagi perlu bayar loan kereta,
umpama yang tanam anggur dah pun boleh menuai,
umpama dua tiga kali juga la tukar bulb led,
umpama yang dah bekerja makan gaji boleh jadi tukar jadi instagram seller full time,
umpama dari trend waffle dah bertukar ke anything-with-cheese,
and so on.


kesihatan masih lagi ok. mata clear, hidung clear, telinga clear cuma aku sakit urat sikit. babi bunyi macam dah tua gila.

aku dah bekerja, baru lapan bulan sebagai engineer.

aku masih solo like no hans solo.

hubungan aku dengan family sudah renggang. a bit fucked up.

aku masih menunggu jadual pembayaran dari tuan mara.

perut aku makin membolat, muka aku dah tak naik jerawat mungkin dah sampai tahap matang.

ada masa terluang, aku pergi spa.

aku rasa fashion sense aku makin hip dari dulu tapi aku masih malas basuh laundry dan pinggan mangkuk seperti dulu.

kadang-kadang kalau aku hilang fashion sense, aku play lagu "cool kids" by echosmith atau "sanguine skies" by honeymilk untuk kembalikan aku punya feeling.

aku mula berjinak-jinak dengan hiking.

aku masih lagi menggunakan public transport tapi aku dah ada sebiji motor untuk pergi balik kerja dan pergi beli grocery.

aku dah berumur dua puluh tiga, soon to be 24. dammnnnn. cepatnya masa.














14.4.13

confession #1

dari pukul 9 hingga 12 tengahari, aku cepat-cepat bersiap sedia untuk ke lab power electronics. dua minggu lepas aku terlambat 5 minit. minggu ini aku mahu pastikan aku sampai tepatttt pada masanya.

lab partner aku, jimmy menyapa tanda siap sedia experiment dah nak bermula! aku tak bersembang sangat dengan si jimmy ni sebab aku tak tahu nak sembang apa. dia nampak macam tua saja. haha.

haram satu habuk aku tak ready. jimmy tanya aku, aku dah baca ke belum. aku jawab a'a dah baca dah. sikit je lah baca. nevermind. bukan jimmy yang jadi highlight post kali ini. gambar di bawah ini 80% rupa sebenar meja lab itu. yang cacing kerawit biru merah hitam itu adalah cable. rimba wayar. hutan wayar. aku adalah jane dan jimmy adalah tarzan. haha.

kitorang perlu check berapa volt di antara node yang tertentu. time aku nak cabut voltmeter dari salah satu plug tu, aku tercabut sekali cable dari circuit boost rectifier. terkejut kerana time tu supply voltage adalah 62 V. kalau ada yang tak faham. analogi mudah, macam aku tercabut plug dari sesuatu mesin yang still on yang bervoltan tinggi. 


selepas beberapa minit kemudian, experiment tak menjadi kerana rectifier yang aku tercabut cable tu asyik blink blink 'over current' dan buat bunyi ringing yang teruk. pada masa itu lah, tangan aku dah mula rasa seram sejuk kerana aku tahu ini punca dari aku. jimmy tak tahu. aku pun buat-buat tak tahu.

datang lah maniam, si technician. maniam ni aku agak dalam lingkungan 50 tahun. mula-mula dia syak masalah kecil saja masalah, selepas itu dia dapat agak macam ada orang ubah atau cabut-cabut wayar. aku dan jimmy buat dunno saja. dan dia start membebel dekat semua student unsw ni. dia cakap,

"ni la kerja budak-budak unsw ni. orang dah penat-penat pi cucuk elok kat depa, yang seronok pi main-main cabut-cabut tu buat apa? ni pasaipa pulak dengan rectifier ni. "

sambil menunjuk ke arah power source. dia menyuruh,

"jimmy, naikkan 25 V....turun sikit 15 V.....naik naik naik naik naik lagi....40 V...turun turun sikit lagi"

macam itu lah ceritanya. dalam setengah jam itu, kerja jimmy adalah dok pulas tombol voltage source itu untuk check betul-betul apa yang salah. aku? kaku di sebelah jimmy. nak confess yang aku buat silap tapi takut dekat technician tu. i'm sorry technician. at last, you've changed the mosfet to IGBT. so, nak kata telur aku kecil, aku tak ada telur. mungkin ovari aku yang kecil.

teruk la aku ni.

8.4.13

kisah sempadan

#throwback couple of years ago


arwah mak aku orang thai. orang melayu thai secara terperinci. apa yang aku suka pasal mak aku ini ialah dia  chill orangnya. cool. waktu aku kecil-kecil, aku memang tak faham peraturan dan cara ingin keluar masuk sempadan. yang aku tahu, kena bawa gambar passport sebab nak buat 'borderpass'. itu saja.

waktu dah besar sikit, mak aku ada cerita yang katanya:

"mak selama ni keluar masuk malaysia tak pakai passport pun."
aku mula menyoal,
"pastu, mak pakai apa?"
dia menjawab,
"tak pakai apa pun. masuk malaysia macam tuuuuuu jaaaa. depa bukannya nak check sangat."
"nanti kena tangkap macam mana?"
"takdaaak aihh"

aku pun mengiyakan saja.



sadao-bukit kayu hitam

ada satu lagi al-kisah.

beberapa tahun sebelum ini, kitorang macam biasa balik kampung di narathiwat. tetapi kali ini ditemani dengan mak sedara dan keluarganya. kakak mak aku. disebabkan tahun itu, mak aku sudah mula sakit dan lemah, dia pun menyuruh mak sedara aku cop passport untuknya. kaunter untuk cop passport itu pun memang jauh dari tempat parking kereta dan kena beratur panjang. kesian lah dekat mak aku kan.

tetapi,

"boleh ke mak buat macam tu?" 
"awat tak bolehnya? cop jugak bukannya tak cop langsung"
"kahkahkah ye la maaaak. ikot laa nak jadi apa pun"

dan voila! lepas ok. aku tak tahu lah officer tu buta atau malas nak layan. muka mak aku dan mak sedara aku memang mirip dan diorang mempunyai tahi lalat yang agak besar di dagu. cuma yang lainnya, mak aku punya tahi lalat sebelah kiri. mak sedara aku punya tahi lalat sebelah kanan. sama besar cuma lokasi yang berbeza. 






23.3.13

pen

pada zaman universiti ini, stationery lebih-lebih lagi pen dan pensel memang tak penting. tak seperti zaman sekolah dahulu, peranan pen dan pensel bukan sahaja membantu membuat kerja sekolah seperti copy-paste nota sejarah yang sememangnya aku cukup benci. bahkan, untuk tayangan kemewahan stationery bagi sesetengah pelajar sekolah. aku pun sama saja dulu. 

abaikan.

waktu aku pergi ambil tiya(anak majikan) dari sekolah, dia cakap dia baru dapat "pen license". terkinja-kinja juga dia menceritakan dekat aku betapa seronoknya sebab sudah boleh guna pen untuk buat kerja sekolah. setiap minggu, ada-ada saja barang smiggle yang dia belikan. seronok juga aku dapat tengok barang-barang comel yang sememangnya aku dah tak akan beli.

well, tiya, akak nak cakap sedikit ni. nanti waktu tiya dekat uni, jangankan highlighter, pembaris pun belum tentu ada. phone, kad bas, kad bank yang akan jadi pembaris nanti. akak ada pen sebatang dan juga pensel picit sebatang. itu saja. entah-entah nanti, waktu tiya masuk uni, dah tak guna pensel dan pen. 

macam dia faham saja bahasa melayu.

22.3.13

cookbook

aku tengah tersadai atas katil sambil kipas berkelajuan nombor tiga direct menghala ke arah aku. lagu "vienna" nyanyian billy joel diputarkan di spotify. lega rasanya hari ini kerana minggu belajar sudah sampai ke penghabisan. tetapi untuk minggu ini saja lah. minggu depan tak tau lah nak sibuk cecah tahap mana lagi.

aku ada interview tadi. interview volunteer untuk penerbitan sebuah buku yang dikeluarkan sekali setiap tahun di universiti. buku itu dinamakan "student cookbook". buku yang menyajikan resepi-resepi mudah dan murah untuk budak uni yang sentiasa pokai macam aku.

cookbook dua tahun lalu.

aku umpama meng-let-down-kan diri aku tadi kerana tidak cukup bersedia. aku tak menjangkakan beliau, si interviewer akan tanya soalan yang sudah mencecah ke arah soalan formal interview seperti

"what's your strength?"
"what's your weakness?"

aku seperti tercekik seketul nasi, tak sakit tetapi tersumbat sekejap oesophagus aku. mula lah mata aku liar ke semua arah macam ada saja pokok-pokok sekeliling tahu akan jawapan tantang diri aku ini. aku bertemu pokok-pokok itu pun dua ke tiga kali setahun.

tengok lah macam mana keputusan beliau hari ahad nanti. moga-moga nama aku tersenarai. btw, dia pronounce nama aku betul. hehe. mat saleh pronounce nama aku betul. hehe.

ok. sudah.
selamat berhujung minggu.