Pages

1.3.12

megi.

megi. cap mi segera yang tidak asing lagi sehinggakan aku tempek cap megi depan cap-cap lain. megi ruski. megi pama. megi tomyam meme la kan.

meme tak ada kaitan dengan megi. try google "mi sedaap", keluar la gambar dia. 


semalam aku rasa nak makan megi. so, aku pun golek-golek ke asian supermarket kat kingsford itu. mencari-cari satu perasa yang aku tak boleh lari dari dulu-megi tomyam. tapi tak ada. meme aku tahu tak ada sebab dari dulu lagi meme tak ada, tapi sengaja aku godek-godek, gedik juga mencarinya.

last-last terbang duit aku enam dollar lebih beli sepeket besar megi kari dan empat bungkus kecik mi sedap goreng-goreng tu. aku mengharapkan mi sedap itu maintain sedapnya sebab malam ini aku mahu mengkedarah. ye lah. time hujan kan. senak peruk kalau tahan lama-lama.

aku pun terus keluarkan mi sedap(megi) itu, masuk dalam mangkuk dan flush. haha. tetttttt!. salah tu bang. masuk dalam mangkuk, jirus air, terus ke microwave, tunggu tiga minit, keluarkan, tos, masuk perencah, tambah kicap abc sikit, gaul dengan kasih sayang dan telan.

tapi, tapi rasa dia tak sama.

aku sedih.

rasa macam nak hentak kepala dengan megi itu. tapi malangnya, megi itu sudah habis aku telan. tak boleh lah aku hentak kepala aku.

janji, aku sedih sekarang ini.

Y U NO SEDAP LIKE BEFORE?

*mengkedarah : makan dengan rakusnya. no kaitan dengan darah, dara, mak dara, payu dara atau dara-dara lain.

26.2.12

kontot.


semalam di malaysia.
hari ini sudah di australia.
kau jangan guna air asia untuk jalan jauh.
sakit pinggang woo.
masa makin lama makin kontot.
post ini pon kontot.





18.2.12

kaki di singapura.

selamat hari sabtu kawan-kawan! kalau sesiapa online depan tv sekarang ni, aku syak kau tengah tengok cite hindustan kan sekarang ni? 

travel sorang-sorang di temasek hari tu bukan sahaja membawa aku ke dunia keamanan, kedamaian dan keberdikarian, malah dunia keseorangan. ya. peratus aku bercakap sorang-sorang atau dengan map atau dengan handphone cukup tinggi-mungkin mencecah 140%. bajet dalam $150 untuk dua hari dan mungkin termasuk dengan barang dagangan yang dibeli di Bugis Junction. 

kaki di singapura ini sebenarnya penghargaan aku kepada kaki aku sendiri, bukan kaki corinne bailey rae, bukan kaki ryan gosling tapi kaki aku. sebab, sebab dia sudah banyak berjasa untuk menampung berat muatan badan aku ke mana saja. termasuklah backpack aku yang beratnya 10kg. orang kedah cakap, sampai leweh bahu bak hang.

matahari terbenam dari marina bay and esplanade park.

manual direction woo. 

aku travel guna dua sistem sahaja; sistem mrt dan sistem lokomotif badan. aku berjalan. berjalan ke masjid sultan, arab street, little india, marina bay, orchard road dan bugis junction. universal studio singapore saja aku tak lawati kerana ergh, erm, kurang menarik agaknya. aku kurang berminat dengan uss. entah kenapa.

tiga kuntum gigi(marina bay sands) baru tumbuh bersama bracesnya(sands skypark). itu yang aku nampak la kan.*merepek

tengah tunjuk si singa muntah air.

terima kasih kaki.

kasut juga, thanks to you.

marah ni! jangan jatuhkan maruah raja buah-buahan!

it was fun, sitting by yourself in front of those landmarks sambil mendengar music menunggu matahari terbenam sehingga si senandung malam punch its card untuk shifnya pula. 

well. i'm satisfied. 


16.2.12

you. yes, you.


*amaran: post ini berkenaan cintan-cintun, bagi sesiapa yang membenci perkara cintan-cintun dan seumpamanya, sila kembali ke google untuk pencarian seterusnya. terima kasih.

untuk aku cuba luahkan cinta kepada seseorang, oh sungguh luar biasa jikalau berlaku. cinta kepada seseorang lelaki mungkin jua tidak wujud dengan mudah sekarang ini. mungkin perasaan insecure-terima kasih kepada perogol, penyamun, penggila seks yang semakin membelon di dunia ini. mungkin juga, sifat independent aku ini-tidak bergantung di bawah ketiak lelaki dan teknik-teknik self-soothing yang aku belajar dari baby-baby baru lahir. hebak baby-baby sekarang. 

cuma walau sehebat mana pun aku, walau se-independent mana pun aku, lama-lama jatuh ke tangan seorang lelaki juga. yelah. tulang rusuk aku. tetapi dia, walau sehebat mana pun lelaki yang aku jumpa, walau berlari bersembunyi ke kilimanjaro sekali pun, aku akan ingat si lelaki yang pernah merobek hatiku. kah kah. jiwang siakk. *kan aku dah bagitau ini sangat cintan-cintun.

si nenjiro itu buat aku rasa nak hempas pintu kelas dulu-dulu. sebab, sebab aku dah jatuh cinta dengan dia. mungkin sebab ini juga lah, aku malas nak bercinta sebab nanti segala pintu yang ada depan aku ni hancur berderai. termasuk pintu hati kau. jiwang woi! apa aku mengarut ni syaiton.

disebabkan aku suka sama si lelaki ini, sempat juga aku hadiahkan dia manga "stereo pop rock n roll" sebelum kitorang habis spm dulu. sebab si nenjiro dalam manga itu serupa dengan lelaki itu. sebijik kot. lelaki ini gila music-underground music. selepas itu kitorang mula lah bermesej-mesej sehingga sampai ke titik noktah. dan hilang begitu saja.

mungkin benar pandangan orang-yang pertama itu juga lah yang akan kita ingat.





15.2.12

kolumpo.

jalan kolumpo yang aku tahu sedikit sebanyak ini, mengecewakan travelling aku ini. ada thrill cuma sedikit saja. macam kau sakit perut memulas beberapa hari, tapi seinci pun tak sampai tahi itu. erm, ada paham? sudahlah. 


tengkolok dendam tak sudah. dendam apa tu bang?

aku mula jatuh cinta dengan central market. dan i don't know why.


"sebenarnya saya jatuh cinta kat awak, saya dah lama menyimpan perasaan ini. hanya tunggu masa saja nak luahkan." aku bermonolog ketika mai pergi tandas. 

mai-penaip dan penulis hebat blog a mere interlude.

perhiasan baju tiga belas. cantik kan?

di muzium tekstil.

tak pernah dengar dan tahu pasal muzium tekstil sebelum ini.

dan aku bersiap sedia ke temasek yang mengambil masa hampir beribu-beribu jam. oh penat naik ktm rupanya. bye kolumpo, hi temasek.


p/s: owh ya! mai temani aku jelajah ke tempat-tempat ini.