aku tak mahu bincangkan pasal permergian arwah depan orang. please, jangan bincangkan pemergiannya depan aku. bukan aku nak lupakan dia cuma aku masih terasa arwah ada di sisi aku. arwah tak pernah tinggalkan aku. tak akan pernah sampai bila-bila pon.
walaupun tinggal aku, abah dan adik aku-ya, agak kecil kumpulan famili utama aku tapi aku memang tak mampu lepaskan arwah mak lagi. entahlah. mungkin aku hanya sempat bertemunya selama 2 hari sebelum hari itu? hari itu adalah hari pemergiannya. 14 november 2011 pukul 2.00 pagi. 2 hari sangat tak cukup bagi aku untuk menjaganya berbanding dengan apa yang arwah lakukan demi aku selama 20 tahun.
aku mahu arwah sentiasa bahagia di atas, bawah, dalam dunia dan alam-alam lain. aku? hanya mampu berdoa dan kadang kala meluahkan perasaan sorang-sorang. harap arwah dengar. sekarang, aku dinaik pangkat menjadi ibu dan juga kakak. hebat. berat. kau cakaplah apa pun. ini tidak cukup berat dengan apa yang aku lalui-mak aku dah tak ada di dunia ini lagi.
2 comments:
be strong :)
thanx.
Post a Comment