Pages

9.12.11

kalau kau bukan diri kau sekarang?

aku imagine aku berdiri di tengah rumah kedai yang kosong di tengah kota. tengah pikir design kedai yang aku mahukan. ia mestilah bukan techno style, bukan jugak thoroughly-modern style, no-no-kayu jati style. ia mestilah style campur baur aku sendiri. meja dan kerusi aku ambil dari kedai secondhand direpair dan dicat baru. dinding dicat kaler natural macam putih atau kelabu cair. mestilah ada ruang lepak yang cool. dan ada mini bar untuk aku hidangkan air buah atau frappe ciptaan aku sendiri. bab-bab decor kedai tu tak ada sapa yang boleh sentuh kecuali aku.

kemudian, aku berjalan menuju ke kereta cabuk aku. aku tak suka kereta canggih manggih serba baru ni. biar old skool baru best. tapi old skool pun biar enjin mantop jangan sekali dua naik dan tehenjot-henjot nak mampus. 

aku kemudiannya balik ke studio aku. aku mahu studio aku tu di luarnya macam haram buruk gila, penuh vandalisme, berterabur tapi selesa di dalam. aku buka pintu studio itu, campakkan kunci di sofa putih itu dan terus membontoti tilam dan katil yang dicat putih. aku toleh ke kanan, jendela yang terbuka luas menghadap kota itu. anging sepoi meniup langsir beige itu. aku bingkas menolak baju-baju yang baru aku angkat dari jemuran. berlonggok di atas tilam ini. aku menyandar ke kepala katil, melihat sekeliling rumah yang agak sunyi. melihat gambar-gambar aku yang diambil di segenap pelusuk dunia. antartika saja yang belum aku sampai. aku suka lihat gambar aku di afrika itu. aku pasangkan lagu kuat-kuat. aku londehkan baju kerja aku dan menyarungkan seluar dan singlet putih. 

aku mahu seperti itu sekarang. semasa umur aku dua puluh ini. aku tak mahu ketinggalan dalam imaginasi aku. tak syok la asyik imagine bagai tapi end up kontra bagai. aku mahu ia seperti apa yang aku impikan. 

No comments: