Pages

16.2.12

you. yes, you.


*amaran: post ini berkenaan cintan-cintun, bagi sesiapa yang membenci perkara cintan-cintun dan seumpamanya, sila kembali ke google untuk pencarian seterusnya. terima kasih.

untuk aku cuba luahkan cinta kepada seseorang, oh sungguh luar biasa jikalau berlaku. cinta kepada seseorang lelaki mungkin jua tidak wujud dengan mudah sekarang ini. mungkin perasaan insecure-terima kasih kepada perogol, penyamun, penggila seks yang semakin membelon di dunia ini. mungkin juga, sifat independent aku ini-tidak bergantung di bawah ketiak lelaki dan teknik-teknik self-soothing yang aku belajar dari baby-baby baru lahir. hebak baby-baby sekarang. 

cuma walau sehebat mana pun aku, walau se-independent mana pun aku, lama-lama jatuh ke tangan seorang lelaki juga. yelah. tulang rusuk aku. tetapi dia, walau sehebat mana pun lelaki yang aku jumpa, walau berlari bersembunyi ke kilimanjaro sekali pun, aku akan ingat si lelaki yang pernah merobek hatiku. kah kah. jiwang siakk. *kan aku dah bagitau ini sangat cintan-cintun.

si nenjiro itu buat aku rasa nak hempas pintu kelas dulu-dulu. sebab, sebab aku dah jatuh cinta dengan dia. mungkin sebab ini juga lah, aku malas nak bercinta sebab nanti segala pintu yang ada depan aku ni hancur berderai. termasuk pintu hati kau. jiwang woi! apa aku mengarut ni syaiton.

disebabkan aku suka sama si lelaki ini, sempat juga aku hadiahkan dia manga "stereo pop rock n roll" sebelum kitorang habis spm dulu. sebab si nenjiro dalam manga itu serupa dengan lelaki itu. sebijik kot. lelaki ini gila music-underground music. selepas itu kitorang mula lah bermesej-mesej sehingga sampai ke titik noktah. dan hilang begitu saja.

mungkin benar pandangan orang-yang pertama itu juga lah yang akan kita ingat.





2 comments:

Paolo Balam said...

orang-yang-pertama aku sudah nikah. nice kan?

fingerkontot. said...

wohaa! abs-fcking-lutely nice!

congrats.