meme tak ada kaitan dengan megi. try google "mi sedaap", keluar la gambar dia.
semalam aku rasa nak makan megi. so, aku pun golek-golek ke asian supermarket kat kingsford itu. mencari-cari satu perasa yang aku tak boleh lari dari dulu-megi tomyam. tapi tak ada. meme aku tahu tak ada sebab dari dulu lagi meme tak ada, tapi sengaja aku godek-godek, gedik juga mencarinya.
last-last terbang duit aku enam dollar lebih beli sepeket besar megi kari dan empat bungkus kecik mi sedap goreng-goreng tu. aku mengharapkan mi sedap itu maintain sedapnya sebab malam ini aku mahu mengkedarah. ye lah. time hujan kan. senak peruk kalau tahan lama-lama.
aku pun terus keluarkan mi sedap(megi) itu, masuk dalam mangkuk dan flush. haha. tetttttt!. salah tu bang. masuk dalam mangkuk, jirus air, terus ke microwave, tunggu tiga minit, keluarkan, tos, masuk perencah, tambah kicap abc sikit, gaul dengan kasih sayang dan telan.
tapi, tapi rasa dia tak sama.
aku sedih.
rasa macam nak hentak kepala dengan megi itu. tapi malangnya, megi itu sudah habis aku telan. tak boleh lah aku hentak kepala aku.
janji, aku sedih sekarang ini.
Y U NO SEDAP LIKE BEFORE?
*mengkedarah : makan dengan rakusnya. no kaitan dengan darah, dara, mak dara, payu dara atau dara-dara lain.
2 comments:
macam budak iklan tv masa makan megi.
betul2 dia telan emosinya masa tuh.
megi beremosi.
haha. itu yang aku dapat tangkap.
Post a Comment