aku cuba betulkan riben di kepalanya, ketatkan sedikit dan tempatkan riben itu tidak terlalu tengah, tetapi ke kiri sedikit di kepalanya. rambut ikalnya, cuba aku kemaskan. walau apapun, hagia baru berumur empat tahun. biarkan saja dia bermain.
"umar!" panggil aku. umar, seorang lagi yang sudah bersekolah. budak ini tidak lah terlalu nakal macam hagia tetapi sangat competitive orangnya. tak mahu kalah dengan aku, sedang kami bermain game bersama-sama. dia sangat tak minat kepada ovaltine, tetapi lebih sukakan horlicks ho ho ho. rambutnya, sengaja aku nasihatkan dia simpan begitu rupa. gaya selekeh yang kool. dia pun gemar.
umar ni orangnya sangat bersih. aku pun tak tahu datang genetik mana pembersih ni. nak kata aku, jauh sekali la. kakinya sangat putih dan bersih. budak ni serius benci dengan apa-apa yang melekat di kakinya. weird. walau habuk sebesar m&m sekali pun.
lebih kurang pukul dua petang, pintu depan dibuka dihempas. aku tahu ini kerja siapa. noah la. siapa lagi? ketua segala adik-beradiknya. aku tahu dia sudah ada cewek di sekolahnya tetapi sengaja rahsiakan dari aku. remaja. sedang dia di dalam bilik air, aku terus lepak di atas katilnya sambil makan doritos.
hapak, busuk, semak. macam kandang kuda bilik si noah ni. lantak la, sudah besar pandai sendiri la jaga bilik. "what's up sayang" aku terus menyapa sejurus dia buka pintu bilik air. "ma, terkejut!". nak terlondeh tuala dibuatnya. kami berceloteh, di atas katil. dia banyak bercerita kepada aku.
hagia, umar dan noah. cukuplah mereka bertiga, buat aku bahagia dunia akhirat. nak tambah yang keempat, kelima, keenam pun tak apa. aku on saja! haha. masa depan. ya, aku baru berumur 20. angan-angan tinggi ke langit.
dadah apa aku ambil malam ni sampai sebegini imaginasinya?
6 comments:
gatai pungkoq dah nie. kuikui ;P
hahahhaahah :D
takpe angan-angan. esok akan datang masanya.
samad: hoi samad, hang nak garu pungkoq aku dak? haha
camy alya: lawak ke? hehe
ghost writer: i hope so.
bukan dadah tapi KCN mungkin.
nama noah sounds cool.
aku tak rasa effect KCN ni. setelah beberapa hari analisa, aku makan ayam banyak minggu ni. make sense? haha
Post a Comment