mestilah i cantik ok. cuba tengok i punya bibir, sexy macam angelina jolie merah bak delima. hidung i pulak sebijik macam nicole kidman. mata i macam deborah priya henry ok.
courtesy of google.
kadang-kadang, ada orang perasan yang bercakap sebegitu. mungkin di depan orang atau mungkin bermonolog saja. tapi kebanyakan orang malaysia melihat cantik itu dasarnya dari rupa paras. biasalah banyak influence dari media massa.
bagi pendapat i, hal ini disebabkan oleh kurangnya orang cantik di malaysia. bhahaha. nak buat macam mana kan, baka kita macam itu i.e. hidung tak mancung. so, kita, orang malaysia tengok cantik pada paras rupa.
tapi kalau kau datang sini yakni ke sydney, kau akan rasakan kelainannya.
kelainan apa?
kelainannya ialah hampir semua mat salleh di sini cantik-cantik dan kacak-kacak belaka. serius weyh. dah la cantik sexy pulak tu.
maka dengan itu, takkan lah nak ambil dari segi paras rupanya sahaja. kita perbesarkan pemerhatian kita la. maksudnya di sini, lihat dari segi akhlak dan kebersihan. meh. kalau faktor inilah yang diambil kira, maka hampir semua mat salleh tak cantik. yela. duduk terkangkang-kangkang. skill 'sosial' tu tak payah cakap la, tahap dewa grednya.
courtesy of google. cantik kan?
tak semua yang cantik itu benar-benar cantik. muka kau handsome, perangai macam haram buat apa? hidung kau terpenyek sikit, tapi baik dan pandai boleh buat calon suami.
ubahlah mentaliti anda!
1 comment:
biarlah orang tu boleh terima kita seadanya..wahhh..haha..tapi memang sokong pun..rupa tak menjamin sangat pun..
Post a Comment