Pages

27.5.12

sunday-buat jangan tak buat.

aku tak nak habiskan hari ini dengan tidak meng-update blog aku ini. sudah banyak kali, dan sudah beberapa minggu aku cuba isikan post yang bagi aku, menarik. tapi, never mind lah.

buat apa yang kita suka, sangat menyerikan hari dan hidup.
buat apa yang dipaksa, sangat menyedihkan hari dan hidup.

nak buat apa yang kita suka, ada batasannya.
nak buat apa yang dipaksa, ada limitasinya.

jika kita tahu batasannya, buatlah apa yang kita suka.
jika kita tahu limitasinya, buatlah sampai mana kita larat buat.

ya atau tidak, hidup tak semestinya buat apa yang kita suka sahaja.
tetapi, apa yang kita suka buat, biarlah ia jadi forte kita.


sedikit corat-coret hari ini;
aku pernah doakan biarlah banyak praktikal dari kira-kira dalam kejuruteraan elektrik ini.
alhamdulillah dimakbulkan. too many practical implementations, labs here, labs there, and in the end, aku doakan kira-kira lagi banyak dari praktikal. aku baru sedar, aku sombong dengan Tuhan aku sendiri.


upnext: wedding stuff




16.5.12

sekadar update tanpa tujuan.





you should listen and watch to this video from an aussie bloke. 
"Wait there
Pull yourself out of this state dear
Acknowledge that you were a fake here
From there on you might just grow"
-Brother, Matt Corby

7.5.12

the stoning of soraya m.


"the stoning of soraya m." atau "kisah rejam soraya m." aku terpesona dengan jalan cerita dan setiap babak dalam movie ini. berkisarkan kekurangan hak untuk wanita, pecah amanah dan saat-saat hukuman itu dijalankan. goosebumps. soraya difitnah oleh suaminya sendiri sehinggakan beliau direjam sampai mati. *lap air mata.

filem penuh.

5.5.12

pencuri self-confidence.

hi awak. saya sibuk sangat sekarang ini awak. saya belajar punya belajar sampai terlupakan awak. lagipun, saya tak pandai uruskan masa saya dengah efisyen. jadi, celaru lagi lah kehidupan saya kala ini. hurm.

saya tak ada pakwe. saya tak ada mak. tapi saya ada kawan-kawan yang baik, sudi dengar rintihan saya. saya juga ada abah tapi saya malas nak luah segala masalah saya sebab saya tak mahu abah saya rasa beban ada anak yang suka merintih ini. jadi, saya nak merintih dekat awak.

saya rasa, disebabkan saya kurang bergaul dengan orang kala ini, saya rasa gugup, gentar sangat nak bertegur sapa dengan orang di sekeliling saya. kalau saya bertegur dan bersembang pun, saya dapat agak riak muka saya macam mana. berkerut, tak senyum, gugup, gentar, macam tak jujur pun ada.

tapi saya jujur, cuma saya rasa skill sosial saya makin pudar ditelan arus pembelajaran elektrikal saya. kalau saya bersembang, dalam fikiran saya ada macam-macam persoalan.

ok ke tak kalau saya bercakap isu ini dengan orang tu?
perlu gelak ke senyum je ke atau buat muka cool je?
nak tanya ke tak?
lab jap lagi nak buat macam mana?
esok ada test, tak study lagi ni, macam mana?

semua persoalan di atas memang sentiasa berlaku secara simultaneously bila mana saya bercakap dengan seseorang. hurm. jujurnya saya nak cakap dengan awak, saya memang nak ber-hi dengan semua orang di sekeliling saya. tak kira lah dia cina, india, mat salleh, melayu, siam atau alien. cuma saya rasa pucuk pangkalnya, saya dah tak ada self-confidence seperti dulu.

saya tak berapa pasti siapa curi self-confidence saya ini. nak je saya call polis australia ni, suruh tangkap pencuri tu. tapi di sini, tak ada undang-undang berkenaan kecurian self-confidence. memang tak ada di dunia ini undang-undang itu. oleh sebab itu, saya juga lah yang perlu menjadi polis, menangkap pencuri itu. saya juga lah yang perlu menjadi ahli kaunseling kepada diri saya sendiri, untuk menaikkan lagi mutu skill sosial saya. sangat adil.

bagaimana kalau saya biarkan pencuri itu mencuri berkali-kali self-confidence saya. maksudnya, biarkan saja perkara ini berlalu dengan masa. perlukah saya berbuat begitu? tak boleh. ini mungkin boleh menjadi kes kriminal paling hebat dalam sejarah manusia. nanti CIA pun tak boleh bantu.

jadi, selepas saya minum kopi pekat yang panas ini, saya ingin menangkap pencuri itu secepat mungkin.