Pages

31.12.12

Woohoo!

Aku tengah bersiap nak pergi tengok pertunjukan bunga api kat harbour bridge. Bye!

Selamat Tahun Baru 2013.

30.12.12

berkelahi

sesungguhnya tekanan mendengar orang-orang berkelahi memang merungsingkan tambahan dengan language barrier yang aku sememangnya tak faham bahasa hindi kecuali kuch kuch hotaa hai dan mera naam hai.

apa aku buat serba tak kena, atas bawah kiri kanan aku cuba cari kerja memandangkan employer aku tengak hangat argue dengan suaminya. awkward gila pabila aku yang bukan isi rumah itu terpaksa mendengar pergaduhan suami isteri ini.

bila difikirkan balik, arwah mak aku dan abah aku dulu tak ada pula nak bergaduh umpama anjing dengan kucing ini. anak-anak terpaksa menjadi orang tengah dan aku syak memang anaknya stress dengan kerenah mak bapak sendiri.

baru aku faham betapa besarnya influence perilaku mak bapak sendiri untuk tumbesaran anak-anak mereka. ini adalah 45 minit terpanjang dalam hidup aku.

14.12.12

Puzzling

buku pinjam. terima kasih unsw library.

subjek sejarah sistem pendidikan menengah malaysia mengetengahkan sejarah asal-usul malaysia dan sekitarnya plus general view sejarah dunia sahaja. Hal ini menyebabkan lagi banyak aku ingin tahu pasal dunia, pasal sejarah perang dunia kedua di mana, pada waktu itu tanah melayu dijajah oleh jepun dan pada masa yang sama hitler cuba mengalahkan red army untuk menguasai stalingrad. Dan cold war, north korea, baitulmaqdis, perang di congo dan sebagainya. aku ingin tahu.

apa yang aku ingin tahu memang luas bidangnya. aku pun belum tentu boleh tahu semua benda ini. tapi i'll try my best to put my atomic-sized effort to gain more knowledge la. aku suka akan apa yang telah terjadi sebelum infamous sejarah berlaku. contohnya, paling dekat sekali tanah palestin dan zionism. ramai orang tahu the general view of palestine, apa yang tengah terjadi. tak ramai orang tahu apa telah terjadi sebelum zionism itu berlaku atau apa berlaku selepas isra' mi'raj. apakah sejarah baitulmaqdis, jerusalem itu sendiri? pernah dengar canaanites? well, google la. some people might say, who cares? tapi aku cakap, don't be ignorant, dude. that's the worst thing human can achieve.

buat masa sekarang aku cuba selesaikan puzzle otak aku ini dengan belajar sejarah soviet. Pasal stalin, lenin so that, aku boleh capai satu peringkat di mana berlakunya soviet-afghan war in 80's. Hal ini kerana dipercayai selepas perang itu, wujudlah satu tempat menjual senjata api kepada taliban secara haram yang terbesar iaitu di darra, pakistan. dan selepas itu, aku boleh beransur belajar lagi pasal taliban, afghanistan, iraq, us dan sebagainya. Selain itu, sejarah cold war antara soviet dan us (if i'm not mistaken) yang boleh tercetusnya the idea of internet itself. no cold war, no internet macam sekarang ini. interesting kan?

aku tahu ini bosan. tapi, aku tak tahu nak ceritakan kat siapa tentang isi hati aku ini. huhu

pasal pembelajaran formal, aku dah pandai buat crossover dan straight-through ethernet cable. 
"give a big applause to this lady!"
couple of seconds later...
i say "thank you, thank you"
hehe




9.12.12

Movie

I'm a movie junkie. Films dan movies adalah dua benda berbeza in terms of the creativity of the actions, I guess. Films are created from director's vision while movies are created based more on producer's vision and have more cliches and predictable actions la.




Despite all that, the word "movie junkie" seems more hip and fun compared to "film junkie". Thus, I'm gonna stick to the word "movie" for both movie and film.

I do love unpredictable movies tak kira sci-fi atau action atau drama atau romantic comedy atau documentary atau autobiography kecuali horror dan triller. I do some research first on a particular movie before watching it dan bukanlah aku hentam kromo sahaja pabila nak menonton sesebuah movie itu ya. I watch its trailer first and then its rating on imdb and lastly the actors and director.

Of course la aku ada favourite actor, Ryan Gosling dan Liam Neeson yang femes dengan watak Qui-gon. Aku mengaku Liam sangat hot walaupun dah tua. Untuk filem melayu, hurm, aku suka movie lakonan P.Ramlee dan juga Laila Isabella. haha. Yang lain, tak cukup umph atau aku belum tengok lagi seperti movie bunohan dan sebagainya.

The weird part is sometimes aku judge people by their favourite movies atau movie jenis mana dia suka. It's odd and not good at all. I know, I admit, I'm trying the best I can to not judge them by this thing. hurm.

The watchlist:
1. Shawshank redemption
2. City of god
3. The fighter
4. The girl with a dragon tattoo
5. The ides of march
6. The grey
7. Being flynn
8. Catch me if you can
9. Charlie bartlett
10. Nick and norah's infinite playlist
11. Detachment
12. Lars and the real girl
13. Blue valentine
14. Drive
15. Lost in translation
16. Little miss sunshine
17. 50/50
18. The pursuit of happyness
19. Flash of genius
20. Like crazy
21. Ada apa dengan cinta?
22. Kami the movie
23. Star trek
24. Star wars
25. Inception
26. Inglorious bastards
27. The aviator

Dan kini, aku menunggu untuk menonton Cloud Atlas dan Life of Pi. Sekian.

p/s: I've no idea about director's vision and producer's vision until I saw this.



7.12.12

tangan kasar

ini tangan sudah mula menunjukkan kesan
ira-ira mula menebal
makin kasar

apa yang aku nampak adalah kerja sampingan aku selama setahun setengah ini beri aku satu nilai
nilai workforce yang sebenar
susah payah suatu perkerjaan
aku mula tunduk kagum kepada orang yang berkerja sederhana
terdiam seketika pabila orang di sekeliling aku bercerita perkerjaan yang hebat-hebat
gaji beriban-riban
bukan aku tak suka, cuma aku tak suka bercerita
biarlah mereka dengan dunia mereka
aku dengan dunia aku







28.11.12

Berubah

It's been a while,
I'll try not to write something rubbish, konon nak berubah sedikit demi sedikit
And it took about two months to start a new "journey" katakan
To have a gut to write something
Rather than pondering on a good idea
Idea is neither good nor bad
The act of accomplishing that idea is actually the one that has side; good or bad, right or wrong
Well, it depends on the idea-some might say
Yeah yeah right


Yang tua masih lagi di kedai kopi, hisap rokok tembakau sambil menceritakan topik-topik politik yang menarik
Yang emak masih lagi memikirkan dinner apa hari ini
Yang muda masih lagi sibuk promote Sanzaru by Adam Sinclair
Yang aku masih lagi dengan perkara random yang tidak selesai lagi

By the way,
Hello everyone
Assalamualaikum everyone
I'm going to write regularly after this.
Maybe upload more photos, songs etc
whatever



9.9.12

Sunday.

a trivia for today.
Gideon Sundback (pronounciation: jee-dee-onn suun-bec) invented a modern zip.



lepak-lepak, dengar lagu sikit hari ini. owh jangan lupa pula basuh laundry anda yang berminggu itu sebab esok udah mula kelas. buat sekarang, jangan tangguh-tangguh. tambah-tambah, seluar jeans yang dah berkulapok dan berbusuk hapak. rambut jangan lupa shampoo. bulu ketiak, bulu toot toot pun jangan lupa cukur sebab esok dah mula kelas.cadar yang berbulan-bulan tak tukar, boleh kot tukar hari ini. yang perempuan pulak, jangan lupa pakai scrub dan mask malam ini sebab esok sudah ada kelas. you must have a rejuvenating face despite of anything that could happen tomorrow. 


pesanan dari khidmat masyarakat.







8.9.12

A little sunshine today.

Tahukah anda saturday itu asal dari saturn's day? sedikit trivia untuk hari ini ya.

nampak papan tanda: "no photo" dan "please keep quiet" dari jauh. termengah juga aku nak mencari building 101 dari wharf di cockatoo island tadi. aku nampak ada seorang lelaki dengan stroller dan seorang perempuan chinese intai-intai dari luar. hurm. terus aku nampak: "only 5 people are allowed at one time". aku buat don't know. terus terjah masuk, ternampak satu benda putih serupa kelambu tinggi tergantung, cantik. serius cantik.

aku kena halau keluar 3 saat kemudian sebab tak paham bahasa yang lima orang saja boleh masuk, hat lain tunggu sat kat luaq. seorang mat salleh warning aku. sachiko abe. itulah sebab aku sanggup datang ke event ini. dia start potong kertas ini bukanlah kerana art pada mulanya tetapi kerana boleh tenangkan fikirannya. dia start gunting kertas ini sejak tahun 1995 bermula sebagai satu meditasi. satu hari 10 jam dia habiskan masa gunting kertas memanjang. lebar setiap potongan kertas itu lebih kurang 0.5mm dan lagi mendalam dia berfikir, lagi halus potongan kertas; 0.2mm. satu kertas memakan masa selam 40minit untuk sachiko habis potong dan satu kertas boleh capai 5m 40inch panjangnya.


itu sedikit fakta. lebih kurang setengah jam aku mengamati air muka sachiko ini. tak berubah sedikit pun. kot la nak kata lenguh badan ka, nak menggeliat sikit ka. tak dak aihh, yang dia tau hanyalah gunting kertas. she's very calm, sangat tenang. tapi secara tiba-tiba dia berhenti gunting tadi, riak muka dia tukar lain, aku jadi hairan. rupanya ada budak dari luar building tu, menangis. bila budak tu sudah jauh, bunyi nangis tu makin lama makin perlahan, baru dia mula menggunting kertas balik. a little weird. itulah sebab kena perlu diam bila nak masuk building ini.



from google image. gambar betul tak ada sebab no camera kan.

gambar-gambar lain.


free ferry!


ini building 101.

kontena.

ini heavy machinery tahun 1890-an yang dipakai oleh convicts untuk bekerja. dahulunya, cockatoo island ini adalah penjara ya.


kedai makan.

couch.

kedai makan lagi. aku suka setup kedai makan yang ala-ala industrial-ish.

ini painting kegemaran aku.

aku boleh tatap painting ini selama yang mungkin.


ini salah satu exhibition tentang entah?


view dari tangga yang curam.





owh lupa. event hebat ini nama dia 18th biennale of sydney. biennale: bee-en-naa-lay, an event (art) which is held every 2 years. suka aku sebut biennale.


5.9.12

Tiya


gambar aku nampak ketiak walaupun tengah pakai tudung.

When i was about to finish my job today, she gave this drawing to me. The feeling at that time was great, in fact it is still great, to have people appreciate me even though i'm just their housekeeper. She gave me a chocolate bar last week, katanya untuk eid celebration. Her name is Oditi, but Tiya is her name at home. She is really talkative. She's nine and I pick her mostly on wednesday at school. 

Before this, i did get a drawing from my previous employer's daughter. Her name is Sanika Alyaa. She's five. It was last year and i really enjoy my work there. dan dia punya adik, Sunny memang habis kiut sebab setiap kali dia bertembung dengan aku, dia akan senyum lepas tu terus buat u-turn dan pecut secepat mungkin. Aku pun tak paham sampai sekarang kenapa?haha

point di sini adalah, aku suka budak-budak ini tetapi aku memang tak reti nak react dengan kelakuan diorang. part paling best ialah bila aku punya grammar salah, tiya tolong betulkan. malu dek kerana diperbetul oleh budak darjah tiga tapi apa aku kisah. dia sangatlah adorable. 





27.8.12

Malam ini.

apa yang aku pikir malam ini sudah tentu untuk kejadian esok dan sebulan akan datang. apa yang akan aku buat untuk esok, sudah aku atur-atur susun pelbagai kondisi dalam fikiran supaya entah? 

entah kerana aku pun tak pasti apa yang aku kejarkan. aku rasa aku mahu ke pantai sekejap esok atau hujung minggu ini. tapi, oh ya! ada kerja itu ini untuk esok, kalau tak esok, lusa, kalau tak lusa, tulat.

selalu aku stalk photo-photo orang lain particularly sekitar sydney, dan aku fikir lagi, bagaimana mereka itu sempat ke sana ke mari sedangkan aku kalau tak di rumah, di uni, atau pun di tempat kerja, cuci pinggan. such a wasted time staying here without discovering the awesomeness and the gloominess of this area. 

aku juga pikir, atau lebih tepat lagi, risau tentang perasaan aku terhadap mana-mana lelaki. bukan bermaksud aku ke arah cintakan sesama jenis, cuma aku risaukan keridaksihatan aku terhadap perkara ini. i don't know how to build any feeling towards guys. aku mahu rasakan semula tapi aku macam sudah masuk fasa kemurungan dalam kitaran hidup seorang perempuan; menopause. argh. meragam sungguh fikiran malam ini.

dan baru aku sedar, blog aku ini penuh dengan perasaan yang sangat random yang what the.. dan sudah pasti benda yang aku cakap dalam blog ini, aku tak akan ceritakan langsung di luar dunia blog. nope, not at all. 




hey! aku bukanlah perempuan murung. haha
cuma malas aku nak ceritakan benda menarik dalam blog ini. benda yang menarik bagi aku kadang-kadang tak menarik bagi orang lain. aku sempat beli pajamas zirafah yang berharga $45 walaupun terpaksa berhutang sebab aku tengah pokai, kosong-kosong dalam bank. oh sangat menggembirakan tapi bukan sebeb berhutang tetapi dapat PJ yang berekor. ini benda menarik bagi aku. see the point? woot woot!

selamat malam.

25.8.12

angus.


selamat hari raya semua.
dan selamat berhujung minggu juga.
kepada orang yang sudah pokai dan tengah menunggu hujung bulan untuk menerima elaun atau duit gaji, selamat berpokai untuk seminggu lagi.
kepada sesiapa yang bernama angus, angus bin malik atau apa-apa sahaja, aku nak bagitau yang aku suka nama kau.

14.8.12

tudung

aku mahu jual tudung di sini dari belajar.

dalam masa dua jam, pooooffff! list order datang melimpah ruah. syukur. ini memang dijangkakan kerana selain aku jual tudung, hanya sekelumit golongan yang berani jual tudung gaya-gaya malaysia ini. selain itu, para pelajar di sini kebanyakannya bergondol-gondol ke paddy's market di mana ada satu gerai yang jual tudung atau selendang atau sebagainya dengan harga yang melambung-lambung-lambung, mael lambung. selendang pasmina dijual dalam $15-20 walhal di tanah air, sepuluh hinggit ke lima belas hinggit sahaja. atau, suruh mak ayah post tudung ke sini. atau beli online dari mana-mana website, shopblog yang murah. heh.



boleh la aku balik malaysia dengan senang hati esoknya.



11.8.12

dalam dilemma.

raya makin hampir. sebagai anak yatim yang masih baru untuk bejinak-jinak dengan dunia tanpa ibu ini, aku masih dalam dilemma, adakah aku perlu balik meraikan hari raya bersama abah dan adik aku? aku sudah boleh bayangkan suasana hari raya di sana. sudah tentu gloomy.

well, plan aku untuk pulang ialah beli tiket airasia dari 15hb hingga 20hb ini. sesudah sampai di KL, naik flight turun di langkawi. begitu juga lah untuk pulang ke sydney.

kenapa 15hb? sebab 14hb aku ada test control systems.
kenapa 20hb? sebab 21hb aku ada test electrical energy.
kenapa langkawi? sebab tiket lagi murah kalau nak dibandingkan dengan alor setar.


aku akan hilang markah, aku tarik diri untuk jadi volunteer artsweek dan pitih. pitih kawe pom cukup-cukup make jo. berbaloi ke tidak? segala benda ini memang hanya untuk aku nak bersama dengan keluarga aku. aku nak mereka tahu bahawa darah daging ini sanggup balik semata-mata nak temani mereka. kalau ada masa, boleh juga aku pergi melawat kubur arwah mak aku. masalahnya, di thailand pula.

aku juga boleh melencong potong rambut sekejap (potong rambut sini berharga $30), melencong ke bazar ramadhan, melencong ke klinik gigi (sini mahal), minta abah aku tolong projek-solar powered phone charger. banyak benefit. tapi berbaloikah?



26.7.12

sabar.

ketika tengah solat maghrib di surau tadi, sedang kusyuk, aku sempat terdengar orang-orang di bawah yakni mat salleh sekalian sedang seronok di night party. tak jauh pun bangunan yang ada surau ni dengan bangunan yang ada night party itu. satu di squarehouse, satu lagi di roundhouse.

terdetik "alangkah seronoknya kalau dapat attend gig tu.". betul, tak tipu. hari ini foundation day yakni birthday university ini. memang riuh heboh dengan segala macam event. 

cuma aku tahu yang afterlife nanti lagi seronok. cuma aku perlu sabar, sabar dan sabar. aku ada style pakaian tersendiri; chic, indie dan still tutup aurat. haha. aku sembahyang lima waktu. aku baca al-quran dan terjemahan selepas maghrib. aku bersedekah kalau ada duit elaun atau duit gaji lebih. tapi, aku masih rasa macam tak cukup.

tapi bulan ini, aku nak bersabar sat dengan hal-hal duniawi ni. aku ingin habiskan al-quran dan fahami terjemahannya. aku ingin sembahyang berjemaah sebanyak mungkin. aku ingin kurangkan makan. aku ingin banyakkan study. aku ingin tambahkan sedekah aku seberapa banyak yang mungkin. itu sahaja. 

raya? kat sini memang macam tak ada raya la cik oii! buat apa nak raya kalau puasa pun tak lengkap. buat apa nak raya kalau segala macam tak lengkap. buat apa? waktu raya, penuh news feed facebook aku dengan baju raya, kuih raya. aku tengah tunggu orang suggestkan page jual mercun raya online pula.

sabar.

the afterlife will be so much better than this.



15.7.12

skull.

I would like to be a skull once, so that I could smile. Smiles that never ever faded.
Kadang-kadang orang bilang creepy, aku bilang smile sahaja dong.
Kadang-kadang orang bilang cool, aku senyum sokmo lah.
Kadang-kadang orang jolok-jolok lubang hidung rongak ini, aku bilang smile sahaja.
Dengan mata yang kosong, gelap ini, aku tengok dan aku juga buat-buat tak nampak.
Tergantung.



Ok. nak pi berak sat.

Regards,
Skulli.



5.7.12

SurfersP.

Oh! aku baru balik dari bercuti. waktu sejuk-sejuk, aku lari ke utara. waktu panas nanti, aku larikan diri ke selatan pula. that journey to gold coast, i would say, a great! journey.

kawasan: surfers paradise dan main beach, gold coast; brisbane.

masa: lima hari, empat malam.

tempat penginapan yang indah: backpackers dan semalam di hotel.

tempat pengembaraan: seaworld, harbour town, movieworld, paradise country, night market at esplanade surfers, brisbane city.

makanan yang sudah dibedal: 4 ketul croissants, 10 keping cookies, 2 ketul scones, 2 biji pisang, 2 mangkuk megi tomyam, 2 kali makan di nandos, florentine-style steak, steak with gravy, pepperoni pizza, garlic cheese pizza, aiskrim, churros, fries, sebekas jus epal.

cenderahati: 1 seluar levis, 1 baju jeans levis, converse sneakers, hard rock blueish green guitar pin, 2 superman t-shirts, 2 batman keychain, 1 cape superman (haha), 2 bracelets, 1 ukiran perempuan gemok berbikini.

belanjawan keseluruhan: $1100++

sekarang: aku sudah papa kedana.


terima kasih awak!

10.6.12

malam-malam.

semalam, aku dan seorang kawan go go to pekan sydney. pekan? bandar raya kot.

di malaysia, kedai-kedai makan dan pusat beli-belah habis awal tutup pukul sepuluh malam, seperti yang kita semua tahu. bezanya di sini, kedai-kedai tutup pukul lima petang. habis kuat pun pukul lapan hingga sembilan malam, itupun hari komeh sahaja. hal ini berikutan, thursday atau thor's day-dewa pembawa penukul besar diraikan secara tidak langsung. maka dengan itu, kesecara tidak-langsungan itulah, kedai-kedai ini dibuka lewat berbanding hari-hari lain. ok cukup.

kadang-kadang aku pun terfikir, lepas pukul lima, diorang ni buat apa lepas kedai-kedai tutup? sebab pukul lima memang sangat lah awal. then, semalam semasa aku dan kawan aku go go around sydney, itu pertama kali aku lihat sendiri nightlife di sydney. perasaan pertama, terkejut.

waktu semalam lebih kurang sebelas malam. pub-pub mula buka tirai dengan pak guard yang shemat-shemat dan sihat-sihat belaka. mungkin kerana euro pun tengah ada sekarang ini, polis-polis pun disertakan sekali untuk memasang sekuriti yang agak tinggi di kawasan itu. aku sempat oosha ketika tengah berjalan menuju bus stop di sepanjang goulburn street. lelaki sama lelaki bercium dengan berahinya, kawan sama kawan memapah seorang kawan lagi yang tengah mabuk, setiap tangan dicop atau distamp sebelum dapat masuk kelab untuk berdangdut. dangdutttt di sydney. haha.

semalam, baru aku dapat feel selama aku duduk di sydney ni. ada vibe. jujurnya, aku tak takut keluar malam kat sini berbanding di malaysia. kalau di sana, jalan dua puluh langkah, mungkin dah terobek sarang dara aku angkara perogol pemuas nafsu. di sini, aku macam lebih percaya. ahh tak tahu lah. peragut memang tak akan ada la kan kat sini.

aku cuba menyusuri barisan yang tengah semangat beratur untuk masuk di satu pub ini, sampai sahaja turn aku, aku keluarkan pengenalan diri, 18+. abang taf itu pun benarkan aku dan kawan aku masuk, sambil kehairanan dan cuba memegang bontot aku. cis.

ok. perenggan last aku tambah-tambah saja. jangan percaya. aku dan kawan aku nak balik dah time tu. cari bus stop. tak ada masa nak pergi pub. final exam start lusa. mungkin lepas tu boleh la kot. haha. gurau lagi.

selamat malam.






27.5.12

sunday-buat jangan tak buat.

aku tak nak habiskan hari ini dengan tidak meng-update blog aku ini. sudah banyak kali, dan sudah beberapa minggu aku cuba isikan post yang bagi aku, menarik. tapi, never mind lah.

buat apa yang kita suka, sangat menyerikan hari dan hidup.
buat apa yang dipaksa, sangat menyedihkan hari dan hidup.

nak buat apa yang kita suka, ada batasannya.
nak buat apa yang dipaksa, ada limitasinya.

jika kita tahu batasannya, buatlah apa yang kita suka.
jika kita tahu limitasinya, buatlah sampai mana kita larat buat.

ya atau tidak, hidup tak semestinya buat apa yang kita suka sahaja.
tetapi, apa yang kita suka buat, biarlah ia jadi forte kita.


sedikit corat-coret hari ini;
aku pernah doakan biarlah banyak praktikal dari kira-kira dalam kejuruteraan elektrik ini.
alhamdulillah dimakbulkan. too many practical implementations, labs here, labs there, and in the end, aku doakan kira-kira lagi banyak dari praktikal. aku baru sedar, aku sombong dengan Tuhan aku sendiri.


upnext: wedding stuff




16.5.12

sekadar update tanpa tujuan.





you should listen and watch to this video from an aussie bloke. 
"Wait there
Pull yourself out of this state dear
Acknowledge that you were a fake here
From there on you might just grow"
-Brother, Matt Corby

7.5.12

the stoning of soraya m.


"the stoning of soraya m." atau "kisah rejam soraya m." aku terpesona dengan jalan cerita dan setiap babak dalam movie ini. berkisarkan kekurangan hak untuk wanita, pecah amanah dan saat-saat hukuman itu dijalankan. goosebumps. soraya difitnah oleh suaminya sendiri sehinggakan beliau direjam sampai mati. *lap air mata.

filem penuh.

5.5.12

pencuri self-confidence.

hi awak. saya sibuk sangat sekarang ini awak. saya belajar punya belajar sampai terlupakan awak. lagipun, saya tak pandai uruskan masa saya dengah efisyen. jadi, celaru lagi lah kehidupan saya kala ini. hurm.

saya tak ada pakwe. saya tak ada mak. tapi saya ada kawan-kawan yang baik, sudi dengar rintihan saya. saya juga ada abah tapi saya malas nak luah segala masalah saya sebab saya tak mahu abah saya rasa beban ada anak yang suka merintih ini. jadi, saya nak merintih dekat awak.

saya rasa, disebabkan saya kurang bergaul dengan orang kala ini, saya rasa gugup, gentar sangat nak bertegur sapa dengan orang di sekeliling saya. kalau saya bertegur dan bersembang pun, saya dapat agak riak muka saya macam mana. berkerut, tak senyum, gugup, gentar, macam tak jujur pun ada.

tapi saya jujur, cuma saya rasa skill sosial saya makin pudar ditelan arus pembelajaran elektrikal saya. kalau saya bersembang, dalam fikiran saya ada macam-macam persoalan.

ok ke tak kalau saya bercakap isu ini dengan orang tu?
perlu gelak ke senyum je ke atau buat muka cool je?
nak tanya ke tak?
lab jap lagi nak buat macam mana?
esok ada test, tak study lagi ni, macam mana?

semua persoalan di atas memang sentiasa berlaku secara simultaneously bila mana saya bercakap dengan seseorang. hurm. jujurnya saya nak cakap dengan awak, saya memang nak ber-hi dengan semua orang di sekeliling saya. tak kira lah dia cina, india, mat salleh, melayu, siam atau alien. cuma saya rasa pucuk pangkalnya, saya dah tak ada self-confidence seperti dulu.

saya tak berapa pasti siapa curi self-confidence saya ini. nak je saya call polis australia ni, suruh tangkap pencuri tu. tapi di sini, tak ada undang-undang berkenaan kecurian self-confidence. memang tak ada di dunia ini undang-undang itu. oleh sebab itu, saya juga lah yang perlu menjadi polis, menangkap pencuri itu. saya juga lah yang perlu menjadi ahli kaunseling kepada diri saya sendiri, untuk menaikkan lagi mutu skill sosial saya. sangat adil.

bagaimana kalau saya biarkan pencuri itu mencuri berkali-kali self-confidence saya. maksudnya, biarkan saja perkara ini berlalu dengan masa. perlukah saya berbuat begitu? tak boleh. ini mungkin boleh menjadi kes kriminal paling hebat dalam sejarah manusia. nanti CIA pun tak boleh bantu.

jadi, selepas saya minum kopi pekat yang panas ini, saya ingin menangkap pencuri itu secepat mungkin.

28.4.12

urge

i felt
the urge of feeling something;
something and everyone around;
was looking at;
in the way that i wasn't suppose to be looked like that;
i wasn't sure
if it's true, still;
i wasn't sure.

i didn't told anyone;
the heart was pounding so fast;
i was sure, that;
i despised this feeling.




23.4.12

pemodulatan amplitud


tuner. masa kau pulas-pulas, adjust tuner kat radio kau dulu; sebenarnya kau tahu ke kau tengah buat apa sebenarnya? aku tahu, kalau pulas ke kanan, jarum merah menunjuk ke frekuensi yang tinggi dan sebaliknya la. tapi, tahu ke apa bondo kau adjust dari segi signal radio kau tu?

konklusinya, kau tengah tuning bandpass dan juga centre frequency secara serentak. ini untuk AM. FM nanti aku belajar. kalau kau tengok kat radio, ada dua option iaitu amplitude modulation (AM) dan frequency modulation (FM). kan kan?



setiap channel diberi 10kHz bandwidth kerana ia adalah dua kali ganda maximum voice frequency, 4kHz. jadilah 8kHz. nak mengelak dari masuk channel radio lain, disetkan bandwidth itu lebih sedikit dari 8kHz.

yang penting, kalau orang tanya, hang dok pulaih tuner tu, hang tau ka apa yang hang dok buat?
boleh la kau jawab dengan bangganya, "aku tuning bandpass dan centre frequency channel yang aku nak la. bongok."

pastu, kau belanja aku makan noe.

16.4.12

art stuff.


dua hari lepas, aku dapat email dari artsweek coordinator yang mengatakan aku umpama layak volunteer untuk artsweek tahun ini. aku macam "hooray!" tetapi dia macam mahu interview atau kenal atau apa pun sebelum aku officially jadi sebahagian artsweek people.

interview? get to know each other first? aku sangat lemah hal-hal sebegini. namun, jumaat ini. huh.

btw, bagaimana dengan hari kau-kau sekalian?
hari-hari aku sangat sibuk dan aku suka sebegini hari-hari. tidak perlu aku tuang masa aku menghadap makanan dan internet setiap masa. aku ada tiga kerja tetap sekarang ini. satu, pelajar. dua, housekeeper $16 sejam. tiga, penjual/agen TudungPeople di sydney. sengaja aku mahu highlight $16 sejam sebab bagi aku, cukup banyak. $16 bersamaan RM51.20 sejam. woot woot!.
aku kerja nandos dulu sejam enam ringgit. aku tahu, salah sangat nak bandingkan malaysia dan australia dalam bab ini.

kerja. belajar. volunteer. love 'em.




12.4.12

masa depan.

budak perempuan tu namanya hagia sophia (sebutan: ayaa sofia). mulus kulitnya, comot mulutnya. angkara ovaltine, minuman malt bercoklat. berlari ke hulu-hilir bersama sesudu ovaltine, habis sesudu dicedoknya sesudu lagi. dia ada her own favourite spot. dekat island bench, hujung di kanan bertentang ruang legar. 

aku cuba betulkan riben di kepalanya, ketatkan sedikit dan tempatkan riben itu tidak terlalu tengah, tetapi ke kiri sedikit di kepalanya. rambut ikalnya, cuba aku kemaskan. walau apapun, hagia baru berumur empat tahun. biarkan saja dia bermain.

"umar!" panggil aku. umar, seorang lagi yang sudah bersekolah. budak ini tidak lah terlalu nakal macam hagia tetapi sangat competitive orangnya. tak mahu kalah dengan aku, sedang kami bermain game bersama-sama. dia sangat tak minat kepada ovaltine, tetapi lebih sukakan horlicks ho ho ho. rambutnya, sengaja aku nasihatkan dia simpan begitu rupa. gaya selekeh yang kool. dia pun gemar. 

umar ni orangnya sangat bersih. aku pun tak tahu datang genetik mana pembersih ni. nak kata aku, jauh sekali la. kakinya sangat putih dan bersih. budak ni serius benci dengan apa-apa yang melekat di kakinya. weird. walau habuk sebesar m&m sekali pun.

lebih  kurang pukul dua petang, pintu depan dibuka dihempas. aku tahu ini kerja siapa. noah la. siapa lagi? ketua segala adik-beradiknya. aku tahu dia sudah ada cewek di sekolahnya tetapi sengaja rahsiakan dari aku. remaja. sedang dia di dalam bilik air, aku terus lepak di atas katilnya sambil makan doritos. 

hapak, busuk, semak. macam kandang kuda bilik si noah ni. lantak la, sudah besar pandai sendiri la jaga bilik. "what's up sayang" aku terus menyapa sejurus dia buka pintu bilik air. "ma, terkejut!". nak terlondeh tuala dibuatnya. kami berceloteh, di atas katil. dia banyak bercerita kepada aku. 

hagia, umar dan noah. cukuplah mereka bertiga, buat aku bahagia dunia akhirat. nak tambah yang keempat, kelima, keenam pun tak apa. aku on saja! haha. masa depan. ya, aku baru berumur 20. angan-angan tinggi ke langit. 


dadah apa aku ambil malam ni sampai sebegini imaginasinya?








10.4.12

Jaymee dee



hari ini seperti ahad.

6.4.12

merengek

damn you. damn you pendrive!

aku sepatutnya tak perlu merengek atau luah perasaan atau merungut perkara remeh dalam blog ini tapi lumrah, perkara remeh yang membuatkan semua orang berasa jelik dan annoying. disebabkan kejelikan terlampau, aku terpaksa merungut sekarang!

minggu ini dan minggu lepas sungguh sibuk bagi aku yang baru nak bertatih memahami segala macam ilmu elektrik. aku cukup jelik dengan lab-lab kat sini termasuklah lab electronics ini. penat aku ulang kaji, ulang alik pergi lab, menyelinap lab orang lain tuup tuup pendrive yang aku simpan semua result lab aku, aku hilangkan. mungkin juga aku tertinggal di lab. walau macam manapun, i can't do anything to get the damn pendrive because guess what? today is good friday. a public holiday. i bet today is a very gooooood friday and maybe the best friday. owh, i have to send the report today by 5pm. awesome taik.

i know. damn me because left the pendrive in lab. no damn pendrive.

hang tahu, 4 jam sahaja time allocation untuk lab ini tapi aku spend about 8 jam untuk siapkan, dapatkan result. double taik. these whole things circulating on waveforms or signals or graphs. the graphs are prove for everything i've learnt until today. engineers can describe, explain the graphs into various characteristics that god damn confusing me! i just can describe the graphs into 2 properties; maximum voltage and frequency.

but these guys, i mean lecturers and geeky students know everything about graphs. they know, why do the graphs have so many ripples and it's because of capacitor, flat line, noise, dan segala babi sekalian. maaf pasal babi tu. aku mahu something colourful, art-sy in engineering which apparently never ever happened. electrical engineering = colourful-art-sy stuff? kahkah.

blood pressure tengah naik.

and shit! tak ada internet connection pulak. what the f?

3.4.12

addicted games.

ini games bukanlah seperti superb games seperti world of warcraft, pes, battlefield dan tak perlu disebutkan lagi. ini games hanyalah simple-on-screen games yang semakin aku addict. bukanlah baru sekarang addict, tetapi trend. habis lempias ketagih game itu, game ini pula, selepas itu game itu-ini dan tak perlu disebutkan lagi.

ia menghabiskan masa. ia menyeronokkan. ia naikkan kemarahan kadang-kadang.
mungkin kalau aku bertenet-tet-tet-tet-tet-tet-teretetetet, kau mesti tak faham kan. tapi kalau aku ber-angry bird, terngiang-ngiang lagu anthem. aku kalau main game, setiap zarah-zarah dalam badan aku bertumpu, fokus game itu. 

siapa tak pernah main "plants vs. zombie", "angry bird", "cut the rope", "where's my water", "tetris", "unblock me", "fruit ninja"?


"draw something" dude.


dan yang terbaru, "draw something". oh man! aku tinggalkan lab report aku, preparation lab aku, kelas aku, makan minum solat belum lagi la. pundi kencing aku pun aku tak jaga disebabkan main menatang "draw something" ni. game ini pasal lukis dan teka. kalau yang lukisnya macam lahanat, memang panas la aku. balas dendam memang diperlukan. aku balas la dengan lukisan lahanat aku pula. padan. atau jenis manusia yang malas, dan tulis saja, kalau aku ada cukup huruf yang best, aku balas "you suck", "fuck u". padan la. 

kalau nak battle dengan aku, dialukan. green_chocolate41@yahoo.com
jangan gelak dengan email aku. aku sign up masa umur14 tahun. jangan gelak. huh.




26.3.12

sweet.

hi uolls,

i've just finished editing my blog. sweet right? hehehe *gedik
sweet colours,
sweet header;
with turquoise and pink belacan as the theme colours.
just to celebrate awal and scha's proposal scene.
awwww sweet.

everyone knows i have no relationship either with awal or scha.
who cares?
but they are so sweet.
you know like very very sweet.


























*fake.

24.3.12

please, just go!

bersiar-siar
meneroka
pergilah keluar
at least seminggu sekali
badan kau, kasihanilah dia.

aku duduk
termenung, bertentang dengan Bondi Beach
"bon-daai" bukan "bon-dee"
pantai yang terkenal dengan kebolehan alunan ombaknya
ombak yang menjadi kegemaran para surfers
yang kebanyakannya, aku akui; handsome.
hukhuk *unsur gatal di situ.

woot woot!

hari kian senja.


kau tahu,
segala kusut masai fikiranku
hilang;
tatkala hanya melihat pantai.
entahlah kenapa aku terlalu "fetish" dengan pantai;
syukran Tuhan;
ditambah pula, kegilaan housemates
membahan aku dengan "forever alone" dari mula sampai balik.
diorang cakap aku "forever alone". tahi sungguh. haha.










*mungkin benar cakap diorang yang aku terlalu independent. terlalu "forever alone".  if you wish to go somewhere, please, just go. live your life a bit la.


20.3.12

b,j,k

hi,


boros, jimat, kedekut. 
hang dalam kategori mana?
aku? boros.

boros adalah umat manusia yang tak kisah pasal duit poketnya
ada ke tak belakang cerita
yang penting,
keperluan dan kehendaknya dipenuhi
orang ini aku kategorikan sebagai penderma
menderma kepada shopping complex
menderma kepada ebay
menderma kepada kedai makan
menderma kepada kedai baju
tak lupa juga menderma kepada peminta derma

jimat adalah dari kalangan manusia yang risau pasal duit poketnya
ada portion kecil disimpan untuk emergency case
keperluan dilunaskan dahulu dari kehendak hidup
orang-orang ini steady je kalau ribut taufan datang
sebab ye la, depa dah simpan awai-awai kan?

kedekut, berketurunan haji bakhil
berkulitkan mr. crab the krusty crab
keperluan hidup pun masih berkira mahu atau tak mahu penuhi
merungut pasal duit
tidur tak lena kalau-kalau tabung babinya diculik orang
nightmare pasal duit
$$$$$ dalam akaun bank islam, bank maybank, rhb bank, bank rakyat, 
akhir sekali,
penyesalan waktu tua-tua nanti.

kamon la si kedekut, duit tak boleh bawak ke kubur pun. si Qarun pun tenggelam mati katak juga. inikan pula hang? haha.







13.3.12

surprise surprise.

surprise surprise. apa tu?

sebelum tu,
aku mahu mencelah sebentar. setiap hari selasa aku megalami penyakit labphobic. tiga lab yang keseluruhannya tujuh jam bukan mudah nak buat dalam satu hari.

digital signal processing.
electronics.
analogue and digital telecommunications.

hasilnya,
labphobia. surprise surprise, i made it!

satu lagi bahan surprise surprise ialah, rargo!


guitarist, drummer, bassist  baya-baya aku sekarang memang bertebaran sekarang. no wonder la kan. tapi, dia main saxophone. atau alto saxophone. hebat. 

bukan apa, aku kenal mat salleh  yang main saxophone ni. lecture dan tutorial sekali. surprise surprise. berbakat hoi dia ni. diam-diam hang, hang pandai main benda tiup-tiup tu noe. amboi haiihh. macam mana aku boleh sampai ke video ni? ha surprise surprise. youtube.

rargo, pertama kali dengar, ada tiga benda aku suka. pertama, suara lead vocalist. kedua, pemain saxophone. ketiga, genre-campur-aduk-tapi-masih-boleh-diterima-oleh-aku. 

cuba lah dengar tightrope dan sunny soul. hebat juga ya.

10.3.12

still.


still, "careful" is better than the rest today.
hayley ni kecik molek orangnya,
tapi sekali buat headbang, dangg! 
hebat hebat.







7.3.12

KONY 2012. make him famous!

This post hanya lah untuk humanity event. spread the word of freedom against this bad-ass guy. kalau hang mahu, tengok video vimeo selama setengah jam ini. 


Ini Uganda. sebuah negara di central africa. frankly, i have no idea about uganda besides it's situated in africa region. 

muka macam nak minta bazooka je kan.

Joseph Kony. seorang bad-ass leader Lord's Resistance Army sanggup mengutip budak-budak uganda yang masih mentah untuk dijadikan barisan army Kony. konon untuk peace for Uganda. tiga puluh ribu budak-budak mentah. woi! 30 000! dia buat budak perempuan sebagai breakfast untuk penis dia dan budak lelaki sebagai tentera. dianggarkan dua ratus (200) bayi yang dilahirkan oleh budak perempuan di uganda, joseph kony lah bapak dia. selama 26 tahun. whoa! bapak segala ayam!aku berasa sangat bedebah dengan manusia jenis binatang ni. 

owh aku tak tahu langsung kewujudan Joseph Kony. dia di-charge dalam pelbagai kesalahan termasuklah abduction, sex slavery etc. masalahnya, manusia di luar uganda tak pernah tahu pasal kony ini. disebabkan ketidaktahuan ini, kony menjadi maharaja di negara afrika tersebut tanpa tekanan masyarakat sedunia. kony pernah di-charge oleh mahkamah kriminal antarabangsa, tapi tapi terlepas. aku tak tahu macam mana kenapa.

itu lah sebabnya ada sebuah humanitarian group iaitu Invisible Children yang diketuai oleh bapa kepada Gavin, berkempen atas dasar kemanusiaan. Invisible Children mahukan Joseph Kony famous, "not to celebrate him, but to raise support for his arrest and set a precedent for international justice". mereka juga menjual merchandise seperti t-shirt yang awesome, action kit yang lagi super awesome siap ada 2 bracelet-satu untuk aku satu untuk kau. semuanya boleh dapat di sini. semua duit itu untuk dipamkan ke uganda ya.




hang dok seronok dengan kemunculan iPad 3, PS Vita, seluar palazzo murah, pizza hut fifty percent la. depa orang uganda ada apa? tak mau hidup lagi ada. renungkanlah juga palestinians yang bertebaran lari dari iblis-iblis dunia itu.

please, spend your time to watch this half an hour video on vimeo.




6.3.12

study weyh.


ini lah menatang baru yang aku kena belajar. nama dia tims. kalau bukan tak kerana belajar punya pasal, tak nak ah guna benda ni. hari ni first time aku guna benda ni. senang juga tapi aku dapati aku ada satu perasaan yang serba tak kena pasal menatang ni. aku rasa hari ni senang la guna, lab nanti-nanti puihh mesti susah kaw-kaw la. hang bukan tak tau lab, exam unsw ni macam mana. susah memanjang. bagi aku la yang kurang, kurang belajar.

of course la kan. mesti hang cakap macam tu.

module atas tu, boleh tukar-tukar dan adjust sendiri dengan senangnya. whoa! peqak buih.

my point is, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. walaupun, aku memang suka skip lecture, tak buat tutorial, lambat lab-hey! at least aku tak give up belajar kan. 

kalau dipilih belajar dan bekerja, bloody hell aku nak bekerja weyh! belajar lagi seronok. serius.



1.3.12

megi.

megi. cap mi segera yang tidak asing lagi sehinggakan aku tempek cap megi depan cap-cap lain. megi ruski. megi pama. megi tomyam meme la kan.

meme tak ada kaitan dengan megi. try google "mi sedaap", keluar la gambar dia. 


semalam aku rasa nak makan megi. so, aku pun golek-golek ke asian supermarket kat kingsford itu. mencari-cari satu perasa yang aku tak boleh lari dari dulu-megi tomyam. tapi tak ada. meme aku tahu tak ada sebab dari dulu lagi meme tak ada, tapi sengaja aku godek-godek, gedik juga mencarinya.

last-last terbang duit aku enam dollar lebih beli sepeket besar megi kari dan empat bungkus kecik mi sedap goreng-goreng tu. aku mengharapkan mi sedap itu maintain sedapnya sebab malam ini aku mahu mengkedarah. ye lah. time hujan kan. senak peruk kalau tahan lama-lama.

aku pun terus keluarkan mi sedap(megi) itu, masuk dalam mangkuk dan flush. haha. tetttttt!. salah tu bang. masuk dalam mangkuk, jirus air, terus ke microwave, tunggu tiga minit, keluarkan, tos, masuk perencah, tambah kicap abc sikit, gaul dengan kasih sayang dan telan.

tapi, tapi rasa dia tak sama.

aku sedih.

rasa macam nak hentak kepala dengan megi itu. tapi malangnya, megi itu sudah habis aku telan. tak boleh lah aku hentak kepala aku.

janji, aku sedih sekarang ini.

Y U NO SEDAP LIKE BEFORE?

*mengkedarah : makan dengan rakusnya. no kaitan dengan darah, dara, mak dara, payu dara atau dara-dara lain.

26.2.12

kontot.


semalam di malaysia.
hari ini sudah di australia.
kau jangan guna air asia untuk jalan jauh.
sakit pinggang woo.
masa makin lama makin kontot.
post ini pon kontot.





18.2.12

kaki di singapura.

selamat hari sabtu kawan-kawan! kalau sesiapa online depan tv sekarang ni, aku syak kau tengah tengok cite hindustan kan sekarang ni? 

travel sorang-sorang di temasek hari tu bukan sahaja membawa aku ke dunia keamanan, kedamaian dan keberdikarian, malah dunia keseorangan. ya. peratus aku bercakap sorang-sorang atau dengan map atau dengan handphone cukup tinggi-mungkin mencecah 140%. bajet dalam $150 untuk dua hari dan mungkin termasuk dengan barang dagangan yang dibeli di Bugis Junction. 

kaki di singapura ini sebenarnya penghargaan aku kepada kaki aku sendiri, bukan kaki corinne bailey rae, bukan kaki ryan gosling tapi kaki aku. sebab, sebab dia sudah banyak berjasa untuk menampung berat muatan badan aku ke mana saja. termasuklah backpack aku yang beratnya 10kg. orang kedah cakap, sampai leweh bahu bak hang.

matahari terbenam dari marina bay and esplanade park.

manual direction woo. 

aku travel guna dua sistem sahaja; sistem mrt dan sistem lokomotif badan. aku berjalan. berjalan ke masjid sultan, arab street, little india, marina bay, orchard road dan bugis junction. universal studio singapore saja aku tak lawati kerana ergh, erm, kurang menarik agaknya. aku kurang berminat dengan uss. entah kenapa.

tiga kuntum gigi(marina bay sands) baru tumbuh bersama bracesnya(sands skypark). itu yang aku nampak la kan.*merepek

tengah tunjuk si singa muntah air.

terima kasih kaki.

kasut juga, thanks to you.

marah ni! jangan jatuhkan maruah raja buah-buahan!

it was fun, sitting by yourself in front of those landmarks sambil mendengar music menunggu matahari terbenam sehingga si senandung malam punch its card untuk shifnya pula. 

well. i'm satisfied. 


16.2.12

you. yes, you.


*amaran: post ini berkenaan cintan-cintun, bagi sesiapa yang membenci perkara cintan-cintun dan seumpamanya, sila kembali ke google untuk pencarian seterusnya. terima kasih.

untuk aku cuba luahkan cinta kepada seseorang, oh sungguh luar biasa jikalau berlaku. cinta kepada seseorang lelaki mungkin jua tidak wujud dengan mudah sekarang ini. mungkin perasaan insecure-terima kasih kepada perogol, penyamun, penggila seks yang semakin membelon di dunia ini. mungkin juga, sifat independent aku ini-tidak bergantung di bawah ketiak lelaki dan teknik-teknik self-soothing yang aku belajar dari baby-baby baru lahir. hebak baby-baby sekarang. 

cuma walau sehebat mana pun aku, walau se-independent mana pun aku, lama-lama jatuh ke tangan seorang lelaki juga. yelah. tulang rusuk aku. tetapi dia, walau sehebat mana pun lelaki yang aku jumpa, walau berlari bersembunyi ke kilimanjaro sekali pun, aku akan ingat si lelaki yang pernah merobek hatiku. kah kah. jiwang siakk. *kan aku dah bagitau ini sangat cintan-cintun.

si nenjiro itu buat aku rasa nak hempas pintu kelas dulu-dulu. sebab, sebab aku dah jatuh cinta dengan dia. mungkin sebab ini juga lah, aku malas nak bercinta sebab nanti segala pintu yang ada depan aku ni hancur berderai. termasuk pintu hati kau. jiwang woi! apa aku mengarut ni syaiton.

disebabkan aku suka sama si lelaki ini, sempat juga aku hadiahkan dia manga "stereo pop rock n roll" sebelum kitorang habis spm dulu. sebab si nenjiro dalam manga itu serupa dengan lelaki itu. sebijik kot. lelaki ini gila music-underground music. selepas itu kitorang mula lah bermesej-mesej sehingga sampai ke titik noktah. dan hilang begitu saja.

mungkin benar pandangan orang-yang pertama itu juga lah yang akan kita ingat.





15.2.12

kolumpo.

jalan kolumpo yang aku tahu sedikit sebanyak ini, mengecewakan travelling aku ini. ada thrill cuma sedikit saja. macam kau sakit perut memulas beberapa hari, tapi seinci pun tak sampai tahi itu. erm, ada paham? sudahlah. 


tengkolok dendam tak sudah. dendam apa tu bang?

aku mula jatuh cinta dengan central market. dan i don't know why.


"sebenarnya saya jatuh cinta kat awak, saya dah lama menyimpan perasaan ini. hanya tunggu masa saja nak luahkan." aku bermonolog ketika mai pergi tandas. 

mai-penaip dan penulis hebat blog a mere interlude.

perhiasan baju tiga belas. cantik kan?

di muzium tekstil.

tak pernah dengar dan tahu pasal muzium tekstil sebelum ini.

dan aku bersiap sedia ke temasek yang mengambil masa hampir beribu-beribu jam. oh penat naik ktm rupanya. bye kolumpo, hi temasek.


p/s: owh ya! mai temani aku jelajah ke tempat-tempat ini.