Pages

27.8.12

Malam ini.

apa yang aku pikir malam ini sudah tentu untuk kejadian esok dan sebulan akan datang. apa yang akan aku buat untuk esok, sudah aku atur-atur susun pelbagai kondisi dalam fikiran supaya entah? 

entah kerana aku pun tak pasti apa yang aku kejarkan. aku rasa aku mahu ke pantai sekejap esok atau hujung minggu ini. tapi, oh ya! ada kerja itu ini untuk esok, kalau tak esok, lusa, kalau tak lusa, tulat.

selalu aku stalk photo-photo orang lain particularly sekitar sydney, dan aku fikir lagi, bagaimana mereka itu sempat ke sana ke mari sedangkan aku kalau tak di rumah, di uni, atau pun di tempat kerja, cuci pinggan. such a wasted time staying here without discovering the awesomeness and the gloominess of this area. 

aku juga pikir, atau lebih tepat lagi, risau tentang perasaan aku terhadap mana-mana lelaki. bukan bermaksud aku ke arah cintakan sesama jenis, cuma aku risaukan keridaksihatan aku terhadap perkara ini. i don't know how to build any feeling towards guys. aku mahu rasakan semula tapi aku macam sudah masuk fasa kemurungan dalam kitaran hidup seorang perempuan; menopause. argh. meragam sungguh fikiran malam ini.

dan baru aku sedar, blog aku ini penuh dengan perasaan yang sangat random yang what the.. dan sudah pasti benda yang aku cakap dalam blog ini, aku tak akan ceritakan langsung di luar dunia blog. nope, not at all. 




hey! aku bukanlah perempuan murung. haha
cuma malas aku nak ceritakan benda menarik dalam blog ini. benda yang menarik bagi aku kadang-kadang tak menarik bagi orang lain. aku sempat beli pajamas zirafah yang berharga $45 walaupun terpaksa berhutang sebab aku tengah pokai, kosong-kosong dalam bank. oh sangat menggembirakan tapi bukan sebeb berhutang tetapi dapat PJ yang berekor. ini benda menarik bagi aku. see the point? woot woot!

selamat malam.

2 comments:

Samad said...

selamat hari raya woi

fingerkontot. said...

Salam 21 syawal. keh keh