well, plan aku untuk pulang ialah beli tiket airasia dari 15hb hingga 20hb ini. sesudah sampai di KL, naik flight turun di langkawi. begitu juga lah untuk pulang ke sydney.
kenapa 15hb? sebab 14hb aku ada test control systems.
kenapa 20hb? sebab 21hb aku ada test electrical energy.
kenapa langkawi? sebab tiket lagi murah kalau nak dibandingkan dengan alor setar.
aku akan hilang markah, aku tarik diri untuk jadi volunteer artsweek dan pitih. pitih kawe pom cukup-cukup make jo. berbaloi ke tidak? segala benda ini memang hanya untuk aku nak bersama dengan keluarga aku. aku nak mereka tahu bahawa darah daging ini sanggup balik semata-mata nak temani mereka. kalau ada masa, boleh juga aku pergi melawat kubur arwah mak aku. masalahnya, di thailand pula.
aku juga boleh melencong potong rambut sekejap (potong rambut sini berharga $30), melencong ke bazar ramadhan, melencong ke klinik gigi (sini mahal), minta abah aku tolong projek-solar powered phone charger. banyak benefit. tapi berbaloikah?
4 comments:
5 hari jer? kalau balik sabah dari kl pun tak cukup dengan 5 hari, apalagi sydney - langkawi. tuh dah macam balik hujung minggu kl-taiping jer.
terlalu singkat masa tu. tapi depends
demi kebahagiaan, mungkin berbaloi
thanks. aku masih fikir lagi ni.
Post a Comment