Pages

26.7.12

sabar.

ketika tengah solat maghrib di surau tadi, sedang kusyuk, aku sempat terdengar orang-orang di bawah yakni mat salleh sekalian sedang seronok di night party. tak jauh pun bangunan yang ada surau ni dengan bangunan yang ada night party itu. satu di squarehouse, satu lagi di roundhouse.

terdetik "alangkah seronoknya kalau dapat attend gig tu.". betul, tak tipu. hari ini foundation day yakni birthday university ini. memang riuh heboh dengan segala macam event. 

cuma aku tahu yang afterlife nanti lagi seronok. cuma aku perlu sabar, sabar dan sabar. aku ada style pakaian tersendiri; chic, indie dan still tutup aurat. haha. aku sembahyang lima waktu. aku baca al-quran dan terjemahan selepas maghrib. aku bersedekah kalau ada duit elaun atau duit gaji lebih. tapi, aku masih rasa macam tak cukup.

tapi bulan ini, aku nak bersabar sat dengan hal-hal duniawi ni. aku ingin habiskan al-quran dan fahami terjemahannya. aku ingin sembahyang berjemaah sebanyak mungkin. aku ingin kurangkan makan. aku ingin banyakkan study. aku ingin tambahkan sedekah aku seberapa banyak yang mungkin. itu sahaja. 

raya? kat sini memang macam tak ada raya la cik oii! buat apa nak raya kalau puasa pun tak lengkap. buat apa nak raya kalau segala macam tak lengkap. buat apa? waktu raya, penuh news feed facebook aku dengan baju raya, kuih raya. aku tengah tunggu orang suggestkan page jual mercun raya online pula.

sabar.

the afterlife will be so much better than this.



6 comments:

ஜ miss klanika ஜ said...

itulah. syurga duniawi kerling-kerling aje , supaya dpt jengah dunia ukrawi nanti

Samad said...

ang tak balik mesia ka?

fingerkontot. said...

miss klanika: oh tapi sangat susah nak tinggalkan benda-benda duniawi ni.

samad: hang nak belanja aku punya flight ticket ka?

ghost said...

bertahan lah.

Paolo Balam said...

Dia cuit-cuit je tu. Jangan nak geli-geli sangat. Kuat.

fingerkontot. said...

Thanks.