Pages

31.12.12

Woohoo!

Aku tengah bersiap nak pergi tengok pertunjukan bunga api kat harbour bridge. Bye!

Selamat Tahun Baru 2013.

30.12.12

berkelahi

sesungguhnya tekanan mendengar orang-orang berkelahi memang merungsingkan tambahan dengan language barrier yang aku sememangnya tak faham bahasa hindi kecuali kuch kuch hotaa hai dan mera naam hai.

apa aku buat serba tak kena, atas bawah kiri kanan aku cuba cari kerja memandangkan employer aku tengak hangat argue dengan suaminya. awkward gila pabila aku yang bukan isi rumah itu terpaksa mendengar pergaduhan suami isteri ini.

bila difikirkan balik, arwah mak aku dan abah aku dulu tak ada pula nak bergaduh umpama anjing dengan kucing ini. anak-anak terpaksa menjadi orang tengah dan aku syak memang anaknya stress dengan kerenah mak bapak sendiri.

baru aku faham betapa besarnya influence perilaku mak bapak sendiri untuk tumbesaran anak-anak mereka. ini adalah 45 minit terpanjang dalam hidup aku.

14.12.12

Puzzling

buku pinjam. terima kasih unsw library.

subjek sejarah sistem pendidikan menengah malaysia mengetengahkan sejarah asal-usul malaysia dan sekitarnya plus general view sejarah dunia sahaja. Hal ini menyebabkan lagi banyak aku ingin tahu pasal dunia, pasal sejarah perang dunia kedua di mana, pada waktu itu tanah melayu dijajah oleh jepun dan pada masa yang sama hitler cuba mengalahkan red army untuk menguasai stalingrad. Dan cold war, north korea, baitulmaqdis, perang di congo dan sebagainya. aku ingin tahu.

apa yang aku ingin tahu memang luas bidangnya. aku pun belum tentu boleh tahu semua benda ini. tapi i'll try my best to put my atomic-sized effort to gain more knowledge la. aku suka akan apa yang telah terjadi sebelum infamous sejarah berlaku. contohnya, paling dekat sekali tanah palestin dan zionism. ramai orang tahu the general view of palestine, apa yang tengah terjadi. tak ramai orang tahu apa telah terjadi sebelum zionism itu berlaku atau apa berlaku selepas isra' mi'raj. apakah sejarah baitulmaqdis, jerusalem itu sendiri? pernah dengar canaanites? well, google la. some people might say, who cares? tapi aku cakap, don't be ignorant, dude. that's the worst thing human can achieve.

buat masa sekarang aku cuba selesaikan puzzle otak aku ini dengan belajar sejarah soviet. Pasal stalin, lenin so that, aku boleh capai satu peringkat di mana berlakunya soviet-afghan war in 80's. Hal ini kerana dipercayai selepas perang itu, wujudlah satu tempat menjual senjata api kepada taliban secara haram yang terbesar iaitu di darra, pakistan. dan selepas itu, aku boleh beransur belajar lagi pasal taliban, afghanistan, iraq, us dan sebagainya. Selain itu, sejarah cold war antara soviet dan us (if i'm not mistaken) yang boleh tercetusnya the idea of internet itself. no cold war, no internet macam sekarang ini. interesting kan?

aku tahu ini bosan. tapi, aku tak tahu nak ceritakan kat siapa tentang isi hati aku ini. huhu

pasal pembelajaran formal, aku dah pandai buat crossover dan straight-through ethernet cable. 
"give a big applause to this lady!"
couple of seconds later...
i say "thank you, thank you"
hehe




9.12.12

Movie

I'm a movie junkie. Films dan movies adalah dua benda berbeza in terms of the creativity of the actions, I guess. Films are created from director's vision while movies are created based more on producer's vision and have more cliches and predictable actions la.




Despite all that, the word "movie junkie" seems more hip and fun compared to "film junkie". Thus, I'm gonna stick to the word "movie" for both movie and film.

I do love unpredictable movies tak kira sci-fi atau action atau drama atau romantic comedy atau documentary atau autobiography kecuali horror dan triller. I do some research first on a particular movie before watching it dan bukanlah aku hentam kromo sahaja pabila nak menonton sesebuah movie itu ya. I watch its trailer first and then its rating on imdb and lastly the actors and director.

Of course la aku ada favourite actor, Ryan Gosling dan Liam Neeson yang femes dengan watak Qui-gon. Aku mengaku Liam sangat hot walaupun dah tua. Untuk filem melayu, hurm, aku suka movie lakonan P.Ramlee dan juga Laila Isabella. haha. Yang lain, tak cukup umph atau aku belum tengok lagi seperti movie bunohan dan sebagainya.

The weird part is sometimes aku judge people by their favourite movies atau movie jenis mana dia suka. It's odd and not good at all. I know, I admit, I'm trying the best I can to not judge them by this thing. hurm.

The watchlist:
1. Shawshank redemption
2. City of god
3. The fighter
4. The girl with a dragon tattoo
5. The ides of march
6. The grey
7. Being flynn
8. Catch me if you can
9. Charlie bartlett
10. Nick and norah's infinite playlist
11. Detachment
12. Lars and the real girl
13. Blue valentine
14. Drive
15. Lost in translation
16. Little miss sunshine
17. 50/50
18. The pursuit of happyness
19. Flash of genius
20. Like crazy
21. Ada apa dengan cinta?
22. Kami the movie
23. Star trek
24. Star wars
25. Inception
26. Inglorious bastards
27. The aviator

Dan kini, aku menunggu untuk menonton Cloud Atlas dan Life of Pi. Sekian.

p/s: I've no idea about director's vision and producer's vision until I saw this.



7.12.12

tangan kasar

ini tangan sudah mula menunjukkan kesan
ira-ira mula menebal
makin kasar

apa yang aku nampak adalah kerja sampingan aku selama setahun setengah ini beri aku satu nilai
nilai workforce yang sebenar
susah payah suatu perkerjaan
aku mula tunduk kagum kepada orang yang berkerja sederhana
terdiam seketika pabila orang di sekeliling aku bercerita perkerjaan yang hebat-hebat
gaji beriban-riban
bukan aku tak suka, cuma aku tak suka bercerita
biarlah mereka dengan dunia mereka
aku dengan dunia aku