Pages

23.12.11

di negeri sembilan

sedap juga cendol leman dawi ni. tapi yang terbaik dari warung ni ialah perkhidmatan lagu melayu zaman dahulu umpama zapin dalam tandas woo! kerja melabur pun boleh dilakukan seefficient mungkin.

cendol sedap dan aku boleh topap sesuka hati. best best.




12.12.11

pulut deghiyan

pagi ini breakfast cukup fulamak bagai raja melayu santapan di pagi hari. pulut deghiyan bersama santan lemak manis dan gula secukup rasa. perghh. nak nak pulak deghiyan mai dari dusun perak. sedap dan kenyang selama satu jam. sejam je la. lepas sejam, kita bedal makanan lain pula kan?


10.12.11

europe jom! pertama


backpacking seorang diri ke europe ini pertama kali bagi aku. memang aku sudah lama teringin nak pergi seorang diri cuma tahulah orang lain, "perempuan tak elok pergi seorang." dan "boleh ke perempuan jaga diri sendiri?". aku nak cuba. aku tahu ini macam gila punya plan tapi bila lagi? masa muda inilah kita nak bergila ye dak?

route yang aku pilih ialah dari paris, france --> spain --> portugal -->germany -->netherlands -->belgium dan last sekali london, england. italy aku tak masukkan sebab ini hanyalah 18 hari backpacking. mungkin aku akan ke europe sekali lagi untuk melawat ke italy dan tempat best sebab kau tahu kan ini first attempt aku. aku mahu backpacking ke seluruh italy dan 18 hari memang tak cukup lah. selain duit yang limited. heh.

weed kat netherlands sah di tepi undang-undang diorang. aku tak mungkin try tapi kalau diberi peluang, hehe. abah aku? aku dah bagitau dia 5 bulan lalu masa aku book tiket haritu dan dia sahkan saja. amin.

aku hanya risaukan stamina aku sebab kau tahu la kan cuti ini apa lagi yang sedap dibuat selain dari berakaq kat rumah ni. aku mahu keep it low pasal plan ini sebab tak best la orang tahu. kau pun tahu kan aku hanya edar rahsia aku dekat blog ni. so, nah! a privilege kat kau yang tengah baca blog ni. bajet.

hey! sesiapa mahu edarkan tips untuk backpacking ke europe. silakan. edaran percuma ok!


9.12.11

kalau kau bukan diri kau sekarang?

aku imagine aku berdiri di tengah rumah kedai yang kosong di tengah kota. tengah pikir design kedai yang aku mahukan. ia mestilah bukan techno style, bukan jugak thoroughly-modern style, no-no-kayu jati style. ia mestilah style campur baur aku sendiri. meja dan kerusi aku ambil dari kedai secondhand direpair dan dicat baru. dinding dicat kaler natural macam putih atau kelabu cair. mestilah ada ruang lepak yang cool. dan ada mini bar untuk aku hidangkan air buah atau frappe ciptaan aku sendiri. bab-bab decor kedai tu tak ada sapa yang boleh sentuh kecuali aku.

kemudian, aku berjalan menuju ke kereta cabuk aku. aku tak suka kereta canggih manggih serba baru ni. biar old skool baru best. tapi old skool pun biar enjin mantop jangan sekali dua naik dan tehenjot-henjot nak mampus. 

aku kemudiannya balik ke studio aku. aku mahu studio aku tu di luarnya macam haram buruk gila, penuh vandalisme, berterabur tapi selesa di dalam. aku buka pintu studio itu, campakkan kunci di sofa putih itu dan terus membontoti tilam dan katil yang dicat putih. aku toleh ke kanan, jendela yang terbuka luas menghadap kota itu. anging sepoi meniup langsir beige itu. aku bingkas menolak baju-baju yang baru aku angkat dari jemuran. berlonggok di atas tilam ini. aku menyandar ke kepala katil, melihat sekeliling rumah yang agak sunyi. melihat gambar-gambar aku yang diambil di segenap pelusuk dunia. antartika saja yang belum aku sampai. aku suka lihat gambar aku di afrika itu. aku pasangkan lagu kuat-kuat. aku londehkan baju kerja aku dan menyarungkan seluar dan singlet putih. 

aku mahu seperti itu sekarang. semasa umur aku dua puluh ini. aku tak mahu ketinggalan dalam imaginasi aku. tak syok la asyik imagine bagai tapi end up kontra bagai. aku mahu ia seperti apa yang aku impikan. 

7.12.11

renyuk goncang makan.


my current obsession-favourite song of the day.
"renyuk goncang makan
renyuk goncang makan
renyuk renyuk goncang goncang dan makan*"

*ulang sampai muntah.


selamat pagi semua. harap hidup kau di luar sana tidak bosan, tidak malas dan tidak hanya korek hidung jentik taik hidung ke arah adik kau ya!

4.12.11

masing-masing

kau kerja sebagai nurse hospital kerajaan. kau pula kerja sebagai penjaga jamban 30 sen di stesen bas jitra. kau pula kerja jual ikan bakar dan sambal belacan. masing-masing pulun settlekan hal masing-masing. jika dilihat dari skop yang besar, kau dan aku hanya seperti mesin robot yang berkuasa canggih iaitu akal. sehebat-hebat Series iPhone4S atau sehebat Amoled Galaxy S2, tak ada juga mereka ini kalau tak dicipta oleh mesin robot berkuasa akal ini. 

walau apa pun yang kau buat di luar sana, masing-masing mengikut cara hidup masing-masing. tak perlu nak ambil tahu hal ehwal orang lain. cukuplah sekadar yang perlu. tak perlu sehingga selak kain batik. masing-masing la. 

tetapi, dalam masing-masing itu, kau dan aku tak sedar yang kita umpama pekerja untuk dunia ini. masing-masing-masing melakukan perkara masing-masing. kalau kau tak laksanakan hal ehwal kau, mungkin orang lain terjejas. walaupun kita masing-masing. umpama seorang perompak tak merompak rumah, tak thrill la kehidupan kita. haha.

caittt. masing-masing.

29.11.11

terasa.

aku tak mahu bincangkan pasal permergian arwah depan orang. please, jangan bincangkan pemergiannya depan aku. bukan aku nak lupakan dia cuma aku masih terasa arwah ada di sisi aku. arwah tak pernah tinggalkan aku. tak akan pernah sampai bila-bila pon.

walaupun tinggal aku, abah dan adik aku-ya, agak kecil kumpulan famili utama aku tapi aku memang tak mampu lepaskan arwah mak lagi. entahlah. mungkin aku hanya sempat bertemunya selama 2 hari sebelum hari itu? hari itu adalah hari pemergiannya. 14 november 2011 pukul 2.00 pagi. 2 hari sangat tak cukup bagi aku untuk menjaganya berbanding dengan apa yang arwah lakukan demi aku selama 20 tahun.

aku mahu arwah sentiasa bahagia di atas, bawah, dalam dunia dan alam-alam lain. aku? hanya mampu berdoa dan kadang kala meluahkan perasaan sorang-sorang. harap arwah dengar. sekarang, aku dinaik pangkat menjadi ibu dan juga kakak. hebat. berat. kau cakaplah apa pun. ini tidak cukup berat dengan apa yang aku lalui-mak aku dah tak ada di dunia ini lagi.

6.11.11

selamat hari raya.

selamat hari raya semua. rindu la pulak nak tengok kambing kerbau unta yang semua fluffy-fluffy ni muka cuak nak kena sembelih. tapi malangnya, di sini tengah struggle untuk final exam esok. solat raya pun sorang-sorang. dah tak ada takbir-takbir ni. mandi raya, solat raya dan terus study. owh! wonderfulnya hidup aku!! hehe.


aku hanya tinggal 2 paper lagi i.e. esok-analogue electronics dan lusa-embedded systems design. dan wa-la!! I'MGOINGBACKTOMALAYSIA! 

maka dengan itu, bersempena dengan hari raya korban ini, ikhlas aku mohon maaf kepada semua orang. 

28.10.11

penjara.

"dengan ini, anda dijatuhkan hukuman penjara dengan etc etc".

"aku jatuh terduduk. lemah longlai kaki ini menghala ke rumah baruku. nak tak nak, kena masuk jugak."

masa inilah aku teringat akan micheal scofield. lupa pula nak buat tatu kat badan.

aku dan 2 orang lagi menjadi jailmates. gerun jugak muka diorang ni. tak kisah lah pasal diorang ini. aku hanya pikirkan bila saja lah aku nak keluar dari sini.

tiba-tiba dengan tidak semenanya, pak guard datang datang informkan aku dan jailmates aku salah seorang dari aku akan dipilih secara random untuk hukuman gantung sampai mati. sebaliknya, lagi dua orang itu akan dibebaskan secara bebasnya. bebas bebas sampai terbabas.

aku berbisik kepada pak guard tu.
"bang, boleh bagitau tak sape orang yang boleh keluar tu? seorang je bang saya nak tahu. "

pak guard menjawab,
"hoi! kalau aku bagitau, possibility kau kena gantung lagi tinggi la dari 1/3 jadi 1/2. ingat aku tak tahu math ka?"

aku menjawab, 
"ish. mana ada bang. bak sini pen dan kertas. aku nak buktikan."

lalu aku pun buktikan...

1. assume M=me, A= jailmate, B= seorang lagi jailmate.
2. event M/A/B sebagai "M atau A atau B dipilih untuk digantung". so, P(M)=P(A)=P(B)=1/3 kan?
3. event JM/JA/JB sebagai "pak guard bagitau  M atau A atau B boleh keluar dari jail.". so, menggunakan bayes' first rule, 

P(M|JA)=P(JA|M) X P(M)/P(JA)------------------- Q1

4. kalau aku dipilih kena gantung, so A dan B sah sah la boleh keluar dari jail.
P(JA|M)=P(JB|M)=1/2

5. dan menggunakan law of total probability: P(JA)= P(JA|A)P(A) +  P(JA|B)P(B) +  P(JA|M)P(M) = 0 + 1 X 1/3 + 1/2 X 1/3 = 1/2

6. substitute semua nilai ke equation Q1, P(M|JA) = 1/3.

see pak guard? kau bagitau ke kau tak bagitau ke, sama saja. probability dia still sama, 1/3.

pak guard terkesima lalu terus makan burger di tangan dia itu.



p/s: ini soalan tutorial aku. sebenarnya aku ada exam statistics and linear algebra rabu minggu depan. 

22.10.11

tak center.

aku tahu header aku tak beghapa nak center.

ahh. itu saja yang aku larat kreatifkan header aku guna paint.

anggaplah ketidakseimbangan header aku itu sebagai seni.

.
.
.
.
.
seni taik kau??

20.10.11

cukup umur.

hampir 20 tahun.
aku enggan toleh belakang
melihat kembali panas hujan hidup ini
aku mahu
penuhkan
masa yang masih ada
dengan perkara yang
berfaedah.

haha. 

dua ayat terakhir itu
cancel-kan saja
kerana
itu bukan aku
aku bukan begitu orangnya
tak remaja la kan?
cuma
aku mahu 
perbaiki lagi
kasut aku

haha

ayat terakhir itu
cancel-kan saja
aku mahu perbaiki
hidup aku
itu saja.

aku dapat bad, broken, funny. haha. anda pula bagaimana?

12.10.11

lalat dan nyamuk.

jarang kat sini nak bersua muka dengan lalat, nyamuk, semut hitam, putih, merah mu bara semangat waja lalalala.

bersyukur juga tak ada serangga perosak macam tu. tak macam di malaysia. di malaysia, heran kalau tak ada nyamuk satu malam. kan?

tapi, satu saja buatkan aku tak tenteram. gundah gulana pun ada sikit. semalaman berfikir. kalau lalat atau nyamuk hinggap di sini i.e. di meja atau kat mana-mana saja, aku nak berkomunikasi dalam bahasa melayu ke english?

bahasa melayu ke english? kalau nak menyumpah pun, biarlah dia paham supaya sedar sikit dia tak diperlukan dalam bilik ni.


10.10.11

pasti.

tunggulah, masanya akan tiba.
tunggulah, di sana aku bahagia.
tunggulah, jangan biar rugi masa.
sekeping nota kuning tak mungkin membawa masa itu.
sepeket jelly bean pun tak terdaya membawa aku ke masa itu.

tunggulah kau. aku akan sampai ke sana. bhahaha.


9.10.11

very malaysian weekend.

jauh. duduk jauh-jauh. biar tenang rasa diri. beban di bahu bagai dilempar jauh ke belakang. sudahlah kau. gembira sudah lama tak dijumpai. tenang lagi lah tidak. orang kat luar sana panggil ini sebagai "dugaan" tapi aku panggil "i-don't-belong-here". tunggu masa saja aku nak buat kerja gila. haha.

sudahlah. malas nak layan perempuan macam ni kan. ghenyah. 

"di mana tidak tumpahnya kuah, kalau tidak ke roti canai?". "mamak" adalah satu restaurant yang agak famous kat sydney sebab orang sydney anggap tebar roti canai itu satu benda yang unik. tambah unik pula, diorang tengok lepas goreng roti tadi, di hempap-hempap sampai lunyai roti tu. wah wah wah! tambah lagi eksaited nak try roti canai. aim aku datang mamak ni saja je nak try sedap ke tak diorang bikin makanan malaysia ni. kalau tak sedap memang aku nak comment direct la. haha. bajet. 

makanan: 8/10. 2 bintang hilang sebab roti dia tak cukup lemak. macam roti biasa je.
servis: 6/10. 4 bintang hilang sebab aku minta sambal lebih. tapi tak datang-datang pun. janji palsu waiter berkaca mata frame hitam tebal tu. tipu!
harga: 7/10. bagi orang malaysia memang nampak mahal la kan roti sekeping lima dollar setengah. tapi, standard la tu kat sini. 
kebersihan: 4/10. aku jumpa something dalam makanan tapi takde lah disgusting sangat. haha



aku rasa macam nak try kerja kat mamak la tahun depan.







nasi lemak $15. sedap.


tengok movie real steel kat wayang paling besar memang abs-fucking-lutely awesome. juling mata weyh awal-awal tengok sebab besar gila skrin. boleh nampak tahi gigi hugh jackman kot. dua puluh lapan dollar lima puluh sen memang berbaloi. 


dan sekarang. aku berada depan laptop bersama buku letrik balik. damn. bila nak habis exam ni. segera mungkin aku nak bungkus buku-buku ni.

lima-kosong.

apa yang lagi yang lebih menggembirakan dari menjauhkan diri dari buku letrik. ye dak?
lima-kosong. malaysia lwn socceroos. haishh. sorak bukan kuat. kalau nak kira wavelength tu memang satu canberra boleh dengar tapi hampeh. kena hentam lima kosong kot.  malaysia hanya menang sorakan je la. tapi aku tak paham la. tengok bola kat aussie ni umpama pergi ke majlis kematian. senyap.



kanak-kanak ribena.


cantik gila aussie ni ghupenye. tak sedaq pong.


satu fakta yang tepat: bebudak wollongong sangat gila. 


gay.


the opening.


ini time 1-0. tak sempat nak telan air liur, dah gol. cam taik.


supporters malaysia.


salam apek.

ini after game.



 
seghonok malaysia kalah. haha.


masuk astro arena saja.

ini baru separuh saja kegembiraan untuk weekend ni. ada banyak lagi benda yang aku buat untuk menjauhkan buku letrik.




5.10.11

hidup anda bagaimana?

hidup wawk bagaimana kat sana?
ok.

cuba cakap betul-betul.
challenging sikit. biasalah dok kat oversea kan.

sikit ke banyak?
sikit je. boleh handle lagi oleh jiwa dan raga ni.

bunyi macam banyak je. cuba bagitau betul-betul. susah sangat ke nak bagitau? kite risau pasal dia.
banyak gak la. lagi sebulan lagi kan nak final. lab-lab tak siap lagi. awak tahu tak nampak sikit je lab tu tapi fuuuh, sabar je lah. awak tahu kan saya tak suka bab-bab programming ni, test dah nak dekat. lab baru bergerak macam siput babi lagi. siput babi siap gelak lagi kat saya sebab lagi lambat. babi betul siput babi tu. yang electronic pun satu hal, tak mahu setia dengan saya. kejap-kejap dapat result, esok-esok buat pula, guna circuit yang sebijik sama, tak dapat pulak. penat lah! bila nak balik malaysia ni. bela lembu lagi senang.

macam ada lagi yang tersumat tu. cuba luahkan betul-betul.
betul ni? jangan menyesal pulak.

asal nak menyesal pulak? luahkan je la.
betul ni? apa-apa pun tak pe kan?

ye. betul la. apa-apa pun tak pe.
ok. fuck!!! babeng! nakharommmmpunya lab! aku benci tahap gila babeng kau lab! kenapa kau menyusahkan hidup aku?!!!! babeng! kau tak nak bagi hidup aku senang sikit ke? sudahlah tahun ni aku eksiden! habis duit elaun aku bayar ganti rugi keta! habis masa aku kerja jadi orang gaji semata-mata nak cari duit nak makan! susah gila babi tahu tak hidup kat sini! dah la tu kena dump dengan member baik pula! babi sungguh! masalah lab pula! fuck ahh! tak boleh ke nak bagi hidup aku senang sikit! sikit je. tak banyak pun. pastu nak final pulak! 

hahahahhaha. marah nampak. marah lagi. marah la lagi. haha saya suka.
asal awak suka saya marah macam tu? 

sebab saya risau pasal awak la. biar awak luahkan marah awak kat semua orang. biar semua orang tahu betapa awak hidup susah sekarang. 
tapi saya bukan macam tu. buat apa nak marah orang. ini kan macam ujian saja.

ini bukan ujian la. ini nak tunjukkan tuhan tak sayang awak la teww. meh sini. saya risau awak ni.
babi kau! aku bukan la nak khianat Allah macam tu sekali. Dia lagi tahu dari kau la lahanat! ambik kau! kau pun sekali kena lahanat! syaitonnirrojim! 

ala. saya minta maaf la.bukan tu maksud saya. saya just nak temankan awak je.
sudahla. malas nak layan kepala hotak aku sendiri yang tengah biol ni. 

29.9.11

saktah.

saktah kalau sesiapa tak kenal, dia ialah salah satu hukum tajwid yang sudah ditelan zaman. ramai yang dah lupakan dan ramai lagi yang tak tahu pasal saktah. aku tahu pasal hukum tajwid segala bala termasuk saktah ini time darjah satu darjah dua kot. ini bukan nak membanggakan cuma nak bagitau ada lagi tau gadis-gadis yang tahu pasal tajwid ni. hehe.

saktah apa yang aku paham ialah berhenti atau stop seketika selama lebih kurang 2 harkat tanpa mengambil nafas baru. paham tak?

contohnya, macam kau tetiba jalan depan kubor sorang-sorang waktu maghrib malam jumaat, jantung kau punya pam pam pam darah gila laju akibat percikan adrenalin, tetiba je kau nampak "benda" lalu!

kau terkejut! kau berhenti bernafas selama 2 harkat sebelum pecut lari dengan nafas yang sama. logik ke tak belakang kira.

"kau berhenti bernafas selama 2 harkat sebelum pecut lari dengan nafas yanag sama." itulah saktah. 

contoh yang obvious dalam al-quran ialah dalam surah yasin ayat 52. simbol nak tahu itu hukum tajwid saktah ialah ada huruf arab "sin". bukan sin city tapi sin yang ada 2 gigi satu perut ibu mengandung tu!

ini just peringatan saja. selamat beramal!

dulu-dulu, waktu kecik-kecik, orang pergi kelas piano, aku kecik-kecik pergi kelas mengaji quran, salah sikit pppiiiiaaaaappppppp kena rotan wooo. -alfatihah buat ustaz shafie-

28.9.11

smart phone


"anyone still not using a Smart Phone?"
owh mr. unboxtheraphy, kau membuat aku berasa sangat shit, outdated, lapan puluh lima ribu tahun ke belakang.

mungkin aku bukan saja yang masih ketegaq tak guna smart phone. dan entah-entah aku sorang saja yang still tak guna smart phone. ya. keseorangan setiap sudut, penjuru hidup. sadis. tapi, ada sebabnya. sebabnya, aku seorang yang suka lihat pada benda besar. dr berfb di skrin kecik baik online kat laptop. dr menggoogle map baik prepare awal-awal mana kita nak pergi dan menajamkan photographic memory aku etc.

nantilah beli the super-ultimate-most-awesome gadget i.e. semak fon. 

25.9.11

diri kau sekalian.

jka ditanya apakah nilai-nilai yang ada dalam diri kau. mungkin kau akan mengenakan ayat-ayat cliche yang seringkali didengar. "i'm hardworking, i love to do this thing. i am very passionate upon this thing. i dont like hypocrite people. i hate doing nothing." dan berulang-ulang ayat itu. terutama di temuduga. i yakin mana-mana temuduga pun, lima puluh percent apa yang kau cakap tu penipu. kan? tapi entry ini bukanlah pasal temuduga apa-apa pun.

jika difikirkan, sikap baik apa yang ada dalam diri kau sekalian?

jika orang tiba-tiba tanya kau, "pe yang baik pasal ko ni?". i tahu bodoh punya soalan. memang nak makan penampar la kan tetiba tanya soalan macam ni. tapi, kalau la. kalau la ada orang tanya "pe yang baik pasal ko?". apa kau akan bagitau?

 1. "aku baik la, bodo!"
2. "ha? erm..(erm selama 24 tahun)"
3."aku rajin. baik hati. suka tolong orang. suka berfikir secara kritis dan kreatif. "

me? i'm gonna choose second option. erm sajalah. sebab i memang tak tahu pasal diri sendiri. puas? perempuan memang complicated. perempuan tak pernah tahu apa yang dia nak dari dulu, kini dan selamanya. kan?

maka dengan itu,

"sifat baik apa yang ada dalam diri kau?"

pagi-pagi makan roti,
jawab sendiri dalam hati.




confident.




mereka punya konfiden yang tinggi.

mereka ialah pelakon.

ye dak?

22.9.11

gelak.

kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah!

keh! keh! hadoi penatnya gelak.

keh! keh! kah! kah! kah! kah! aaaaaaaaahaahaahaahahahahaha!

haha! haha! haha! hoh! hoih! hoi! hu! hu! hu! hu! pheww!

lawak gilak lah.

penat gila gelak.

24 jam kemudian..


woo..woo..woo..woo..woo..

sob sob sob sob sob sob..waaaa!!!

penat gila nangis.


yang selalu berlaku. apabila gelak terlebih had. tidaklah menangis sahaja, cuma sedih. kan kan?
either way, penat juga yang dapat.




21.9.11

bapakku nama musa.

beside being translated as moses, i discovered something new about "musa". "musa" not just famous around islam, christians, jews whatever they are. but, "musa" is also popular in portugal.

from this website, it says that musa is a woman or a force personified as a woman, who is the source of inspiration for a creative artist.

also from this website, "musa project" is a collective aiming to promote Portuguese design in its various areas.

i quoted from this website,

musa as the origin.
musa as the cause.
musa as the inspiration.
musa as the collective.



i know the project's name is similar to my dad's name unintentionally. now i know what to buy for him when i go back to malaysia this november. haha.











baby come back!


what i love about this commercial is the background music plays its role to influence viewers like me.

some people might say "this new hilux is just same as before because the toyota failed to fix problems with their old car." etc. btw, he said "forgot the handbrake." at the beginning of the commercial. bla bla bla.

since, there's no bonds-invisitails commercial anymore, i move on my interest and smile to this new commercial by toyota.

baby caome back!






20.9.11

berger

kau tahu, malam-malam ini sedap juga pekena berger kat stall tepi jalan.

courtesy of google image.

"bang, jangan lupa extra mayo noe!."


surry hills




ya ya ya. bulan depan i mahu membuat something dengan surry hills ni ha. surry hills adalah satu town lebih kurang 1 km dari CBD sydney. CBD is stand for central biziness district. surry hills is my favourite town. memang betul-betul kegemaran ini. asyik tatap buku, blog, buku, blog. kejadah apa hidup i macam ni sekarang? gila!

"surry hills please" next month..

please time, tick-tock faster. please.





18.9.11

layang-layang di sawah.

erm. masih boleh merasai angin bertiup di sawah itu. musim itu musim "mengerat". maksudnya musim menuai padi. sawah di situ sudah kering, tiada pokok padi, dan tanahnya sudah dibajak. semasa itu i baru darjah lima. 

berlari-lari membawa handmade wau bulan. sapa buat? of course la abah saya ok! musim itu, abah i sanggup balik kerja awal semata-mata mahu buat wau bulan. bukan satu wau bulan, bukan juga dua, tetapi banyak. memang gila lah!

i masih ingat jiran i berpeluh-peluh mencari buluh yang sesuai di hutan-semata-mata mahu compete wau bulan abah i. hehe.

ada cara-cara dan trick-trick atau skill-skill yang perlu dikuasai dalam pengemudian wau bulan. bukan main hayun-hayun tangan je cik oii. i cakap je, i pun tak tahu skill pebendenye. i masa tu ketagih naik motor. kau tahu orang baru ketagih hisap rokok cmne perasaannya? ha! macam tulah i rasa.

apa i kisah motor cabuk, honda bulat pon. hentam sajalah atas sawah yang tak teratur permukaannya.

dan di sinilah i berada sekarang-di Centennial Park. termenung melihat australians seghonok main-main layang-layang. 
inilah abah i dengan jiran. 5 saat kemudian."kau percaya pehal?"

teringat saja kisah lama.

6.9.11

spring.

ada beza kadua-dua gambar bawah?

of course la ada. it's spring! 

spring atmosphere. mini roses that keep me smiling all the time.

winter atmosphere.

5.9.11

sedih.

di sebalik kegembiraan itu, i sering kali berfikir apakah salah i? apakah yang dibuat oleh i sehinggakan dia tak mahu bercakap dengan i? nak bercakap, bertegur pun tidak.

ini bukan lagi sedih. ini sudah luluh hati. luluh melihatkan kawan baik buat macam ini.

menangis? setiap kali berfikir, setiap kali itu menangis.

dan kalau kau sedang membaca blog ini.

kalau kau marah pasal apa yang aku tulis di blog ini pasal kau, ini adalah apa yang aku rasa. bukan untuk mengutuk, bukan untuk bercakap di belakang kau. aku hanya meluahkan apa yang aku rasa sahaja. dan fahamlah, aku bukanlah orang yang outspoken, yang akan meluahkan segala isi hati kepada orang. aku hanya lebih suka luahkan didalam blog.

dan jika itu bukan masalahnya, masalah kau tak mahu bertegur dengan aku, dan tolonglah bagi tahu kat aku apa masalahnya. tolonglah jangan mengelak ke sana ke mari.

dan semasa aku bertanya kepada kau, "f^%, kau dah tak nak bercakap dengan aku ke?" dan kau menjawab "takdelah, biasa je." membuatkan aku rasa sangat bengang, bangang dan sebagainya. bengang kerana obvious kot kita tak bercakap dan bangang kerana kenapalah aku tanya soalan macam tu. terima kasihlah buat aku macam ini.


dan sekarang. aku sudah mangli. mangli dengan apa yang berlaku. lantak lah nak jadi apa.

wee wee 2.

dan selepas bergelak-ketawa sambil membantu ashaari mengalih-alih sate, i pun resign kerja itu. ashaari. kitorang satu mrsm tetapi tak pernah nak bertegur sapa sebelum ini. tetapi, malam itu tetiba je boleh gelak-gelak sekali. entahlah.

dan i pun diajak masuk ke rumah bujang oleh fai sebab ada jamming lagu raya di situ. melihatkan rumah bujang ni, rasa macam nak kemas je. serabut la. i duduk di katil, bersandar sambil memerhatikan aub, lead guitar memberi arahan kepada bandnya. shahril tetiba menunjukkan jarinya kepada i. "tengok ini, dah kaku jari main guitar." dan itu pertama kali i bertegur sapa dengan shahril.

di sebelah kiri i, seorang budak, anak pak cik post grad yang mengetuk-ngetuk kotak itu dan di sebelah kanan, ungku sedang sibuk bermain tambourine. i hanya senyum, melihat tiap-tiap orang dalam bilik tu. fai pula sibuk menyanyi dan kadang-kadang ditegur tone salah, pitching lari segala bagai.

dan jamming itu berlanjutan sehingga pukul 3 pagi, dari lagu raya sehinggalah lagu macarena, lagu liyana fizi. dan hell yeah. we had a very good time. dan i sudah pandai main tambourine. thanks ungku. haha.

wee wee 1.

malam itu adalah malam paling happening. berjalan terus ke rumah itu, bersama rakan karib, sedikit mengujakan, mendengar riuh rendah dari jauh. dan di situ, i terasa berada di kampung sendiri melihatkan betapa ramainya umat melayu di situ. sibuk membakar sate yang entah berapa ratus cucuknya.

dimulakan dengan bersalaman dan fai, rakan karib meng-introduce-kan i kepada semua orang di situ. awkward pada mulanya. terlihat di situ, dua tempat membakar sate; satu untuk sate ayam dan satu lagi untuk sate daging. diceritakan pula kepada i bahawasanya upcara pembuatan sate di wollongong ini sudah jadi tradisi dari 3 tahun lalu. iyekan saja. walaupun "tradisi" itu membawa maksud sudah lama dan 3 tahun itu bukanlah lama sangat. ye dak?

pabila ditanya, "ni, dari mana?" oleh salah seorang pak cik post-grad di sini,

i pun bertanya, "dari universiti mana ke? asal di malaysia ke? atau tinggal di mana di australia?"

diorang menjawab "yang mana-mana pun tak pe."

terus i menjawab semua sekali gus. senang. tak perlu nak terangkan lagi nanti.
"sy belajar kat unsw, dok kat eastlakes."

muka diorang semua berkerut macam tengah mencari manakah eastlakes itu.

i pun menjawab "area dekat kingsford tu? (muka diorang masih berkerut). pastu dekat dengan mascot. (muka sedikit tenang). tapi asal dari kedah."

tiba-tiba. riuh rendah. "owh hang mai daghi kedah ka?!!", "kedah kat mana?", "kat jitgha". "ha todiaa. dekat la kita. abang dulu dok dekat taman dekat balai polis tuuuuu."

dan semua orang mempamerkan skill loghat kedah masing-masing. i hanya gelak tengok gelagat abang-abang di situ. dan i pun menolong membantu diorang bakar sate kerana upacara pembakaran ini memang menjadi minat i sejak dulu lagi. sambil bersembang mainly pasal situasi tipikal lelaki berjumpa awek-awek di sini, i pun turut serta join sekaki bergelak ketawa.




3.9.11

inilah dia.

ha. inilah dia. inilah dia ya. inilah dia kalau bakal-bakal isteri masuk dapur. ha inilah dia.

this night is disastrous for them. esok open house. malam ini dengan kuah kacang tak jadilah, agar-agar yang awesome dari mai berketul-ketul lah, rendang ayam kaler kuning. sekarang hampir pukul 1 pagi.

disastrous la, labu.

"a mere interlude" by "i am mai"

31.8.11

rojak.

 

selamat hari kemerdekaan. 


29.8.11

malam ini.

malam ini malam raya.

tak ada feel pun untuk raya tahun ini.

sedih pun ada, ramadhan dah habis.

rindu kat keluarga tu pun ada, tapi tak adalah nak nangis.

tapi, sekali dengar suara-suara diorang, air mata tak henti-henti mengalir.

selamat eid mubarak.

26.8.11

mata butang.


*mata membutang.
inilah dia nasib badan. membutang mata tenung benda atas ni lama-lama. tak tenung, tak faham pulak, kalau tak faham macam mana nak buat code, kalau tak buat code macam mana nak dapat tanda tangan abah gof comel. hurm.

i bukan tak reti bab ni, i reti cuma bodo ja bab ni. faham tak?

haha.

no sign abang gof comel la untuk lab 3.1 ni. haha. abang gof comel, jangan tanya soalan bodo noe ari ni.

25.8.11

cap jari.

berlaku pada umur dua belas tahun. semasa kita-kita memangku darjah enam tu.

sudah dua kali kecurian berlaku di kelas ini.
dia sebagai ketua kelas dan ketua pengawas bertanggungjawab dalam hal ini. dia bernama aizat(bukan nama sebenar). i pernah lihat biodata diri dia. di jawapan "cita-cita" ditulisnya "ahli forensik".

time tu, i fikir kira dahsyat la tu. ahli forensik woo. csi woo.

dan suatu hari, kalau tak silap, terjadi sekali lagi kes kecurian apa benda ntah. setelah beberapa minit kemudian...

si aizat membuat pengumuman penting

"semua oghang la ni kena ada selotep setiap soghang."

yang lain kehairanan, "awat? nak buat pa plak dah ngan selotep?"

si ketua kelas yang bertanggungjawab itu menjawab dengan yakin

"ha la. nak tengok cap jari sapa punya. kena la guna selotep. baru lekat elok cap jari tu!!"

hurm.

yang pendek akalnya. i pergi percaya bulat-bulat. terus waktu rehat pergi beli selotep dua kupang.

ini kisah benar.


23.8.11

kanak-kanak.

pukul 4 sesudah selesai menjamah mata dengan drama-drama terpilih di kaca tv, mulalah stretching badan.

i pun menuju ke port biasa, bertemu muka dengan adlina, shima dll. port kitorang tak adalah 5 bintang, cuma ruang bawah rumah kampung dulu-dulu yang telah disemen sepenuhnya. sejuk bontot.

permainan masa tu yang famous ialah batu tujuh. sama saja macam batu seremban tapi orang kedah panggil batu tujuh. permainan ini mempunyai pelbagai fasa dan skill yang perlu dikuasai antaranya ialah

1. fasa pertama: fasa ini selalu diabaikan kerana teramat mudah iaitu batu keretapi, batu ketam, batu kutip satu persatu dll. selalunya diberikan fasa ini kepada budak-budak hingusan.

2. fasa kedua: fasa kedua dan seterusnya dinilai dengan markah 100. jika sampai markah 100 harus buat bunyi "krek krek, 100" baru sah. kalau tak, kena reject. fasa kedua ialah kutip batu satu persatu, batu 1:2:3, batu 3:2:1, batu 2:1:3, batu 1:3:2 etc segala possibilty la pendek kata.

3. fasa ketiga: batu cina, batu india dll.

4. fasa empat: batu lahanat. paling susah. sengaja direka cipta oleh kitorang supaya kalah. batu kutip semua. maksudnya, sambil kau baling sebji batu diudara, kau perlu kutip semua batu lain sekaligus dalam masa yang sama.

itulah dia. selepas mendapat bosan main batu tujuh, kitorang main "tuju lemak atau tuju tin". "tuju" itu bermaksud menuju bola kepada ahli pihak lawan. bola khas diperbuat dari batu-batu keras, dibalut dengan plastik dan diperkemaskan dengan getah bodo (getah kaler oren)itu. sakit kalau kena. kawasan permainan ialah satu kampung i.e. belakang rumah toklang, depan rumah long ani, belakang jamban dan segala pelusuk tempat.

rindu zaman-kanak.

21.8.11

gotye (go-tee-yea)

somebody i used to know by gotye feat. kimbra.

gotye atau nama sebenarnya walter de backer adalah australian yang femes dengan lagu di atas. dia baru buat performance di event yang i sudah missed untuk tahun ini. event itu ialah splendour in the grass yang diadakan di queensland. awek bernama kimbra itu orang new zealand. owh! tahun depan mahu ikut turut serta ke splendour in the grass.

songs for this week:
gotye feat. kimbra-somebody that i used to know.
sara bareilles-send me the moon
phoenix-1901
radiohead-high and dry
p.ramlee-lagu raya dia yang femes.

whoa! nak raya.

selamat hari raya. parcel baju raya nak sampai sini dah. 



ambil berat.

duit tak ada awalnya. bila dapat bantuan duit, pergi tukar phone ke blackberry etc. sungguh shit sekali. 

sedarlah wahai cow-kau sekalian. 

teknologi tak pernah nak memenuhi kehendak kau. kau hoo-haa sekarang dengan blackberry kau, nanti keluar strawberry pula. see? unless kau sangat perlu guna teknologi itu, itu ada point untuk beli.

tapi kau sepupu i, perlu di ambil berat. anak berkupu-kupu, tapi tak diendahkan. ni nak marah ni!

bukan sebab jeles tapi memang sebab marah butul!

20.8.11

entry raya 1.

raya makin dekat. teringat kat rumah nun di kedah.

tak apalah. barangkali ada hikmah dok jauh-jauh macam ni.

kalau nak sambut raya, perempuan tipikal macam i sudah tentu berkeinginan hendakkan kasut raya. kasut itu penting. di sini ada beberapa pilihan kasut raya yang i mahukan untuk tahun ini. walaupun berbeza sedikit ciri-ciri dan fungsinya, namun usahlah berkata apa-apa ya, laydis and jentelmen.

Chuck Taylor All Star Hi Lady Outsider

owh! ini sangat cun. kan?



Chuck Taylor All Star XX-Hi Beverly Boot

i suka ini tapi memandangkan kaki umat melayu perempuan ini agak pendek, risau pula nanti jadi fashion-victim dwarf.

Chuck Taylor All Star Hi Outsider

simple. black.leather. waterproof. nice. 

sekarang, i dah tak main kasut raya berbunga kesum ke, bertumit lesung ke dan i hanya hiraukan realiti sebenar kat sini. yang cuacanya tak menentu, hari ini ribut, esok panas. hari ini hujan, esok pun hujan. kau gila nak suruh i pakai heels pergi kelas reraya ni? tercabot tumit oii! 

kenapa semuanya chuck taylor? jawapannya bukan nak jadi awek chuck taylor namanami ke hapa ke tapi 


sedap pakai. tu je.


sawadikap.




17.8.11

jangan klik. merepek saja ni.



hari ini diorang cakap nak ambil gambar salam perantauan kat uni. hari ini memang begitulah rancangannya. hari ini tak ada kelas langsung. sebab itulah plan nak ambil gambar untuk masuk utusan ke hapa benda ke. hentam saja la labu.

maka dengan itu, pagi yang indah digunakan untuk bangun bersiap-siap. kau tau kan perempuan kalau mahu ambil gambar, diorang akan makan masa yang banyak gitu! harap-harap tak batal puasa sebab dah makan masa. hehe. hampir 60% energy dibazirkan macam tu saja. kenapa?

kau boleh tanya kenapa? ha! farkyew.

sudah siap segala bagai, kau tahu tak bukan main jauh library uni dengan main gate dia? kau tahu tak betapa banyak energy kena tuang waktu naik tangga batu caves tu? hampir enam puluh peratus! dan sekarang kau cancel sesi penggambaran kita. why?why? why betei why?

sekarang ni sapa nak jawab dengan i?

sudah pukul 2.03 pm sekarang. hampir tiga jam setengah lagi untuk berbuka puasa.
I sudah jadi jeruk kemamang. tak larat.  t a a a a k  l  a  a  r   r   r   r  a  a    t    t    t.
daaaang!

tetiba teringin kulit babi yang crispy. -.-

uji matematik anda.

satu tambah satu berapa?

satu kuasa satu?

satu kuasa kosong?

e to the power of satu?

log satu base sepuluh?

natural log satu base sepuluh?


50% dari anda diluar sana terus terpikir "kalkulator" dari "mengira sendiri menggunakan akal".
ye dak?

sawadikap.



10.8.11

masih mencari.

bersempena dengan Ramadhan ini, biarlah i berterus terang.

i tidaklah kukuh imannya. tidak juga loose iman sebegitu mudah. kadang-kadang tergelincir juga. banyak kali kot tergelincir. sebab iman boleh turun naik. 

hendak meluahkan tapi tak tahu kat siapa? baik berbicara dalam belog saja. kerana itu sifatnya. lebih mudah berbicara dengan mesin-mesin dari benda yang be-roh. 

hanya satu sahaja pertanyaan. 

"bolehkah i menjadi seorang islam mengikut rukun islam dan iman sepatuhnya tetapi tidak tahu asal usul islam itu sendiri?"

mungkin jawapannya tidak. hanya diingini dalam hati ini ialah, "mungkin sudah sampainya aku belajar berdikari, menolak pemikiran yang bahawasanya aku islam sebab keluarga aku islam, maka dengan itu aku sudah tahu apa itu islam."

itu bengap namanya. tak masuk dek akal kepala tengkorak ini. i sudah 19 tahun. selama 19 tahun ini, hidup penuh kebodohan. ilmu duniawi dikejar bagai. mungkin sebab i berbangga berjalan di tengah lautan, masih menutup aurat, masih bersolat lima waktu dll sambil menuding jari dan berkata "haha. kau kau semua sekeliling aku ini akan masuk neraka jahannam! haha".

kejam sungguh. kejam menuding jari tanpa usul periksa kerana kita tidak tahu selepas satu saat itu, hidayah Allah turun ke atasnya. kerana kita tidak tahu muka saja macam omputih, tapi islam. kerana kita tidak tahu.

atas sebab itu, i mengambil keputusan. mengambil keputusan untuk mempelajari tafsiran al-quran dari surah al-fatihah hinggalah surah an-naas.

tetapi! i tidak mahu kau diluar sana melabel i sebagai ustazah, muslimah memakai baju yang ada nama-nama klasmate itu. biarlah digelar sebagai pencari. 

yang masih enjoy mendengar muzika "foster the people"!



yeah.

phew! puas hati boleh meluahkan semua dari hati.

8.8.11

rumah pelacuran.

hari itu hari rabu. seperti dijanjikan, pertemuan pertama pukul 1.45 petang. penat juga berjalan gara-gara tak mahu ambil bas ke rumah itu dek kerana tambang bas yang mahal. $1.60 darab 3.2 sama dengan ar em 5.12. mahal kan?


"hi. i'm &%&^&. don't be scared because of this 4-storey apartment. (giggling) " she started the conversation.
"never mind. i can do this." i membalas. macam interview, kena bagi keyakinan walaupun kita tengah ketakutan. ye dak?


ini ialah rumah kedua untuk housekeeping. rumah pertama berhampiran uni setiap khamis. dan rumah kedua ini, belum diumumkan lagi.


semasa masuk ke rumah itu, memang kosong. tak ada sesiapa. si perempuan berambut blonde ini mungkin dalam lingkungan 40-an tapi still mantap lagi. hehe. cantik orangnya. tapi bukan australian, i masih tak tahu lagi asalnya. nak bertanya, nanti dikatakan sibuk tahu hal orang. so, diam diri sajalah. 


dia mula menunjuk setor di ground floor. disebabkan bahasa inggerisnya terkucar kacir, owh! susah sungguh nak difahami. i pulak bahasa inggerisnya manglish. eloklah tu. umpama ayam bercakap dengan itik dalam bahasa kambing. heh. 


dalam setornya, ternampak satu poster besar ditulis "miss brazil" beserta poster dirinya. owh. orang latino rupanya. pada masa itu, memang tak ada syak wasangka langsung. mungkin dia seperti janice dickinson. 


menurutinya ke tingakat pertama, agak pelik pula kerana terdapat banyak patung atau statue kecil bogel. dihiasinya statue bronze nampak bontot dua biji di dinding, berjalan di koridor menghala ke arah dapur, ternampak pula statue kecil hitam bertetek sederhana besar. hurm. sambil dia memberi arahan dan penerangan macam mana nak cuci rumah itu, i ternampak spotlight ala-ala photoshoot di lounge room rumah itu.


"macam pelik je rumah ini. malam nak dekat. asar belum solat lagi." bermonolog dalaman. 


dinaiknya satu tingkat lagi ke bahagian bilik tidur. ada dua bilik tidur di tingkat itu. masing-masing dihiasi dengan tema ala-ala hollywood. i tak gemar tema macam itu. tak cool. i prefer vintage, simple and cool. semasa masuk ke master bedroom, tiada satu helai baju pun di almari bilik itu. kosong. keadaan berhabuk. 


"the tenant has already leave this romm while ago." dia menambah.


uiks? tenant ke penyewa pada waktu malam? hehe. pada masa itu, dah nak gelap. solat asar belum lagi dikerjakan. macam mana ni? nak solat di tempat yang macam ala-ala pelacuran ni, Allah nak terima ke? tapi, i sembunyi-sembunyi solat di lounge room kerana pada masa itu si dia berada di tingkat 4 mengemas cadar bilik. 


nak solat pun satu hal.  dah la gelap, kucing si dia itu usha tak mau-mau pulak time ni. mana khusyuk. tapi solat jugaklah. laju macam F1. 


"dah malam. apa dia nak buat kat aku nih? kerja kemas-kemas rumah dah habis tapi macam taknak bagi aku balik je." keluh sendirian.


masa itu, doa kepada Allah saja i pinta moga-moga i tidak dibuat patung seks diorang. 


"janganlah jadi apa-apa. lindungi aku. dah la bulu ketiak tak cukur lagi, malu lah kalau diorang buka baju nampak bulu ketiak. haha." sedapkan hati.


sesudah itu, pukul 7 malam dia memberi buah epal sebagai alas perut kerana i dah buat banyak kerja dari petang tadi. tapi i menolak, kalau-kalau buah epal itu disihirnya kerana i nampak banyak sangat lilin-lilin hitam di sekeliling rumahnya. 


"nanti jadi snow white pulak. tapi snow white tak cukur bulu ketiak la. haha." riangkan hati lagi.


dia senyum sahaja. dia memberi menunjukkan i jalan keluar dari apartment itu, dan membayar $70 dollar. i pun blah dari situ dan sebelum blah, dia nasihati i supaya jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali dan segala bagai nasihat lagi.


owh, dia baik orangnya. seminggu dua kemudia, i baru tahu dia ialah student law tapi kerja modelling  dan ada suami yang bekerja sebagai pakar tulang. patutlah rumah 4 tingkat.


hehe. 

6.8.11

blog kedua.



i've already published my second blog, "4 letters" and the four sacred letters are not obviously L.O.V.E. i came across when i was reading lab manual last night. haha. pelik. 


"....If you did have the Makefile, all you would have to type is "make": just four letters! If you like you can use mv to rename the file....".


see? reading inspires you! haha. basically, belog kedua i just cerita pasal apa yang i belajar dan sebab utama kenapa i tubuhkan belog ni ialah masa yang dihabiskan berblog jauh lagi tinggi dari study ratio 24:0. blogging 24 jam, study 0 jam. oleh itu, belog ini ditubuhkan. 


sekarang ini, nak blogging pun senang hati sebab blogging pasal study-study thing. yay! 
dont call me nerd. itu saja.

5.8.11

bahasa.

dudulu semasa makan ice cream, bahasa melayu.
dudulu semasa boleh makan cokelat, bahasa inggeris.
dua tahun dudulu, bahasa korea.
setahun dudulu, bahasa Cplusplus.
seminggu dudulu, sudah start belajar bahasa baru!
bahasa orang genius sahaja yang boleh paham.
bahasa high-class!
kalah mila kunis berbahasa russia.
bahasa yang seten orang sahaja yang paham.
bahasa "assembly language".
bahasa untuk microcontroller untuk laptop-laptop, komputer-komputer kamu tu.
tapi i tak genius.
iq level i hanya 99. my mother had me tested.
selepas ni belajar bahasa apa pulak ek?
"klingon" perhaps?
hadoiyai.
pi hatyaii.


1.8.11

cinta foster the people.

 "pumped up kicks" by foster the people. 

my current songs i've been listening to:
1. "pumped up kicks" by foster the people.
2. "helena beat" by foster the people.
3. "karma" by cokelat.
4. "chasing pavements" by adele.
5. "creep" by radiohead.

see? two songs in a row highlighting foster the people band is an awesome band. made in USA. 

happy Ramadhan!

sahur.

nak bangun tapi malas, kalau tak bangun nanti cepat layu. itulah dilema kita untuk sahur. 

di gombak dulu-dulu...

i pada mulanya hairan sangat macam mana boleh ada satu biji kurma(biji sahaja tanpa isi) di sebelah katil i. dulu i tinggal di area bawah katil double decker. tapi tak apa lah. ambil biji tu pastu buang.

esoknya tak ada.

esoknya lagi ada pula sebiji lagi. "sapa plak makan kurma tinggal biji atas katil aku nih?" dan tanyalah i kat rumet dan dia jawab, "tak tau bukan aku."

esok dan esok dan esok....

dari sebiji kurma jadi tiga biji kurma. maklumlah cukup syarat cara Rasulullah sahur. i bertanya lagi kat rumet "hang kan yang dok buang kat biji kurma kat katil aku?". hampir mencetuskan perkelahian. biasalah. perempuan. hehe

tiba-tiba.

rumet ni gelak berdekah-dekah-dekah. "sorry eyh. aku baru teringat. biji kurma tu aku punya. tiap-tiap malam aku letak kotak kurma dan botol air sebelah bantal aku. bunyi alarm sahur. raba-raba 3 biji kurma telan. minum air. tidur balik. aku ingatkan biji kurma tu masuk dalam kotak tu balik. tapi jatuh bawah. haha"

hujan kurma la ni.



31.7.11

ramadhan

terasa sepi dan terasa seperti tiada apa akan berlaku esok dan 30 hari akan datang. walaupun ianya sangat-sangat bermakna kepada kaum muslimin mengejar kebaikan sebanyak mungkin tapi di sini, suasana di sini masih sama seperti hari-hari sebelumnya. seperti tiada apa-apa berlaku. ini tak boleh jadi!

kita kena mengimarahkan bulan ramadhan al-mubarak!

walaupun tiada sesiapa yang akan menyahut kerana i hanya bercakap dalam hati, tetapi biarlah diri ini saja percaya bahawa tahun ini, ramadhannya akan menjadi lagi baik dari tahun lepas. biarpun sedikit. 

ramadhan di bumi orang. memang penuh cabaran.

28.7.11

harga ayam

"harga ayam sekarang ni ialah dua dollar empat puluh satu sen sekilo ya!"

"owh. $2.41". i bermonolog dalaman.

sambungnya lagi. "maka dengan itu, currency australian dollar menjadi lagi kukuh!"

"owh. huh? apa kaitan antara harga ayam dengan currency ni?" i tertanya-tanya.

dia menjawab. "harga ayam semakin menurun, maka aussie dollar menjadi lagi kukuh la!"

"tapi, apa kaitan ayam dan currency?"tak dapat kaitkan lagi.

dia memberi kesimpulan. "memang macam itulah."


terus tersedar dari mimpi. kenapala nasib ni dapat mimpi sebegini rupa? tak ada mimpi lain ke? kalau i dapat jumpa "dia", karakter dalam mimpi itu, sumpah nak terajang dia!

mana ada kaitan harga ayam dengan currency!!!!!!!!

27.7.11

minyak.



lagu "stop this song" by paramore berkumandang. [bunyi alarm]

ugh. menggeliat.

keluarkan kepala dari quilt tebal. "gelap lagi."

tidur balik.

15 minit kemudian.

bunyi alarm.

keluarkan kepala. "sikit lagi."

masuk dalam quilt.

15 minit kemudian.

bunyi alarm.

keluarkan kepala. "lambat lagi ni. sikit lagi sikit lagi."

masuk dalam sarang balik.

15 minit kemudian.

lagu "stop this song." sekali lagi.

keluarkan kepala. "baru nak cerah ke?. sikit lagi."

masukkan kepala dalam quilt. 

tenyeh-tenyeh hidung sikit.

daaangg!!

minyak gila hidung!!!

campak quilt.

pergi cuci muka dan solat subuh.

bodoh punya neutrogena. pehal hidung macam kuali pisang goreng je.


25.7.11

tenung jauh.

sigh.

sandar di kerusi putih sambil tenung sayup ke luar tingkap.

timun, jambu air, nenas, sengkuang, pelam ranum, dituang masuk ke dalam kuah rojak super sedap. ha macam itulah otak ini ligat memikir segala benda dalam satu masa.

tenung jauh jauhh jauhhh jauhhh ke luar, sengaja dibuat supaya masa berlalu begitu saja umpama biskut bergula cap ping pong cecah air teh panas. memang tak ada synchronization antara dua benda ini.

papppp!!!
bunyi sesuatu menampar cermin tingkap depan i. dan of course bukan tangan i.

hurm.

cepat-cepat pergi ke katil tarik selimut tutp muka. menggigil.

bukan takutlah! cuma sejuk sedikit.

hik hik.