Pages

5.9.11

wee wee 2.

dan selepas bergelak-ketawa sambil membantu ashaari mengalih-alih sate, i pun resign kerja itu. ashaari. kitorang satu mrsm tetapi tak pernah nak bertegur sapa sebelum ini. tetapi, malam itu tetiba je boleh gelak-gelak sekali. entahlah.

dan i pun diajak masuk ke rumah bujang oleh fai sebab ada jamming lagu raya di situ. melihatkan rumah bujang ni, rasa macam nak kemas je. serabut la. i duduk di katil, bersandar sambil memerhatikan aub, lead guitar memberi arahan kepada bandnya. shahril tetiba menunjukkan jarinya kepada i. "tengok ini, dah kaku jari main guitar." dan itu pertama kali i bertegur sapa dengan shahril.

di sebelah kiri i, seorang budak, anak pak cik post grad yang mengetuk-ngetuk kotak itu dan di sebelah kanan, ungku sedang sibuk bermain tambourine. i hanya senyum, melihat tiap-tiap orang dalam bilik tu. fai pula sibuk menyanyi dan kadang-kadang ditegur tone salah, pitching lari segala bagai.

dan jamming itu berlanjutan sehingga pukul 3 pagi, dari lagu raya sehinggalah lagu macarena, lagu liyana fizi. dan hell yeah. we had a very good time. dan i sudah pandai main tambourine. thanks ungku. haha.

No comments: