Pages

5.9.11

sedih.

di sebalik kegembiraan itu, i sering kali berfikir apakah salah i? apakah yang dibuat oleh i sehinggakan dia tak mahu bercakap dengan i? nak bercakap, bertegur pun tidak.

ini bukan lagi sedih. ini sudah luluh hati. luluh melihatkan kawan baik buat macam ini.

menangis? setiap kali berfikir, setiap kali itu menangis.

dan kalau kau sedang membaca blog ini.

kalau kau marah pasal apa yang aku tulis di blog ini pasal kau, ini adalah apa yang aku rasa. bukan untuk mengutuk, bukan untuk bercakap di belakang kau. aku hanya meluahkan apa yang aku rasa sahaja. dan fahamlah, aku bukanlah orang yang outspoken, yang akan meluahkan segala isi hati kepada orang. aku hanya lebih suka luahkan didalam blog.

dan jika itu bukan masalahnya, masalah kau tak mahu bertegur dengan aku, dan tolonglah bagi tahu kat aku apa masalahnya. tolonglah jangan mengelak ke sana ke mari.

dan semasa aku bertanya kepada kau, "f^%, kau dah tak nak bercakap dengan aku ke?" dan kau menjawab "takdelah, biasa je." membuatkan aku rasa sangat bengang, bangang dan sebagainya. bengang kerana obvious kot kita tak bercakap dan bangang kerana kenapalah aku tanya soalan macam tu. terima kasihlah buat aku macam ini.


dan sekarang. aku sudah mangli. mangli dengan apa yang berlaku. lantak lah nak jadi apa.

1 comment:

Paolo Balam said...

oklah tu berjawab, daripada tarik muke...buat cool je...heh