Pages

5.9.11

wee wee 1.

malam itu adalah malam paling happening. berjalan terus ke rumah itu, bersama rakan karib, sedikit mengujakan, mendengar riuh rendah dari jauh. dan di situ, i terasa berada di kampung sendiri melihatkan betapa ramainya umat melayu di situ. sibuk membakar sate yang entah berapa ratus cucuknya.

dimulakan dengan bersalaman dan fai, rakan karib meng-introduce-kan i kepada semua orang di situ. awkward pada mulanya. terlihat di situ, dua tempat membakar sate; satu untuk sate ayam dan satu lagi untuk sate daging. diceritakan pula kepada i bahawasanya upcara pembuatan sate di wollongong ini sudah jadi tradisi dari 3 tahun lalu. iyekan saja. walaupun "tradisi" itu membawa maksud sudah lama dan 3 tahun itu bukanlah lama sangat. ye dak?

pabila ditanya, "ni, dari mana?" oleh salah seorang pak cik post-grad di sini,

i pun bertanya, "dari universiti mana ke? asal di malaysia ke? atau tinggal di mana di australia?"

diorang menjawab "yang mana-mana pun tak pe."

terus i menjawab semua sekali gus. senang. tak perlu nak terangkan lagi nanti.
"sy belajar kat unsw, dok kat eastlakes."

muka diorang semua berkerut macam tengah mencari manakah eastlakes itu.

i pun menjawab "area dekat kingsford tu? (muka diorang masih berkerut). pastu dekat dengan mascot. (muka sedikit tenang). tapi asal dari kedah."

tiba-tiba. riuh rendah. "owh hang mai daghi kedah ka?!!", "kedah kat mana?", "kat jitgha". "ha todiaa. dekat la kita. abang dulu dok dekat taman dekat balai polis tuuuuu."

dan semua orang mempamerkan skill loghat kedah masing-masing. i hanya gelak tengok gelagat abang-abang di situ. dan i pun menolong membantu diorang bakar sate kerana upacara pembakaran ini memang menjadi minat i sejak dulu lagi. sambil bersembang mainly pasal situasi tipikal lelaki berjumpa awek-awek di sini, i pun turut serta join sekaki bergelak ketawa.




No comments: