saktah apa yang aku paham ialah berhenti atau stop seketika selama lebih kurang 2 harkat tanpa mengambil nafas baru. paham tak?
contohnya, macam kau tetiba jalan depan kubor sorang-sorang waktu maghrib malam jumaat, jantung kau punya pam pam pam darah gila laju akibat percikan adrenalin, tetiba je kau nampak "benda" lalu!
kau terkejut! kau berhenti bernafas selama 2 harkat sebelum pecut lari dengan nafas yang sama. logik ke tak belakang kira.
"kau berhenti bernafas selama 2 harkat sebelum pecut lari dengan nafas yanag sama." itulah saktah.
contoh yang obvious dalam al-quran ialah dalam surah yasin ayat 52. simbol nak tahu itu hukum tajwid saktah ialah ada huruf arab "sin". bukan sin city tapi sin yang ada 2 gigi satu perut ibu mengandung tu!
ini just peringatan saja. selamat beramal!
dulu-dulu, waktu kecik-kecik, orang pergi kelas piano, aku kecik-kecik pergi kelas mengaji quran, salah sikit pppiiiiaaaaappppppp kena rotan wooo. -alfatihah buat ustaz shafie-
No comments:
Post a Comment