Pages

18.9.11

layang-layang di sawah.

erm. masih boleh merasai angin bertiup di sawah itu. musim itu musim "mengerat". maksudnya musim menuai padi. sawah di situ sudah kering, tiada pokok padi, dan tanahnya sudah dibajak. semasa itu i baru darjah lima. 

berlari-lari membawa handmade wau bulan. sapa buat? of course la abah saya ok! musim itu, abah i sanggup balik kerja awal semata-mata mahu buat wau bulan. bukan satu wau bulan, bukan juga dua, tetapi banyak. memang gila lah!

i masih ingat jiran i berpeluh-peluh mencari buluh yang sesuai di hutan-semata-mata mahu compete wau bulan abah i. hehe.

ada cara-cara dan trick-trick atau skill-skill yang perlu dikuasai dalam pengemudian wau bulan. bukan main hayun-hayun tangan je cik oii. i cakap je, i pun tak tahu skill pebendenye. i masa tu ketagih naik motor. kau tahu orang baru ketagih hisap rokok cmne perasaannya? ha! macam tulah i rasa.

apa i kisah motor cabuk, honda bulat pon. hentam sajalah atas sawah yang tak teratur permukaannya.

dan di sinilah i berada sekarang-di Centennial Park. termenung melihat australians seghonok main-main layang-layang. 
inilah abah i dengan jiran. 5 saat kemudian."kau percaya pehal?"

teringat saja kisah lama.

No comments: