Pages

23.8.11

kanak-kanak.

pukul 4 sesudah selesai menjamah mata dengan drama-drama terpilih di kaca tv, mulalah stretching badan.

i pun menuju ke port biasa, bertemu muka dengan adlina, shima dll. port kitorang tak adalah 5 bintang, cuma ruang bawah rumah kampung dulu-dulu yang telah disemen sepenuhnya. sejuk bontot.

permainan masa tu yang famous ialah batu tujuh. sama saja macam batu seremban tapi orang kedah panggil batu tujuh. permainan ini mempunyai pelbagai fasa dan skill yang perlu dikuasai antaranya ialah

1. fasa pertama: fasa ini selalu diabaikan kerana teramat mudah iaitu batu keretapi, batu ketam, batu kutip satu persatu dll. selalunya diberikan fasa ini kepada budak-budak hingusan.

2. fasa kedua: fasa kedua dan seterusnya dinilai dengan markah 100. jika sampai markah 100 harus buat bunyi "krek krek, 100" baru sah. kalau tak, kena reject. fasa kedua ialah kutip batu satu persatu, batu 1:2:3, batu 3:2:1, batu 2:1:3, batu 1:3:2 etc segala possibilty la pendek kata.

3. fasa ketiga: batu cina, batu india dll.

4. fasa empat: batu lahanat. paling susah. sengaja direka cipta oleh kitorang supaya kalah. batu kutip semua. maksudnya, sambil kau baling sebji batu diudara, kau perlu kutip semua batu lain sekaligus dalam masa yang sama.

itulah dia. selepas mendapat bosan main batu tujuh, kitorang main "tuju lemak atau tuju tin". "tuju" itu bermaksud menuju bola kepada ahli pihak lawan. bola khas diperbuat dari batu-batu keras, dibalut dengan plastik dan diperkemaskan dengan getah bodo (getah kaler oren)itu. sakit kalau kena. kawasan permainan ialah satu kampung i.e. belakang rumah toklang, depan rumah long ani, belakang jamban dan segala pelusuk tempat.

rindu zaman-kanak.

No comments: