Pages

10.8.11

masih mencari.

bersempena dengan Ramadhan ini, biarlah i berterus terang.

i tidaklah kukuh imannya. tidak juga loose iman sebegitu mudah. kadang-kadang tergelincir juga. banyak kali kot tergelincir. sebab iman boleh turun naik. 

hendak meluahkan tapi tak tahu kat siapa? baik berbicara dalam belog saja. kerana itu sifatnya. lebih mudah berbicara dengan mesin-mesin dari benda yang be-roh. 

hanya satu sahaja pertanyaan. 

"bolehkah i menjadi seorang islam mengikut rukun islam dan iman sepatuhnya tetapi tidak tahu asal usul islam itu sendiri?"

mungkin jawapannya tidak. hanya diingini dalam hati ini ialah, "mungkin sudah sampainya aku belajar berdikari, menolak pemikiran yang bahawasanya aku islam sebab keluarga aku islam, maka dengan itu aku sudah tahu apa itu islam."

itu bengap namanya. tak masuk dek akal kepala tengkorak ini. i sudah 19 tahun. selama 19 tahun ini, hidup penuh kebodohan. ilmu duniawi dikejar bagai. mungkin sebab i berbangga berjalan di tengah lautan, masih menutup aurat, masih bersolat lima waktu dll sambil menuding jari dan berkata "haha. kau kau semua sekeliling aku ini akan masuk neraka jahannam! haha".

kejam sungguh. kejam menuding jari tanpa usul periksa kerana kita tidak tahu selepas satu saat itu, hidayah Allah turun ke atasnya. kerana kita tidak tahu muka saja macam omputih, tapi islam. kerana kita tidak tahu.

atas sebab itu, i mengambil keputusan. mengambil keputusan untuk mempelajari tafsiran al-quran dari surah al-fatihah hinggalah surah an-naas.

tetapi! i tidak mahu kau diluar sana melabel i sebagai ustazah, muslimah memakai baju yang ada nama-nama klasmate itu. biarlah digelar sebagai pencari. 

yang masih enjoy mendengar muzika "foster the people"!



yeah.

phew! puas hati boleh meluahkan semua dari hati.

No comments: