di gombak dulu-dulu...
i pada mulanya hairan sangat macam mana boleh ada satu biji kurma(biji sahaja tanpa isi) di sebelah katil i. dulu i tinggal di area bawah katil double decker. tapi tak apa lah. ambil biji tu pastu buang.
esoknya tak ada.
esoknya lagi ada pula sebiji lagi. "sapa plak makan kurma tinggal biji atas katil aku nih?" dan tanyalah i kat rumet dan dia jawab, "tak tau bukan aku."
esok dan esok dan esok....
dari sebiji kurma jadi tiga biji kurma. maklumlah cukup syarat cara Rasulullah sahur. i bertanya lagi kat rumet "hang kan yang dok buang kat biji kurma kat katil aku?". hampir mencetuskan perkelahian. biasalah. perempuan. hehe
tiba-tiba.
rumet ni gelak berdekah-dekah-dekah. "sorry eyh. aku baru teringat. biji kurma tu aku punya. tiap-tiap malam aku letak kotak kurma dan botol air sebelah bantal aku. bunyi alarm sahur. raba-raba 3 biji kurma telan. minum air. tidur balik. aku ingatkan biji kurma tu masuk dalam kotak tu balik. tapi jatuh bawah. haha"
hujan kurma la ni.
No comments:
Post a Comment