berlaku pada umur dua belas tahun. semasa kita-kita memangku darjah enam tu.
sudah dua kali kecurian berlaku di kelas ini.
dia sebagai ketua kelas dan ketua pengawas bertanggungjawab dalam hal ini. dia bernama aizat(bukan nama sebenar). i pernah lihat biodata diri dia. di jawapan "cita-cita" ditulisnya "ahli forensik".
time tu, i fikir kira dahsyat la tu. ahli forensik woo. csi woo.
dan suatu hari, kalau tak silap, terjadi sekali lagi kes kecurian apa benda ntah. setelah beberapa minit kemudian...
si aizat membuat pengumuman penting
"semua oghang la ni kena ada selotep setiap soghang."
yang lain kehairanan, "awat? nak buat pa plak dah ngan selotep?"
si ketua kelas yang bertanggungjawab itu menjawab dengan yakin
"ha la. nak tengok cap jari sapa punya. kena la guna selotep. baru lekat elok cap jari tu!!"
hurm.
yang pendek akalnya. i pergi percaya bulat-bulat. terus waktu rehat pergi beli selotep dua kupang.
ini kisah benar.
2 comments:
haha comel. kalau sekarang dia dapat capai cita-cita dia, pasti dia mampu jadi ahli forensik yang bagus :)
wanz: detektif selotep.
vanus: ahli forensik selotep.
haha
Post a Comment