Pages

4.12.11

masing-masing

kau kerja sebagai nurse hospital kerajaan. kau pula kerja sebagai penjaga jamban 30 sen di stesen bas jitra. kau pula kerja jual ikan bakar dan sambal belacan. masing-masing pulun settlekan hal masing-masing. jika dilihat dari skop yang besar, kau dan aku hanya seperti mesin robot yang berkuasa canggih iaitu akal. sehebat-hebat Series iPhone4S atau sehebat Amoled Galaxy S2, tak ada juga mereka ini kalau tak dicipta oleh mesin robot berkuasa akal ini. 

walau apa pun yang kau buat di luar sana, masing-masing mengikut cara hidup masing-masing. tak perlu nak ambil tahu hal ehwal orang lain. cukuplah sekadar yang perlu. tak perlu sehingga selak kain batik. masing-masing la. 

tetapi, dalam masing-masing itu, kau dan aku tak sedar yang kita umpama pekerja untuk dunia ini. masing-masing-masing melakukan perkara masing-masing. kalau kau tak laksanakan hal ehwal kau, mungkin orang lain terjejas. walaupun kita masing-masing. umpama seorang perompak tak merompak rumah, tak thrill la kehidupan kita. haha.

caittt. masing-masing.

No comments: