Pages

10.6.12

malam-malam.

semalam, aku dan seorang kawan go go to pekan sydney. pekan? bandar raya kot.

di malaysia, kedai-kedai makan dan pusat beli-belah habis awal tutup pukul sepuluh malam, seperti yang kita semua tahu. bezanya di sini, kedai-kedai tutup pukul lima petang. habis kuat pun pukul lapan hingga sembilan malam, itupun hari komeh sahaja. hal ini berikutan, thursday atau thor's day-dewa pembawa penukul besar diraikan secara tidak langsung. maka dengan itu, kesecara tidak-langsungan itulah, kedai-kedai ini dibuka lewat berbanding hari-hari lain. ok cukup.

kadang-kadang aku pun terfikir, lepas pukul lima, diorang ni buat apa lepas kedai-kedai tutup? sebab pukul lima memang sangat lah awal. then, semalam semasa aku dan kawan aku go go around sydney, itu pertama kali aku lihat sendiri nightlife di sydney. perasaan pertama, terkejut.

waktu semalam lebih kurang sebelas malam. pub-pub mula buka tirai dengan pak guard yang shemat-shemat dan sihat-sihat belaka. mungkin kerana euro pun tengah ada sekarang ini, polis-polis pun disertakan sekali untuk memasang sekuriti yang agak tinggi di kawasan itu. aku sempat oosha ketika tengah berjalan menuju bus stop di sepanjang goulburn street. lelaki sama lelaki bercium dengan berahinya, kawan sama kawan memapah seorang kawan lagi yang tengah mabuk, setiap tangan dicop atau distamp sebelum dapat masuk kelab untuk berdangdut. dangdutttt di sydney. haha.

semalam, baru aku dapat feel selama aku duduk di sydney ni. ada vibe. jujurnya, aku tak takut keluar malam kat sini berbanding di malaysia. kalau di sana, jalan dua puluh langkah, mungkin dah terobek sarang dara aku angkara perogol pemuas nafsu. di sini, aku macam lebih percaya. ahh tak tahu lah. peragut memang tak akan ada la kan kat sini.

aku cuba menyusuri barisan yang tengah semangat beratur untuk masuk di satu pub ini, sampai sahaja turn aku, aku keluarkan pengenalan diri, 18+. abang taf itu pun benarkan aku dan kawan aku masuk, sambil kehairanan dan cuba memegang bontot aku. cis.

ok. perenggan last aku tambah-tambah saja. jangan percaya. aku dan kawan aku nak balik dah time tu. cari bus stop. tak ada masa nak pergi pub. final exam start lusa. mungkin lepas tu boleh la kot. haha. gurau lagi.

selamat malam.






8 comments:

Samad said...

lu masuk gua repot kat jais. lu tunggu jela. wkwk :p

fingerkontot. said...

hey kudut! eja report betul-betul dulu. haha

gurauan manja.

Asy Faro said...

'robek sarang dara',haha

mesti best doe kau kat sana. camne kalau lepas nie kau post ape2 under label 'australia' dengan gambar kat sana sekali.

kongsila ape2 yang ade kat sana. best jugak. =)

ghost said...

masuk pun tak heran sebenarnya. kat sini pun dah tak larat nak jaga.

karenontheshore said...

gler awal close 5 ptng ala2 keje office kt gov...hahah

fingerkontot. said...

asyfaro: ada benda menarik, aku post. hehe
ghostwriter: aku heran.
karenontheshore: gila tapi still make sense tutup pukul 5. setiap negara lain-lain kan.

ஜ miss klanika ஜ said...

ouh egt kan masuk betul td . kira tutup pukul 5 tu utk bg peluang ke pub-pub buka la eh .

Paolo Balam said...

jaga diri elok2 di tempat orang~