backpacking seorang diri ke europe ini pertama kali bagi aku. memang aku sudah lama teringin nak pergi seorang diri cuma tahulah orang lain, "perempuan tak elok pergi seorang." dan "boleh ke perempuan jaga diri sendiri?". aku nak cuba. aku tahu ini macam gila punya plan tapi bila lagi? masa muda inilah kita nak bergila ye dak?
route yang aku pilih ialah dari paris, france --> spain --> portugal -->germany -->netherlands -->belgium dan last sekali london, england. italy aku tak masukkan sebab ini hanyalah 18 hari backpacking. mungkin aku akan ke europe sekali lagi untuk melawat ke italy dan tempat best sebab kau tahu kan ini first attempt aku. aku mahu backpacking ke seluruh italy dan 18 hari memang tak cukup lah. selain duit yang limited. heh.
weed kat netherlands sah di tepi undang-undang diorang. aku tak mungkin try tapi kalau diberi peluang, hehe. abah aku? aku dah bagitau dia 5 bulan lalu masa aku book tiket haritu dan dia sahkan saja. amin.
aku hanya risaukan stamina aku sebab kau tahu la kan cuti ini apa lagi yang sedap dibuat selain dari berakaq kat rumah ni. aku mahu keep it low pasal plan ini sebab tak best la orang tahu. kau pun tahu kan aku hanya edar rahsia aku dekat blog ni. so, nah! a privilege kat kau yang tengah baca blog ni. bajet.
hey! sesiapa mahu edarkan tips untuk backpacking ke europe. silakan. edaran percuma ok!