Pages

14.4.13

confession #1

dari pukul 9 hingga 12 tengahari, aku cepat-cepat bersiap sedia untuk ke lab power electronics. dua minggu lepas aku terlambat 5 minit. minggu ini aku mahu pastikan aku sampai tepatttt pada masanya.

lab partner aku, jimmy menyapa tanda siap sedia experiment dah nak bermula! aku tak bersembang sangat dengan si jimmy ni sebab aku tak tahu nak sembang apa. dia nampak macam tua saja. haha.

haram satu habuk aku tak ready. jimmy tanya aku, aku dah baca ke belum. aku jawab a'a dah baca dah. sikit je lah baca. nevermind. bukan jimmy yang jadi highlight post kali ini. gambar di bawah ini 80% rupa sebenar meja lab itu. yang cacing kerawit biru merah hitam itu adalah cable. rimba wayar. hutan wayar. aku adalah jane dan jimmy adalah tarzan. haha.

kitorang perlu check berapa volt di antara node yang tertentu. time aku nak cabut voltmeter dari salah satu plug tu, aku tercabut sekali cable dari circuit boost rectifier. terkejut kerana time tu supply voltage adalah 62 V. kalau ada yang tak faham. analogi mudah, macam aku tercabut plug dari sesuatu mesin yang still on yang bervoltan tinggi. 


selepas beberapa minit kemudian, experiment tak menjadi kerana rectifier yang aku tercabut cable tu asyik blink blink 'over current' dan buat bunyi ringing yang teruk. pada masa itu lah, tangan aku dah mula rasa seram sejuk kerana aku tahu ini punca dari aku. jimmy tak tahu. aku pun buat-buat tak tahu.

datang lah maniam, si technician. maniam ni aku agak dalam lingkungan 50 tahun. mula-mula dia syak masalah kecil saja masalah, selepas itu dia dapat agak macam ada orang ubah atau cabut-cabut wayar. aku dan jimmy buat dunno saja. dan dia start membebel dekat semua student unsw ni. dia cakap,

"ni la kerja budak-budak unsw ni. orang dah penat-penat pi cucuk elok kat depa, yang seronok pi main-main cabut-cabut tu buat apa? ni pasaipa pulak dengan rectifier ni. "

sambil menunjuk ke arah power source. dia menyuruh,

"jimmy, naikkan 25 V....turun sikit 15 V.....naik naik naik naik naik lagi....40 V...turun turun sikit lagi"

macam itu lah ceritanya. dalam setengah jam itu, kerja jimmy adalah dok pulas tombol voltage source itu untuk check betul-betul apa yang salah. aku? kaku di sebelah jimmy. nak confess yang aku buat silap tapi takut dekat technician tu. i'm sorry technician. at last, you've changed the mosfet to IGBT. so, nak kata telur aku kecil, aku tak ada telur. mungkin ovari aku yang kecil.

teruk la aku ni.

No comments: