hari itu hari rabu. seperti dijanjikan, pertemuan pertama pukul 1.45 petang. penat juga berjalan gara-gara tak mahu ambil bas ke rumah itu dek kerana tambang bas yang mahal. $1.60 darab 3.2 sama dengan ar em 5.12. mahal kan?
"hi. i'm &%&^&. don't be scared because of this 4-storey apartment. (giggling) " she started the conversation.
"never mind. i can do this." i membalas. macam interview, kena bagi keyakinan walaupun kita tengah ketakutan. ye dak?
ini ialah rumah kedua untuk housekeeping. rumah pertama berhampiran uni setiap khamis. dan rumah kedua ini, belum diumumkan lagi.
semasa masuk ke rumah itu, memang kosong. tak ada sesiapa. si perempuan berambut blonde ini mungkin dalam lingkungan 40-an tapi still mantap lagi. hehe. cantik orangnya. tapi bukan australian, i masih tak tahu lagi asalnya. nak bertanya, nanti dikatakan sibuk tahu hal orang. so, diam diri sajalah.
dia mula menunjuk setor di ground floor. disebabkan bahasa inggerisnya terkucar kacir, owh! susah sungguh nak difahami. i pulak bahasa inggerisnya manglish. eloklah tu. umpama ayam bercakap dengan itik dalam bahasa kambing. heh.
dalam setornya, ternampak satu poster besar ditulis "miss brazil" beserta poster dirinya. owh. orang latino rupanya. pada masa itu, memang tak ada syak wasangka langsung. mungkin dia seperti janice dickinson.
menurutinya ke tingakat pertama, agak pelik pula kerana terdapat banyak patung atau statue kecil bogel. dihiasinya statue bronze nampak bontot dua biji di dinding, berjalan di koridor menghala ke arah dapur, ternampak pula statue kecil hitam bertetek sederhana besar. hurm. sambil dia memberi arahan dan penerangan macam mana nak cuci rumah itu, i ternampak spotlight ala-ala photoshoot di lounge room rumah itu.
"macam pelik je rumah ini. malam nak dekat. asar belum solat lagi." bermonolog dalaman.
dinaiknya satu tingkat lagi ke bahagian bilik tidur. ada dua bilik tidur di tingkat itu. masing-masing dihiasi dengan tema ala-ala hollywood. i tak gemar tema macam itu. tak cool. i prefer vintage, simple and cool. semasa masuk ke master bedroom, tiada satu helai baju pun di almari bilik itu. kosong. keadaan berhabuk.
"the tenant has already leave this romm while ago." dia menambah.
uiks? tenant ke penyewa pada waktu malam? hehe. pada masa itu, dah nak gelap. solat asar belum lagi dikerjakan. macam mana ni? nak solat di tempat yang macam ala-ala pelacuran ni, Allah nak terima ke? tapi, i sembunyi-sembunyi solat di lounge room kerana pada masa itu si dia berada di tingkat 4 mengemas cadar bilik.
nak solat pun satu hal. dah la gelap, kucing si dia itu usha tak mau-mau pulak time ni. mana khusyuk. tapi solat jugaklah. laju macam F1.
"dah malam. apa dia nak buat kat aku nih? kerja kemas-kemas rumah dah habis tapi macam taknak bagi aku balik je." keluh sendirian.
masa itu, doa kepada Allah saja i pinta moga-moga i tidak dibuat patung seks diorang.
"janganlah jadi apa-apa. lindungi aku. dah la bulu ketiak tak cukur lagi, malu lah kalau diorang buka baju nampak bulu ketiak. haha." sedapkan hati.
sesudah itu, pukul 7 malam dia memberi buah epal sebagai alas perut kerana i dah buat banyak kerja dari petang tadi. tapi i menolak, kalau-kalau buah epal itu disihirnya kerana i nampak banyak sangat lilin-lilin hitam di sekeliling rumahnya.
"nanti jadi snow white pulak. tapi snow white tak cukur bulu ketiak la. haha." riangkan hati lagi.
dia senyum sahaja. dia memberi menunjukkan i jalan keluar dari apartment itu, dan membayar $70 dollar. i pun blah dari situ dan sebelum blah, dia nasihati i supaya jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali dan segala bagai nasihat lagi.
owh, dia baik orangnya. seminggu dua kemudia, i baru tahu dia ialah student law tapi kerja modelling dan ada suami yang bekerja sebagai pakar tulang. patutlah rumah 4 tingkat.
hehe.
8.8.11
6.8.11
blog kedua.
i've already published my second blog, "4 letters" and the four sacred letters are not obviously L.O.V.E. i came across when i was reading lab manual last night. haha. pelik.
"....If you did have the Makefile, all you would have to type is "make": just four letters! If you like you can use mv to rename the file....".
see? reading inspires you! haha. basically, belog kedua i just cerita pasal apa yang i belajar dan sebab utama kenapa i tubuhkan belog ni ialah masa yang dihabiskan berblog jauh lagi tinggi dari study ratio 24:0. blogging 24 jam, study 0 jam. oleh itu, belog ini ditubuhkan.
sekarang ini, nak blogging pun senang hati sebab blogging pasal study-study thing. yay!
dont call me nerd. itu saja.
5.8.11
bahasa.
dudulu semasa makan ice cream, bahasa melayu.
dudulu semasa boleh makan cokelat, bahasa inggeris.
dua tahun dudulu, bahasa korea.
setahun dudulu, bahasa Cplusplus.
seminggu dudulu, sudah start belajar bahasa baru!
bahasa orang genius sahaja yang boleh paham.
bahasa high-class!
kalah mila kunis berbahasa russia.
bahasa yang seten orang sahaja yang paham.
bahasa "assembly language".
bahasa untuk microcontroller untuk laptop-laptop, komputer-komputer kamu tu.
tapi i tak genius.
iq level i hanya 99. my mother had me tested.
selepas ni belajar bahasa apa pulak ek?
"klingon" perhaps?
hadoiyai.
pi hatyaii.
1.8.11
cinta foster the people.
"pumped up kicks" by foster the people.
my current songs i've been listening to:
1. "pumped up kicks" by foster the people.
2. "helena beat" by foster the people.
3. "karma" by cokelat.
4. "chasing pavements" by adele.
5. "creep" by radiohead.
see? two songs in a row highlighting foster the people band is an awesome band. made in USA.
happy Ramadhan!
sahur.
nak bangun tapi malas, kalau tak bangun nanti cepat layu. itulah dilema kita untuk sahur.
di gombak dulu-dulu...
i pada mulanya hairan sangat macam mana boleh ada satu biji kurma(biji sahaja tanpa isi) di sebelah katil i. dulu i tinggal di area bawah katil double decker. tapi tak apa lah. ambil biji tu pastu buang.
esoknya tak ada.
esoknya lagi ada pula sebiji lagi. "sapa plak makan kurma tinggal biji atas katil aku nih?" dan tanyalah i kat rumet dan dia jawab, "tak tau bukan aku."
esok dan esok dan esok....
dari sebiji kurma jadi tiga biji kurma. maklumlah cukup syarat cara Rasulullah sahur. i bertanya lagi kat rumet "hang kan yang dok buang kat biji kurma kat katil aku?". hampir mencetuskan perkelahian. biasalah. perempuan. hehe
tiba-tiba.
rumet ni gelak berdekah-dekah-dekah. "sorry eyh. aku baru teringat. biji kurma tu aku punya. tiap-tiap malam aku letak kotak kurma dan botol air sebelah bantal aku. bunyi alarm sahur. raba-raba 3 biji kurma telan. minum air. tidur balik. aku ingatkan biji kurma tu masuk dalam kotak tu balik. tapi jatuh bawah. haha"
hujan kurma la ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)