Pages

26.7.12

sabar.

ketika tengah solat maghrib di surau tadi, sedang kusyuk, aku sempat terdengar orang-orang di bawah yakni mat salleh sekalian sedang seronok di night party. tak jauh pun bangunan yang ada surau ni dengan bangunan yang ada night party itu. satu di squarehouse, satu lagi di roundhouse.

terdetik "alangkah seronoknya kalau dapat attend gig tu.". betul, tak tipu. hari ini foundation day yakni birthday university ini. memang riuh heboh dengan segala macam event. 

cuma aku tahu yang afterlife nanti lagi seronok. cuma aku perlu sabar, sabar dan sabar. aku ada style pakaian tersendiri; chic, indie dan still tutup aurat. haha. aku sembahyang lima waktu. aku baca al-quran dan terjemahan selepas maghrib. aku bersedekah kalau ada duit elaun atau duit gaji lebih. tapi, aku masih rasa macam tak cukup.

tapi bulan ini, aku nak bersabar sat dengan hal-hal duniawi ni. aku ingin habiskan al-quran dan fahami terjemahannya. aku ingin sembahyang berjemaah sebanyak mungkin. aku ingin kurangkan makan. aku ingin banyakkan study. aku ingin tambahkan sedekah aku seberapa banyak yang mungkin. itu sahaja. 

raya? kat sini memang macam tak ada raya la cik oii! buat apa nak raya kalau puasa pun tak lengkap. buat apa nak raya kalau segala macam tak lengkap. buat apa? waktu raya, penuh news feed facebook aku dengan baju raya, kuih raya. aku tengah tunggu orang suggestkan page jual mercun raya online pula.

sabar.

the afterlife will be so much better than this.



15.7.12

skull.

I would like to be a skull once, so that I could smile. Smiles that never ever faded.
Kadang-kadang orang bilang creepy, aku bilang smile sahaja dong.
Kadang-kadang orang bilang cool, aku senyum sokmo lah.
Kadang-kadang orang jolok-jolok lubang hidung rongak ini, aku bilang smile sahaja.
Dengan mata yang kosong, gelap ini, aku tengok dan aku juga buat-buat tak nampak.
Tergantung.



Ok. nak pi berak sat.

Regards,
Skulli.



5.7.12

SurfersP.

Oh! aku baru balik dari bercuti. waktu sejuk-sejuk, aku lari ke utara. waktu panas nanti, aku larikan diri ke selatan pula. that journey to gold coast, i would say, a great! journey.

kawasan: surfers paradise dan main beach, gold coast; brisbane.

masa: lima hari, empat malam.

tempat penginapan yang indah: backpackers dan semalam di hotel.

tempat pengembaraan: seaworld, harbour town, movieworld, paradise country, night market at esplanade surfers, brisbane city.

makanan yang sudah dibedal: 4 ketul croissants, 10 keping cookies, 2 ketul scones, 2 biji pisang, 2 mangkuk megi tomyam, 2 kali makan di nandos, florentine-style steak, steak with gravy, pepperoni pizza, garlic cheese pizza, aiskrim, churros, fries, sebekas jus epal.

cenderahati: 1 seluar levis, 1 baju jeans levis, converse sneakers, hard rock blueish green guitar pin, 2 superman t-shirts, 2 batman keychain, 1 cape superman (haha), 2 bracelets, 1 ukiran perempuan gemok berbikini.

belanjawan keseluruhan: $1100++

sekarang: aku sudah papa kedana.


terima kasih awak!