Pages

27.8.12

Malam ini.

apa yang aku pikir malam ini sudah tentu untuk kejadian esok dan sebulan akan datang. apa yang akan aku buat untuk esok, sudah aku atur-atur susun pelbagai kondisi dalam fikiran supaya entah? 

entah kerana aku pun tak pasti apa yang aku kejarkan. aku rasa aku mahu ke pantai sekejap esok atau hujung minggu ini. tapi, oh ya! ada kerja itu ini untuk esok, kalau tak esok, lusa, kalau tak lusa, tulat.

selalu aku stalk photo-photo orang lain particularly sekitar sydney, dan aku fikir lagi, bagaimana mereka itu sempat ke sana ke mari sedangkan aku kalau tak di rumah, di uni, atau pun di tempat kerja, cuci pinggan. such a wasted time staying here without discovering the awesomeness and the gloominess of this area. 

aku juga pikir, atau lebih tepat lagi, risau tentang perasaan aku terhadap mana-mana lelaki. bukan bermaksud aku ke arah cintakan sesama jenis, cuma aku risaukan keridaksihatan aku terhadap perkara ini. i don't know how to build any feeling towards guys. aku mahu rasakan semula tapi aku macam sudah masuk fasa kemurungan dalam kitaran hidup seorang perempuan; menopause. argh. meragam sungguh fikiran malam ini.

dan baru aku sedar, blog aku ini penuh dengan perasaan yang sangat random yang what the.. dan sudah pasti benda yang aku cakap dalam blog ini, aku tak akan ceritakan langsung di luar dunia blog. nope, not at all. 




hey! aku bukanlah perempuan murung. haha
cuma malas aku nak ceritakan benda menarik dalam blog ini. benda yang menarik bagi aku kadang-kadang tak menarik bagi orang lain. aku sempat beli pajamas zirafah yang berharga $45 walaupun terpaksa berhutang sebab aku tengah pokai, kosong-kosong dalam bank. oh sangat menggembirakan tapi bukan sebeb berhutang tetapi dapat PJ yang berekor. ini benda menarik bagi aku. see the point? woot woot!

selamat malam.

25.8.12

angus.


selamat hari raya semua.
dan selamat berhujung minggu juga.
kepada orang yang sudah pokai dan tengah menunggu hujung bulan untuk menerima elaun atau duit gaji, selamat berpokai untuk seminggu lagi.
kepada sesiapa yang bernama angus, angus bin malik atau apa-apa sahaja, aku nak bagitau yang aku suka nama kau.

14.8.12

tudung

aku mahu jual tudung di sini dari belajar.

dalam masa dua jam, pooooffff! list order datang melimpah ruah. syukur. ini memang dijangkakan kerana selain aku jual tudung, hanya sekelumit golongan yang berani jual tudung gaya-gaya malaysia ini. selain itu, para pelajar di sini kebanyakannya bergondol-gondol ke paddy's market di mana ada satu gerai yang jual tudung atau selendang atau sebagainya dengan harga yang melambung-lambung-lambung, mael lambung. selendang pasmina dijual dalam $15-20 walhal di tanah air, sepuluh hinggit ke lima belas hinggit sahaja. atau, suruh mak ayah post tudung ke sini. atau beli online dari mana-mana website, shopblog yang murah. heh.



boleh la aku balik malaysia dengan senang hati esoknya.



11.8.12

dalam dilemma.

raya makin hampir. sebagai anak yatim yang masih baru untuk bejinak-jinak dengan dunia tanpa ibu ini, aku masih dalam dilemma, adakah aku perlu balik meraikan hari raya bersama abah dan adik aku? aku sudah boleh bayangkan suasana hari raya di sana. sudah tentu gloomy.

well, plan aku untuk pulang ialah beli tiket airasia dari 15hb hingga 20hb ini. sesudah sampai di KL, naik flight turun di langkawi. begitu juga lah untuk pulang ke sydney.

kenapa 15hb? sebab 14hb aku ada test control systems.
kenapa 20hb? sebab 21hb aku ada test electrical energy.
kenapa langkawi? sebab tiket lagi murah kalau nak dibandingkan dengan alor setar.


aku akan hilang markah, aku tarik diri untuk jadi volunteer artsweek dan pitih. pitih kawe pom cukup-cukup make jo. berbaloi ke tidak? segala benda ini memang hanya untuk aku nak bersama dengan keluarga aku. aku nak mereka tahu bahawa darah daging ini sanggup balik semata-mata nak temani mereka. kalau ada masa, boleh juga aku pergi melawat kubur arwah mak aku. masalahnya, di thailand pula.

aku juga boleh melencong potong rambut sekejap (potong rambut sini berharga $30), melencong ke bazar ramadhan, melencong ke klinik gigi (sini mahal), minta abah aku tolong projek-solar powered phone charger. banyak benefit. tapi berbaloikah?