Pages

21.1.13

Insta-blog

alat yang digunakan untuk x-ray mata menggunakan laser bukan radiasi. waktu ni aku menjadi participant untuk research study pasal demodex-parasit di akar bulu mata.

La Perouse. Apa yang aku ingat, angin kat situ sangat kuat. itu saja.







Aku sambut tahun baru di sydney tahun ni. Oleh sebab sydney terletak lebih kurang di muara, vantage point untuk tengok bunga api sangatlah banyak dan lebih organize. 



 
Ini sewaktu aku pergi young, nsw. empat jam travel masuk pedalaman negeri nsw ni semata-mata untuk kutip buah cherry.

Ini waktu pagi kat bilik aku. Matahari terbit memang direct kena kat aku. 

Ini tako. Ini aku buat sendiri.

Air bundaberg guava ini memang sedap. Kalah shweppes agrum. 

p/s: disebabkan aku tak ada idea nak post apa di blog ini. barangkali, lebih elok aku jimatkan masa aku mengupload gambar dari menaip entah apa-apa. 

9.1.13

Hungry

Pa habaq?

Bagi kawasan-kawasan pekan yang kecil, kedai-kedai makan kat sini kebanyakannya menghidangkan makanan yang sama saja. Waktu makan malam, semua menu di kedai-kedai ini peragakan berpuluh-puluh pilihan contohnya nasi goreng, nasi goreng ayam, nasi ayam, nasi goreng ikan masin, nasi goreng kampung, mi kuah, mi bandung, mi goreng etc. Aku syak mereka ini berniaga lebih kepada nak untung dari minat. Asal belanga dapat ketuk kong kang kong kang, upgrade jadi tukang masak sejati kat kedai itu.

Aku faham ekonomi di pekan kecil lebih tertumpu kepada bagi makan anak-anak dan keluarga tapi sampai bila? Bukan lah aku tak bersyukur cuma tak ada ka orang-orang yang berminat nak buka kedai makan atas sebab minat dia. Adakah aku saja? Aku rasa makanan ni boleh sangat dipelbagai, diupgrade sedikit bagi ada hip dalam makanan tu. Berbalik kepada senario di pekan-pekan kecil macam tempat tinggal aku ini, petang-petang nak juga anak tekak ni rasa makanan yanng sedap, lain dan kreatif sedikit berbanding makanan dalam senarai 50 makanan bergoreng, berkuah, berbandung itu.

Brothers green ini adalah dua orang adik-beradik jewish yang mungkin poyo, mungkin juga hipster tapi cool kan?