Bagi kawasan-kawasan pekan yang kecil, kedai-kedai makan kat sini kebanyakannya menghidangkan makanan yang sama saja. Waktu makan malam, semua menu di kedai-kedai ini peragakan berpuluh-puluh pilihan contohnya nasi goreng, nasi goreng ayam, nasi ayam, nasi goreng ikan masin, nasi goreng kampung, mi kuah, mi bandung, mi goreng etc. Aku syak mereka ini berniaga lebih kepada nak untung dari minat. Asal belanga dapat ketuk kong kang kong kang, upgrade jadi tukang masak sejati kat kedai itu.
Aku faham ekonomi di pekan kecil lebih tertumpu kepada bagi makan anak-anak dan keluarga tapi sampai bila? Bukan lah aku tak bersyukur cuma tak ada ka orang-orang yang berminat nak buka kedai makan atas sebab minat dia. Adakah aku saja? Aku rasa makanan ni boleh sangat dipelbagai, diupgrade sedikit bagi ada hip dalam makanan tu. Berbalik kepada senario di pekan-pekan kecil macam tempat tinggal aku ini, petang-petang nak juga anak tekak ni rasa makanan yanng sedap, lain dan kreatif sedikit berbanding makanan dalam senarai 50 makanan bergoreng, berkuah, berbandung itu.
Brothers green ini adalah dua orang adik-beradik jewish yang mungkin poyo, mungkin juga hipster tapi cool kan?
No comments:
Post a Comment