Pages

24.2.13

Bayangan

Selepas lebih kurang sebelas bulan aku bekerja sebagai tukang cuci, aku boleh anggap vacuum itu umpama haiwan peliharaan aku. bentuk dan rupa vacuum itu umpama seekor binatang peliharaan, anjing ataupun kucing. aku heret ia ke sana ke mari sekeliling rumah. kadang-kadang bunyi bingitnya buat aku rasa nak penyepak pun ada. 

aku heret ia ke celah-celah perabot, sedut-sedut. aku heret ia ke lantai kayu, karpet, jubin bilik air,sedut-sedut. bila ia sudah penuh sampah dan habuk, aku bantu ia nyah-tinja. tapi, tadi tayar belakang ia dah tercabut. aku cuba cantumkan balik. selepas itu, ia matikan enjinnya sendiri dengan tiba-tiba. aku hidupkan balik. kadang-kadang, wayarnya tersedut sendiri tanpa aku tekan apa-apa punat, aku tarik keluar balik.

mungkin sudah sampai masanya untuk haiwan peliharaan aku ini meninggal dunia. cuma satu sahaja yang aku pinta, matilah cepat-cepat kerana engkau sudah menyusahkan hidup aku. aku bukan doktor haiwan atau doktor vacuum, aku hanya pencuci.

sob sob.



23.2.13

suits.

What I do love about suits is that when is mike going to tell a person about "he never went to harvard" thing. i bet since the first episode of season one, that, the first person he's going to tell his fraudulent is rachel zane, a paralegal of pearson hardman. and yeah finally! i've just watched the finale and i'm craving more. i bet for an upcoming season, a love line between scottie and harvey that eventually leads to another lie from scottie?



i'm waiting for this upcoming winter for the next season and game of thrones, anyone? i like jon snow, the bastard son of eddard stark, lord of winterfell as well as his half-sister, arya.

i guess this is my saturday. a day of thunderstorm-like weather is contained with a blessed ending of suits series.

14.2.13

Tikus

kos sara hidup di sini memang mahal dan aku perlu cari sumber kewangan yang cepat lagi mudah untuk menampung kehidupan aku yang serba boleh tahan mewahnya. sewa rumah saja sebulan tujuh ratus dollar seorang. 

peluang itu memang banyak dan tak dapat dinafikan bagi pelajar-pelajar undergrad macam aku ini, peluang seperti ini memang dinantikan umpama terjumpa lombong emas. kalau malas, tengok sajalah emas itu; kalau rajin, usahakan sedikit mampu peroleh emas itu. 

aku suka jadi "tikus" student-student PhD yang memerlukan data atau survey dari random orang untuk research mereka. kerja dia senang saja, buat appointment -> jawab questionnaire -> ditemuramah -> dapat duit. secara spesifik, ia bergantung kepada tajuk research mereka juga. tapi yang paling aku prefer ialah research berkenaan psychiatry i.e. brain stimuli, effect of trauma dan macam itu lah.

well, tikus pun tikus lah.


13.2.13

Lengah-lengah

sudah masuk bulan dua tahun ni, kau tak rasa masa sekarang sangat pantas?
masa yang sangat pantas atau aku yang suka lengah-lengahkan kerja?

aku agak cemburu dengan orang yang selesaikan kerja mengikut masa yang diperuntukkan. aku mula rasa muak dengan diri aku yang makin lama makin suka lengahkan masa. aku muak kerana bukan aku sahaja yang dapat kesan malah terpalit dekat orang-orang lain juga. 

this is worse, man.