aku heret ia ke celah-celah perabot, sedut-sedut. aku heret ia ke lantai kayu, karpet, jubin bilik air,sedut-sedut. bila ia sudah penuh sampah dan habuk, aku bantu ia nyah-tinja. tapi, tadi tayar belakang ia dah tercabut. aku cuba cantumkan balik. selepas itu, ia matikan enjinnya sendiri dengan tiba-tiba. aku hidupkan balik. kadang-kadang, wayarnya tersedut sendiri tanpa aku tekan apa-apa punat, aku tarik keluar balik.
mungkin sudah sampai masanya untuk haiwan peliharaan aku ini meninggal dunia. cuma satu sahaja yang aku pinta, matilah cepat-cepat kerana engkau sudah menyusahkan hidup aku. aku bukan doktor haiwan atau doktor vacuum, aku hanya pencuci.
sob sob.
3 comments:
bawak dia pi spital
keje sambil berkhayal ni best gak kan..
ezan idma: dah ada vacuum baru!
ghost writer: aku bukan saja berkhayal, bernari-nari pon ada juga.
Post a Comment