Pages

28.4.12

urge

i felt
the urge of feeling something;
something and everyone around;
was looking at;
in the way that i wasn't suppose to be looked like that;
i wasn't sure
if it's true, still;
i wasn't sure.

i didn't told anyone;
the heart was pounding so fast;
i was sure, that;
i despised this feeling.




23.4.12

pemodulatan amplitud


tuner. masa kau pulas-pulas, adjust tuner kat radio kau dulu; sebenarnya kau tahu ke kau tengah buat apa sebenarnya? aku tahu, kalau pulas ke kanan, jarum merah menunjuk ke frekuensi yang tinggi dan sebaliknya la. tapi, tahu ke apa bondo kau adjust dari segi signal radio kau tu?

konklusinya, kau tengah tuning bandpass dan juga centre frequency secara serentak. ini untuk AM. FM nanti aku belajar. kalau kau tengok kat radio, ada dua option iaitu amplitude modulation (AM) dan frequency modulation (FM). kan kan?



setiap channel diberi 10kHz bandwidth kerana ia adalah dua kali ganda maximum voice frequency, 4kHz. jadilah 8kHz. nak mengelak dari masuk channel radio lain, disetkan bandwidth itu lebih sedikit dari 8kHz.

yang penting, kalau orang tanya, hang dok pulaih tuner tu, hang tau ka apa yang hang dok buat?
boleh la kau jawab dengan bangganya, "aku tuning bandpass dan centre frequency channel yang aku nak la. bongok."

pastu, kau belanja aku makan noe.

16.4.12

art stuff.


dua hari lepas, aku dapat email dari artsweek coordinator yang mengatakan aku umpama layak volunteer untuk artsweek tahun ini. aku macam "hooray!" tetapi dia macam mahu interview atau kenal atau apa pun sebelum aku officially jadi sebahagian artsweek people.

interview? get to know each other first? aku sangat lemah hal-hal sebegini. namun, jumaat ini. huh.

btw, bagaimana dengan hari kau-kau sekalian?
hari-hari aku sangat sibuk dan aku suka sebegini hari-hari. tidak perlu aku tuang masa aku menghadap makanan dan internet setiap masa. aku ada tiga kerja tetap sekarang ini. satu, pelajar. dua, housekeeper $16 sejam. tiga, penjual/agen TudungPeople di sydney. sengaja aku mahu highlight $16 sejam sebab bagi aku, cukup banyak. $16 bersamaan RM51.20 sejam. woot woot!.
aku kerja nandos dulu sejam enam ringgit. aku tahu, salah sangat nak bandingkan malaysia dan australia dalam bab ini.

kerja. belajar. volunteer. love 'em.




12.4.12

masa depan.

budak perempuan tu namanya hagia sophia (sebutan: ayaa sofia). mulus kulitnya, comot mulutnya. angkara ovaltine, minuman malt bercoklat. berlari ke hulu-hilir bersama sesudu ovaltine, habis sesudu dicedoknya sesudu lagi. dia ada her own favourite spot. dekat island bench, hujung di kanan bertentang ruang legar. 

aku cuba betulkan riben di kepalanya, ketatkan sedikit dan tempatkan riben itu tidak terlalu tengah, tetapi ke kiri sedikit di kepalanya. rambut ikalnya, cuba aku kemaskan. walau apapun, hagia baru berumur empat tahun. biarkan saja dia bermain.

"umar!" panggil aku. umar, seorang lagi yang sudah bersekolah. budak ini tidak lah terlalu nakal macam hagia tetapi sangat competitive orangnya. tak mahu kalah dengan aku, sedang kami bermain game bersama-sama. dia sangat tak minat kepada ovaltine, tetapi lebih sukakan horlicks ho ho ho. rambutnya, sengaja aku nasihatkan dia simpan begitu rupa. gaya selekeh yang kool. dia pun gemar. 

umar ni orangnya sangat bersih. aku pun tak tahu datang genetik mana pembersih ni. nak kata aku, jauh sekali la. kakinya sangat putih dan bersih. budak ni serius benci dengan apa-apa yang melekat di kakinya. weird. walau habuk sebesar m&m sekali pun.

lebih  kurang pukul dua petang, pintu depan dibuka dihempas. aku tahu ini kerja siapa. noah la. siapa lagi? ketua segala adik-beradiknya. aku tahu dia sudah ada cewek di sekolahnya tetapi sengaja rahsiakan dari aku. remaja. sedang dia di dalam bilik air, aku terus lepak di atas katilnya sambil makan doritos. 

hapak, busuk, semak. macam kandang kuda bilik si noah ni. lantak la, sudah besar pandai sendiri la jaga bilik. "what's up sayang" aku terus menyapa sejurus dia buka pintu bilik air. "ma, terkejut!". nak terlondeh tuala dibuatnya. kami berceloteh, di atas katil. dia banyak bercerita kepada aku. 

hagia, umar dan noah. cukuplah mereka bertiga, buat aku bahagia dunia akhirat. nak tambah yang keempat, kelima, keenam pun tak apa. aku on saja! haha. masa depan. ya, aku baru berumur 20. angan-angan tinggi ke langit. 


dadah apa aku ambil malam ni sampai sebegini imaginasinya?








10.4.12

Jaymee dee



hari ini seperti ahad.