Ini bukanlah kesimpulan tapi ini adalah suatu pandangan. Ye dok?
Setiap kedai tak kira lah kedai kasut, baju, makanan, groceries di sini, intronya cukup simple tapi sangat cukup menyejukkan hati.
“hello. How’s your day?”
Tidak. Ini bukanlah strategi pemasaran diorang. Inilah budaya. Budaya yang simple, kesan yang sangat significant. Budaya yang belum lagi ada di Malaysia. Disebabkan inilah, I terasa “budi bahasa budaya kita” hanyalah taik semata-mata. Tapi, I bukanlah bersikap gelojoh tak tentu hala ok. Still berfikir kita lebih berbudi bahasa dari mat salleh ni.
Tapi, bila difikirkan balik, kalau di kl dulu, I sangat takut nak masuk kedai-kedai high fashion ni. Bukan apa, pandangan certain pekerja atas bawah atas bawah kat I macam “hey u!, u tak layak masuk kedai ni ok”. benci gila. Sangat tak mesra pelanggan ok. Tapi di sini, lain sangat.
Pemikiran I bertambah kusut semasa I travel ke Wollongong sempena easter holiday. Sambil tunggu bas, tetiba je satu pasangan mat salleh lalu sambil menyapa “hello, how do you do?” tersenyum. Sejuk hati ni. I kusut sebab tak pernah di Malaysia macam tu. “tak kenal, tak payah tegur kan?”. Ye dok? Unless, dia ialah awek gebu, baru lah terhegeh-hegeh “assalamualaikum awak. Tak jawab berdose tau”.
Tapi, pasangan itu orang kedua yang pernah tegur I walaupun tak kenal. So, ini bukanlah kesimpulan tapi hanyalah pandangan sementara bahawa orang Malaysia tak cukup ramah. Pandangan sementara saja dengan harapan pandangan ini akan berubah nanti.
so, janganlah kau bangga sebab kau ada slogan “budi bahasa budaya kita” itu. orang lain tengok kau sebagai bangsa ego saja.
No comments:
Post a Comment