Pages

10.2.12

backpacking hoi hoi.

hari ini hari premier backpacking aku di kl. aku mulakan travelling aku di kl sebab lagi mudah. lagipun, aku teringin banget makan nasi lemak tepi-tepi stesen masjid jamek tu. huehue. BackHome kl ni sangat selesa bagi aku. dengan bermodalkan 36 hinggit semalam, great. free wifi, free kopi, free tea, free vodka? yes. heuheu. free sarapan. sapo tak nak? pasal vodka tu aku jumpa dlm fridge td. biasalah duduk dengan mat salleh. hari ni aku just check in dan tido dan makan sebab tak larat naik bas semalam. so, tunggu esok ye bang.

Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption

7.2.12

kagum.


kedah sekarang ni tak tahu lah bila nak hujan. panas memanjang manjang. nak nak pulak time tengah hari ghembang, astaghfirullah, panaih sampai garing badan bak hang. entahlah apa nasib badan aku, lima enam tahun nanti, melanoma atau skin cancer boleh dapat kot. macam mana aku nak bagitau panaih tengah hari tadi. gambaran dia macam lampu spotlight atau lampu limpah betoi betoi atas kepala. tak dan jadi ikan kering, terbakaq ghentung teruih. 

tapi, bila sudah lepas asar, scenery paling awesome aku sempat lihat dekat area-area rumah aku ni. tengok lah scenery sunset tu, awesome gila la. aku tak ada pulak guna dslr macam hampa, aku mana ada duit, aku guna camera360, apps dalam samsung galaxy s2 aku saja. cantek dia memang mau tau la kan. keh keh. 

kedah = sawah padi.

sawah padi = kedah.

6.2.12

kung fu panda dua.

kau tahu kan piratebay tak boleh dibuka di Malaysia? dan kau tahu kan di Thailand boleh buka piratebay?
berkat kegigihan aku untuk mengdownload movie mega seantero dunia, aku berlari dengan mengguna pakai bigfoot aku ini ke danok-khas untuk buka piratebay.

percaya atau tidak?

alahai kalau rumah sekadar berapa inci dari sempadan, baik gunakan kelebihan ni kan? kerja mengdownload file torrent giat dijalankan semasa menunggu untuk cop passport aku dan ahli keluarga aku yang sebesar semut ini. nak tunggunya pulak, alahai, dua jam bro. dua jam tu sempat dah aku tanak nasi, goreng ikan, buat sambal belacan, siap boleh makan lagi! nak nak pulak time tu ahli-ahli cina malaysia tengah meraikan kalendar tahun naga. nak nak pulak time tu ramai ahli melayu pergi danok untuk menggodam. oopps. 

ok. sudah. aku sudah habis mengdownload movie-movie itu segenap hari. disebabkan aku stress, member kesayangan aku tidak dapat dihubungi atau malas mahu mengangkat phone dia atau pon si abam ni sudah malas mahu layan aku, aku bersiap sedia melontarkan punggung ini ke tilam empuk ini untuk menonton kung fu panda 2. jeng jeng jeng..


kung fu panda cakap perancis pulak dah. ades.

*esok mahu pergi danok sekali lagi.


5.2.12

crap.

dalam beberapa saat matanya meliar melihat aku but not into my eyes. i didn't know if she was looking to the heaven or an angel. itulah masanya sudah tiba. sebak, kecewa, sedih, gila. semua perasaan. aku tenangkan hati dan kepala ini. sakit kepala, buntu kepala seketika. rasa nak bunuh diri; yes, i did feel it. 

perasaan menyesal lebih menjangkau tingginya dari sedih. sesal. aku tak sempat bercakap dengan dia langsung semasa kepulangan aku ke sini. she's already nazak. only one word that came out of her mouth was "sakit". it was so horribly frustrating to see your mom painly panting and you couldn't do nothing. ah! kecewa. aku tak mampu berbuat apa-apa. the last chatting between me and her was three weeks before she passed away. masa itu, aku sibuk, sibuk dengan urusan ilmiah aku yang akan diduga, diuji di bilik peperiksaan yang jauh beribu batu dari katil perempuan yang pernah lahirkan aku. bukan aku buat-buat tak tahu pasal kesakitan perempuan mulia itu, cuma ia dirahsiakan dari pengetahuanku atas sebab ujian ilmiah itu. 

damn. asal tak bagitau aku saja? kau tahu, lagi sakit hati ini bila tahu akhir-akhir minit dari tahu awal-awalnya?. sesal hati ini pabila baru dua hari bertemu, dia sudah kembali kepada yang Esa. ah, sekarang ini hanya perasaan rindu. rindu dia tak akan sama denga status perempuan-perempuan facebook; "rindunye mama di kampung. akak rindu mama.." atau versi omputih "i really miszzzszszszsz you, mom. i can't wait to go home!". 

sebenarnya aku rindu sama perempuan mulia itu. perempuan yang telah lahirkan aku. 



 

31.1.12

rutin



aku sendiri pun dah naik geli geleman dengan rutin harian aku. sudah macam ibu mithali yang truly mithali. aku mahu buat kerja-kerja itu cuma sampai satu tahap, sumpah geli geleman.


saya mahu balik australia sekarang juga.