Pages

19.6.11

salah pilih.

tangkap muat dari google. ini lost juga. tapi lost lain.

ada baiknya i menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang pendidikan i. bukanlah untuk apa, tapi entry selanjutnya adalah salasilah kepada entry ini. dimana pokok nak tumbuh kalau tidak dari biji benihnya, ataupun akarnya. lebih baik dikatakan dari tunjangnya. 

dulu i sekolah mrsm. semasa trial spm, jikalau sesiapa yang dapat elok resultnya ditawarkan beberapa tawaran kos serta universiti itu sekali. i termasuk dalam kategori yang boleh pilih fast track ini. kalau tak silap, ada tiga tawaran.

pertama, tawaran kejuruteraan di universiti teknologi petronas.
kedua, tawaran medik di russia.
ketiga, tawaran kejuruteraan di australia.

disebabkan tak mahu lepas peluang keemasan ni, i pun berbincang dengan parents yang i mahu ambil medik. sebab i minat biology. tapi parents cakap, "jangaaaaaaaannnnnnnn, jauh sangat". so, tanpa berfikir panjang, i pun apply untuk australia itu.

so, semasa itu umur i baru 17 tahun. nombor 17 itu rasanya mentah lagi nak buat keputusan sebesar ini. tapi tak apa. "engineering je pun. differentiate integrate settle!"

18 tahun. i masuk satu kolej untuk buat asasi kejuruteraan selama setahun. maksudnya di sini, sebelum result spm keluar, i sudah mulakan study menggunakan result trial spm dulu. so, jimatlah 6 bulan bukan? ya. rasa bangga sedikit sebab orang lain sibuk mengisi borang, kita sudah sibuk mengisi kelas.

owh. masa ini, i saja-saja apply untuk jpa untuk medik kerana minatnya kepada biology. alhamdulillah dapat tapi ini untuk local. so reject! "tak main la local". bodoh gila dulu. bangan pun ada gak. takabbur jangan cakap la.

sesudah itu, setahun selepas itu, bermulalah ijazah tahun pertama i di sebuah universiti di kl. semasa ini, baru rasa kehangatan, keperitan, kesusahan belajar engineering ini. tapi, lepas juga exam. 

dan sekarang, 20 tahun, di sini australia tengah berfikir-fikir patutkah i sambung kos ini, ataupun bertukar arus sebab bila hati tak boleh terima, otak tak akan terima. tapi, kita tunggu saja macam mana. 


konklusi, mrsm(17)--->kolej(18)---->univ.kl(19)-------->unsw(20++). mu pehe dok? kalu tok pehe jugok, kito tok bulih nak wat gapo doh. 

i rasa entry-entry selepas ini mungkin bagi pengajaran kepada orang lain supaya fikir masak-masak dahulu. jangan main hentam kromo saja. 

that's all. bbye!

No comments: