selamat hari kemerdekaan.
31.8.11
29.8.11
malam ini.
malam ini malam raya.
tak ada feel pun untuk raya tahun ini.
sedih pun ada, ramadhan dah habis.
rindu kat keluarga tu pun ada, tapi tak adalah nak nangis.
tapi, sekali dengar suara-suara diorang, air mata tak henti-henti mengalir.
selamat eid mubarak.
26.8.11
mata butang.
*mata membutang.
inilah dia nasib badan. membutang mata tenung benda atas ni lama-lama. tak tenung, tak faham pulak, kalau tak faham macam mana nak buat code, kalau tak buat code macam mana nak dapat tanda tangan abah gof comel. hurm.
i bukan tak reti bab ni, i reti cuma bodo ja bab ni. faham tak?
haha.
no sign abang gof comel la untuk lab 3.1 ni. haha. abang gof comel, jangan tanya soalan bodo noe ari ni.
25.8.11
cap jari.
berlaku pada umur dua belas tahun. semasa kita-kita memangku darjah enam tu.
sudah dua kali kecurian berlaku di kelas ini.
dia sebagai ketua kelas dan ketua pengawas bertanggungjawab dalam hal ini. dia bernama aizat(bukan nama sebenar). i pernah lihat biodata diri dia. di jawapan "cita-cita" ditulisnya "ahli forensik".
time tu, i fikir kira dahsyat la tu. ahli forensik woo. csi woo.
dan suatu hari, kalau tak silap, terjadi sekali lagi kes kecurian apa benda ntah. setelah beberapa minit kemudian...
si aizat membuat pengumuman penting
"semua oghang la ni kena ada selotep setiap soghang."
yang lain kehairanan, "awat? nak buat pa plak dah ngan selotep?"
si ketua kelas yang bertanggungjawab itu menjawab dengan yakin
"ha la. nak tengok cap jari sapa punya. kena la guna selotep. baru lekat elok cap jari tu!!"
hurm.
yang pendek akalnya. i pergi percaya bulat-bulat. terus waktu rehat pergi beli selotep dua kupang.
ini kisah benar.

23.8.11
kanak-kanak.
pukul 4 sesudah selesai menjamah mata dengan drama-drama terpilih di kaca tv, mulalah stretching badan.
i pun menuju ke port biasa, bertemu muka dengan adlina, shima dll. port kitorang tak adalah 5 bintang, cuma ruang bawah rumah kampung dulu-dulu yang telah disemen sepenuhnya. sejuk bontot.
permainan masa tu yang famous ialah batu tujuh. sama saja macam batu seremban tapi orang kedah panggil batu tujuh. permainan ini mempunyai pelbagai fasa dan skill yang perlu dikuasai antaranya ialah
1. fasa pertama: fasa ini selalu diabaikan kerana teramat mudah iaitu batu keretapi, batu ketam, batu kutip satu persatu dll. selalunya diberikan fasa ini kepada budak-budak hingusan.
2. fasa kedua: fasa kedua dan seterusnya dinilai dengan markah 100. jika sampai markah 100 harus buat bunyi "krek krek, 100" baru sah. kalau tak, kena reject. fasa kedua ialah kutip batu satu persatu, batu 1:2:3, batu 3:2:1, batu 2:1:3, batu 1:3:2 etc segala possibilty la pendek kata.
3. fasa ketiga: batu cina, batu india dll.
4. fasa empat: batu lahanat. paling susah. sengaja direka cipta oleh kitorang supaya kalah. batu kutip semua. maksudnya, sambil kau baling sebji batu diudara, kau perlu kutip semua batu lain sekaligus dalam masa yang sama.
itulah dia. selepas mendapat bosan main batu tujuh, kitorang main "tuju lemak atau tuju tin". "tuju" itu bermaksud menuju bola kepada ahli pihak lawan. bola khas diperbuat dari batu-batu keras, dibalut dengan plastik dan diperkemaskan dengan getah bodo (getah kaler oren)itu. sakit kalau kena. kawasan permainan ialah satu kampung i.e. belakang rumah toklang, depan rumah long ani, belakang jamban dan segala pelusuk tempat.
rindu zaman-kanak.

21.8.11
gotye (go-tee-yea)
somebody i used to know by gotye feat. kimbra.
gotye atau nama sebenarnya walter de backer adalah australian yang femes dengan lagu di atas. dia baru buat performance di event yang i sudah missed untuk tahun ini. event itu ialah splendour in the grass yang diadakan di queensland. awek bernama kimbra itu orang new zealand. owh! tahun depan mahu ikut turut serta ke splendour in the grass.
songs for this week:
gotye feat. kimbra-somebody that i used to know.
sara bareilles-send me the moon
phoenix-1901
radiohead-high and dry
p.ramlee-lagu raya dia yang femes.
whoa! nak raya.
selamat hari raya. parcel baju raya nak sampai sini dah.
ambil berat.
duit tak ada awalnya. bila dapat bantuan duit, pergi tukar phone ke blackberry etc. sungguh shit sekali.
sedarlah wahai cow-kau sekalian.
teknologi tak pernah nak memenuhi kehendak kau. kau hoo-haa sekarang dengan blackberry kau, nanti keluar strawberry pula. see? unless kau sangat perlu guna teknologi itu, itu ada point untuk beli.
tapi kau sepupu i, perlu di ambil berat. anak berkupu-kupu, tapi tak diendahkan. ni nak marah ni!
bukan sebab jeles tapi memang sebab marah butul!
20.8.11
entry raya 1.
raya makin dekat. teringat kat rumah nun di kedah.
tak apalah. barangkali ada hikmah dok jauh-jauh macam ni.
kalau nak sambut raya, perempuan tipikal macam i sudah tentu berkeinginan hendakkan kasut raya. kasut itu penting. di sini ada beberapa pilihan kasut raya yang i mahukan untuk tahun ini. walaupun berbeza sedikit ciri-ciri dan fungsinya, namun usahlah berkata apa-apa ya, laydis and jentelmen.
Chuck Taylor All Star Hi Lady Outsider
owh! ini sangat cun. kan?
Chuck Taylor All Star XX-Hi Beverly Boot
i suka ini tapi memandangkan kaki umat melayu perempuan ini agak pendek, risau pula nanti jadi fashion-victim dwarf.Chuck Taylor All Star Hi Outsider
simple. black.leather. waterproof. nice.
sekarang, i dah tak main kasut raya berbunga kesum ke, bertumit lesung ke dan i hanya hiraukan realiti sebenar kat sini. yang cuacanya tak menentu, hari ini ribut, esok panas. hari ini hujan, esok pun hujan. kau gila nak suruh i pakai heels pergi kelas reraya ni? tercabot tumit oii!
kenapa semuanya chuck taylor? jawapannya bukan nak jadi awek chuck taylor namanami ke hapa ke tapi
sedap pakai. tu je.
sawadikap.
sedap pakai. tu je.
sawadikap.
17.8.11
jangan klik. merepek saja ni.
hari ini diorang cakap nak ambil gambar salam perantauan kat uni. hari ini memang begitulah rancangannya. hari ini tak ada kelas langsung. sebab itulah plan nak ambil gambar untuk masuk utusan ke hapa benda ke. hentam saja la labu.
maka dengan itu, pagi yang indah digunakan untuk bangun bersiap-siap. kau tau kan perempuan kalau mahu ambil gambar, diorang akan makan masa yang banyak gitu! harap-harap tak batal puasa sebab dah makan masa. hehe. hampir 60% energy dibazirkan macam tu saja. kenapa?
kau boleh tanya kenapa? ha! farkyew.
sudah siap segala bagai, kau tahu tak bukan main jauh library uni dengan main gate dia? kau tahu tak betapa banyak energy kena tuang waktu naik tangga batu caves tu? hampir enam puluh peratus! dan sekarang kau cancel sesi penggambaran kita. why?why? why betei why?
sekarang ni sapa nak jawab dengan i?
sudah pukul 2.03 pm sekarang. hampir tiga jam setengah lagi untuk berbuka puasa.
I sudah jadi jeruk kemamang. tak larat. t a a a a k l a a r r r r a a t t t.
daaaang!
tetiba teringin kulit babi yang crispy. -.-
uji matematik anda.
satu tambah satu berapa?
satu kuasa satu?
satu kuasa kosong?
e to the power of satu?
log satu base sepuluh?
natural log satu base sepuluh?
50% dari anda diluar sana terus terpikir "kalkulator" dari "mengira sendiri menggunakan akal".
ye dak?

10.8.11
masih mencari.
bersempena dengan Ramadhan ini, biarlah i berterus terang.
i tidaklah kukuh imannya. tidak juga loose iman sebegitu mudah. kadang-kadang tergelincir juga. banyak kali kot tergelincir. sebab iman boleh turun naik.
hendak meluahkan tapi tak tahu kat siapa? baik berbicara dalam belog saja. kerana itu sifatnya. lebih mudah berbicara dengan mesin-mesin dari benda yang be-roh.
hanya satu sahaja pertanyaan.
"bolehkah i menjadi seorang islam mengikut rukun islam dan iman sepatuhnya tetapi tidak tahu asal usul islam itu sendiri?"
mungkin jawapannya tidak. hanya diingini dalam hati ini ialah, "mungkin sudah sampainya aku belajar berdikari, menolak pemikiran yang bahawasanya aku islam sebab keluarga aku islam, maka dengan itu aku sudah tahu apa itu islam."
itu bengap namanya. tak masuk dek akal kepala tengkorak ini. i sudah 19 tahun. selama 19 tahun ini, hidup penuh kebodohan. ilmu duniawi dikejar bagai. mungkin sebab i berbangga berjalan di tengah lautan, masih menutup aurat, masih bersolat lima waktu dll sambil menuding jari dan berkata "haha. kau kau semua sekeliling aku ini akan masuk neraka jahannam! haha".
kejam sungguh. kejam menuding jari tanpa usul periksa kerana kita tidak tahu selepas satu saat itu, hidayah Allah turun ke atasnya. kerana kita tidak tahu muka saja macam omputih, tapi islam. kerana kita tidak tahu.
atas sebab itu, i mengambil keputusan. mengambil keputusan untuk mempelajari tafsiran al-quran dari surah al-fatihah hinggalah surah an-naas.
tetapi! i tidak mahu kau diluar sana melabel i sebagai ustazah, muslimah memakai baju yang ada nama-nama klasmate itu. biarlah digelar sebagai pencari.
yang masih enjoy mendengar muzika "foster the people"!
yeah.
phew! puas hati boleh meluahkan semua dari hati.
8.8.11
rumah pelacuran.
hari itu hari rabu. seperti dijanjikan, pertemuan pertama pukul 1.45 petang. penat juga berjalan gara-gara tak mahu ambil bas ke rumah itu dek kerana tambang bas yang mahal. $1.60 darab 3.2 sama dengan ar em 5.12. mahal kan?
"hi. i'm &%&^&. don't be scared because of this 4-storey apartment. (giggling) " she started the conversation.
"never mind. i can do this." i membalas. macam interview, kena bagi keyakinan walaupun kita tengah ketakutan. ye dak?
ini ialah rumah kedua untuk housekeeping. rumah pertama berhampiran uni setiap khamis. dan rumah kedua ini, belum diumumkan lagi.
semasa masuk ke rumah itu, memang kosong. tak ada sesiapa. si perempuan berambut blonde ini mungkin dalam lingkungan 40-an tapi still mantap lagi. hehe. cantik orangnya. tapi bukan australian, i masih tak tahu lagi asalnya. nak bertanya, nanti dikatakan sibuk tahu hal orang. so, diam diri sajalah.
dia mula menunjuk setor di ground floor. disebabkan bahasa inggerisnya terkucar kacir, owh! susah sungguh nak difahami. i pulak bahasa inggerisnya manglish. eloklah tu. umpama ayam bercakap dengan itik dalam bahasa kambing. heh.
dalam setornya, ternampak satu poster besar ditulis "miss brazil" beserta poster dirinya. owh. orang latino rupanya. pada masa itu, memang tak ada syak wasangka langsung. mungkin dia seperti janice dickinson.
menurutinya ke tingakat pertama, agak pelik pula kerana terdapat banyak patung atau statue kecil bogel. dihiasinya statue bronze nampak bontot dua biji di dinding, berjalan di koridor menghala ke arah dapur, ternampak pula statue kecil hitam bertetek sederhana besar. hurm. sambil dia memberi arahan dan penerangan macam mana nak cuci rumah itu, i ternampak spotlight ala-ala photoshoot di lounge room rumah itu.
"macam pelik je rumah ini. malam nak dekat. asar belum solat lagi." bermonolog dalaman.
dinaiknya satu tingkat lagi ke bahagian bilik tidur. ada dua bilik tidur di tingkat itu. masing-masing dihiasi dengan tema ala-ala hollywood. i tak gemar tema macam itu. tak cool. i prefer vintage, simple and cool. semasa masuk ke master bedroom, tiada satu helai baju pun di almari bilik itu. kosong. keadaan berhabuk.
"the tenant has already leave this romm while ago." dia menambah.
uiks? tenant ke penyewa pada waktu malam? hehe. pada masa itu, dah nak gelap. solat asar belum lagi dikerjakan. macam mana ni? nak solat di tempat yang macam ala-ala pelacuran ni, Allah nak terima ke? tapi, i sembunyi-sembunyi solat di lounge room kerana pada masa itu si dia berada di tingkat 4 mengemas cadar bilik.
nak solat pun satu hal. dah la gelap, kucing si dia itu usha tak mau-mau pulak time ni. mana khusyuk. tapi solat jugaklah. laju macam F1.
"dah malam. apa dia nak buat kat aku nih? kerja kemas-kemas rumah dah habis tapi macam taknak bagi aku balik je." keluh sendirian.
masa itu, doa kepada Allah saja i pinta moga-moga i tidak dibuat patung seks diorang.
"janganlah jadi apa-apa. lindungi aku. dah la bulu ketiak tak cukur lagi, malu lah kalau diorang buka baju nampak bulu ketiak. haha." sedapkan hati.
sesudah itu, pukul 7 malam dia memberi buah epal sebagai alas perut kerana i dah buat banyak kerja dari petang tadi. tapi i menolak, kalau-kalau buah epal itu disihirnya kerana i nampak banyak sangat lilin-lilin hitam di sekeliling rumahnya.
"nanti jadi snow white pulak. tapi snow white tak cukur bulu ketiak la. haha." riangkan hati lagi.
dia senyum sahaja. dia memberi menunjukkan i jalan keluar dari apartment itu, dan membayar $70 dollar. i pun blah dari situ dan sebelum blah, dia nasihati i supaya jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali dan segala bagai nasihat lagi.
owh, dia baik orangnya. seminggu dua kemudia, i baru tahu dia ialah student law tapi kerja modelling dan ada suami yang bekerja sebagai pakar tulang. patutlah rumah 4 tingkat.
hehe.

6.8.11
blog kedua.
i've already published my second blog, "4 letters" and the four sacred letters are not obviously L.O.V.E. i came across when i was reading lab manual last night. haha. pelik.
"....If you did have the Makefile, all you would have to type is "make": just four letters! If you like you can use mv to rename the file....".
see? reading inspires you! haha. basically, belog kedua i just cerita pasal apa yang i belajar dan sebab utama kenapa i tubuhkan belog ni ialah masa yang dihabiskan berblog jauh lagi tinggi dari study ratio 24:0. blogging 24 jam, study 0 jam. oleh itu, belog ini ditubuhkan.
sekarang ini, nak blogging pun senang hati sebab blogging pasal study-study thing. yay!
dont call me nerd. itu saja.
5.8.11
bahasa.
dudulu semasa makan ice cream, bahasa melayu.
dudulu semasa boleh makan cokelat, bahasa inggeris.
dua tahun dudulu, bahasa korea.
setahun dudulu, bahasa Cplusplus.
seminggu dudulu, sudah start belajar bahasa baru!
bahasa orang genius sahaja yang boleh paham.
bahasa high-class!
kalah mila kunis berbahasa russia.
bahasa yang seten orang sahaja yang paham.
bahasa "assembly language".
bahasa untuk microcontroller untuk laptop-laptop, komputer-komputer kamu tu.
tapi i tak genius.
iq level i hanya 99. my mother had me tested.
selepas ni belajar bahasa apa pulak ek?
"klingon" perhaps?
hadoiyai.
pi hatyaii.
1.8.11
cinta foster the people.
"pumped up kicks" by foster the people.
my current songs i've been listening to:
1. "pumped up kicks" by foster the people.
2. "helena beat" by foster the people.
3. "karma" by cokelat.
4. "chasing pavements" by adele.
5. "creep" by radiohead.
see? two songs in a row highlighting foster the people band is an awesome band. made in USA.
happy Ramadhan!
sahur.
nak bangun tapi malas, kalau tak bangun nanti cepat layu. itulah dilema kita untuk sahur.
di gombak dulu-dulu...
i pada mulanya hairan sangat macam mana boleh ada satu biji kurma(biji sahaja tanpa isi) di sebelah katil i. dulu i tinggal di area bawah katil double decker. tapi tak apa lah. ambil biji tu pastu buang.
esoknya tak ada.
esoknya lagi ada pula sebiji lagi. "sapa plak makan kurma tinggal biji atas katil aku nih?" dan tanyalah i kat rumet dan dia jawab, "tak tau bukan aku."
esok dan esok dan esok....
dari sebiji kurma jadi tiga biji kurma. maklumlah cukup syarat cara Rasulullah sahur. i bertanya lagi kat rumet "hang kan yang dok buang kat biji kurma kat katil aku?". hampir mencetuskan perkelahian. biasalah. perempuan. hehe
tiba-tiba.
rumet ni gelak berdekah-dekah-dekah. "sorry eyh. aku baru teringat. biji kurma tu aku punya. tiap-tiap malam aku letak kotak kurma dan botol air sebelah bantal aku. bunyi alarm sahur. raba-raba 3 biji kurma telan. minum air. tidur balik. aku ingatkan biji kurma tu masuk dalam kotak tu balik. tapi jatuh bawah. haha"
hujan kurma la ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)