Pages

28.4.12

urge

i felt
the urge of feeling something;
something and everyone around;
was looking at;
in the way that i wasn't suppose to be looked like that;
i wasn't sure
if it's true, still;
i wasn't sure.

i didn't told anyone;
the heart was pounding so fast;
i was sure, that;
i despised this feeling.




23.4.12

pemodulatan amplitud


tuner. masa kau pulas-pulas, adjust tuner kat radio kau dulu; sebenarnya kau tahu ke kau tengah buat apa sebenarnya? aku tahu, kalau pulas ke kanan, jarum merah menunjuk ke frekuensi yang tinggi dan sebaliknya la. tapi, tahu ke apa bondo kau adjust dari segi signal radio kau tu?

konklusinya, kau tengah tuning bandpass dan juga centre frequency secara serentak. ini untuk AM. FM nanti aku belajar. kalau kau tengok kat radio, ada dua option iaitu amplitude modulation (AM) dan frequency modulation (FM). kan kan?



setiap channel diberi 10kHz bandwidth kerana ia adalah dua kali ganda maximum voice frequency, 4kHz. jadilah 8kHz. nak mengelak dari masuk channel radio lain, disetkan bandwidth itu lebih sedikit dari 8kHz.

yang penting, kalau orang tanya, hang dok pulaih tuner tu, hang tau ka apa yang hang dok buat?
boleh la kau jawab dengan bangganya, "aku tuning bandpass dan centre frequency channel yang aku nak la. bongok."

pastu, kau belanja aku makan noe.

16.4.12

art stuff.


dua hari lepas, aku dapat email dari artsweek coordinator yang mengatakan aku umpama layak volunteer untuk artsweek tahun ini. aku macam "hooray!" tetapi dia macam mahu interview atau kenal atau apa pun sebelum aku officially jadi sebahagian artsweek people.

interview? get to know each other first? aku sangat lemah hal-hal sebegini. namun, jumaat ini. huh.

btw, bagaimana dengan hari kau-kau sekalian?
hari-hari aku sangat sibuk dan aku suka sebegini hari-hari. tidak perlu aku tuang masa aku menghadap makanan dan internet setiap masa. aku ada tiga kerja tetap sekarang ini. satu, pelajar. dua, housekeeper $16 sejam. tiga, penjual/agen TudungPeople di sydney. sengaja aku mahu highlight $16 sejam sebab bagi aku, cukup banyak. $16 bersamaan RM51.20 sejam. woot woot!.
aku kerja nandos dulu sejam enam ringgit. aku tahu, salah sangat nak bandingkan malaysia dan australia dalam bab ini.

kerja. belajar. volunteer. love 'em.




12.4.12

masa depan.

budak perempuan tu namanya hagia sophia (sebutan: ayaa sofia). mulus kulitnya, comot mulutnya. angkara ovaltine, minuman malt bercoklat. berlari ke hulu-hilir bersama sesudu ovaltine, habis sesudu dicedoknya sesudu lagi. dia ada her own favourite spot. dekat island bench, hujung di kanan bertentang ruang legar. 

aku cuba betulkan riben di kepalanya, ketatkan sedikit dan tempatkan riben itu tidak terlalu tengah, tetapi ke kiri sedikit di kepalanya. rambut ikalnya, cuba aku kemaskan. walau apapun, hagia baru berumur empat tahun. biarkan saja dia bermain.

"umar!" panggil aku. umar, seorang lagi yang sudah bersekolah. budak ini tidak lah terlalu nakal macam hagia tetapi sangat competitive orangnya. tak mahu kalah dengan aku, sedang kami bermain game bersama-sama. dia sangat tak minat kepada ovaltine, tetapi lebih sukakan horlicks ho ho ho. rambutnya, sengaja aku nasihatkan dia simpan begitu rupa. gaya selekeh yang kool. dia pun gemar. 

umar ni orangnya sangat bersih. aku pun tak tahu datang genetik mana pembersih ni. nak kata aku, jauh sekali la. kakinya sangat putih dan bersih. budak ni serius benci dengan apa-apa yang melekat di kakinya. weird. walau habuk sebesar m&m sekali pun.

lebih  kurang pukul dua petang, pintu depan dibuka dihempas. aku tahu ini kerja siapa. noah la. siapa lagi? ketua segala adik-beradiknya. aku tahu dia sudah ada cewek di sekolahnya tetapi sengaja rahsiakan dari aku. remaja. sedang dia di dalam bilik air, aku terus lepak di atas katilnya sambil makan doritos. 

hapak, busuk, semak. macam kandang kuda bilik si noah ni. lantak la, sudah besar pandai sendiri la jaga bilik. "what's up sayang" aku terus menyapa sejurus dia buka pintu bilik air. "ma, terkejut!". nak terlondeh tuala dibuatnya. kami berceloteh, di atas katil. dia banyak bercerita kepada aku. 

hagia, umar dan noah. cukuplah mereka bertiga, buat aku bahagia dunia akhirat. nak tambah yang keempat, kelima, keenam pun tak apa. aku on saja! haha. masa depan. ya, aku baru berumur 20. angan-angan tinggi ke langit. 


dadah apa aku ambil malam ni sampai sebegini imaginasinya?








10.4.12

Jaymee dee



hari ini seperti ahad.

6.4.12

merengek

damn you. damn you pendrive!

aku sepatutnya tak perlu merengek atau luah perasaan atau merungut perkara remeh dalam blog ini tapi lumrah, perkara remeh yang membuatkan semua orang berasa jelik dan annoying. disebabkan kejelikan terlampau, aku terpaksa merungut sekarang!

minggu ini dan minggu lepas sungguh sibuk bagi aku yang baru nak bertatih memahami segala macam ilmu elektrik. aku cukup jelik dengan lab-lab kat sini termasuklah lab electronics ini. penat aku ulang kaji, ulang alik pergi lab, menyelinap lab orang lain tuup tuup pendrive yang aku simpan semua result lab aku, aku hilangkan. mungkin juga aku tertinggal di lab. walau macam manapun, i can't do anything to get the damn pendrive because guess what? today is good friday. a public holiday. i bet today is a very gooooood friday and maybe the best friday. owh, i have to send the report today by 5pm. awesome taik.

i know. damn me because left the pendrive in lab. no damn pendrive.

hang tahu, 4 jam sahaja time allocation untuk lab ini tapi aku spend about 8 jam untuk siapkan, dapatkan result. double taik. these whole things circulating on waveforms or signals or graphs. the graphs are prove for everything i've learnt until today. engineers can describe, explain the graphs into various characteristics that god damn confusing me! i just can describe the graphs into 2 properties; maximum voltage and frequency.

but these guys, i mean lecturers and geeky students know everything about graphs. they know, why do the graphs have so many ripples and it's because of capacitor, flat line, noise, dan segala babi sekalian. maaf pasal babi tu. aku mahu something colourful, art-sy in engineering which apparently never ever happened. electrical engineering = colourful-art-sy stuff? kahkah.

blood pressure tengah naik.

and shit! tak ada internet connection pulak. what the f?

3.4.12

addicted games.

ini games bukanlah seperti superb games seperti world of warcraft, pes, battlefield dan tak perlu disebutkan lagi. ini games hanyalah simple-on-screen games yang semakin aku addict. bukanlah baru sekarang addict, tetapi trend. habis lempias ketagih game itu, game ini pula, selepas itu game itu-ini dan tak perlu disebutkan lagi.

ia menghabiskan masa. ia menyeronokkan. ia naikkan kemarahan kadang-kadang.
mungkin kalau aku bertenet-tet-tet-tet-tet-tet-teretetetet, kau mesti tak faham kan. tapi kalau aku ber-angry bird, terngiang-ngiang lagu anthem. aku kalau main game, setiap zarah-zarah dalam badan aku bertumpu, fokus game itu. 

siapa tak pernah main "plants vs. zombie", "angry bird", "cut the rope", "where's my water", "tetris", "unblock me", "fruit ninja"?


"draw something" dude.


dan yang terbaru, "draw something". oh man! aku tinggalkan lab report aku, preparation lab aku, kelas aku, makan minum solat belum lagi la. pundi kencing aku pun aku tak jaga disebabkan main menatang "draw something" ni. game ini pasal lukis dan teka. kalau yang lukisnya macam lahanat, memang panas la aku. balas dendam memang diperlukan. aku balas la dengan lukisan lahanat aku pula. padan. atau jenis manusia yang malas, dan tulis saja, kalau aku ada cukup huruf yang best, aku balas "you suck", "fuck u". padan la. 

kalau nak battle dengan aku, dialukan. green_chocolate41@yahoo.com
jangan gelak dengan email aku. aku sign up masa umur14 tahun. jangan gelak. huh.