Pages

23.3.13

pen

pada zaman universiti ini, stationery lebih-lebih lagi pen dan pensel memang tak penting. tak seperti zaman sekolah dahulu, peranan pen dan pensel bukan sahaja membantu membuat kerja sekolah seperti copy-paste nota sejarah yang sememangnya aku cukup benci. bahkan, untuk tayangan kemewahan stationery bagi sesetengah pelajar sekolah. aku pun sama saja dulu. 

abaikan.

waktu aku pergi ambil tiya(anak majikan) dari sekolah, dia cakap dia baru dapat "pen license". terkinja-kinja juga dia menceritakan dekat aku betapa seronoknya sebab sudah boleh guna pen untuk buat kerja sekolah. setiap minggu, ada-ada saja barang smiggle yang dia belikan. seronok juga aku dapat tengok barang-barang comel yang sememangnya aku dah tak akan beli.

well, tiya, akak nak cakap sedikit ni. nanti waktu tiya dekat uni, jangankan highlighter, pembaris pun belum tentu ada. phone, kad bas, kad bank yang akan jadi pembaris nanti. akak ada pen sebatang dan juga pensel picit sebatang. itu saja. entah-entah nanti, waktu tiya masuk uni, dah tak guna pensel dan pen. 

macam dia faham saja bahasa melayu.

22.3.13

cookbook

aku tengah tersadai atas katil sambil kipas berkelajuan nombor tiga direct menghala ke arah aku. lagu "vienna" nyanyian billy joel diputarkan di spotify. lega rasanya hari ini kerana minggu belajar sudah sampai ke penghabisan. tetapi untuk minggu ini saja lah. minggu depan tak tau lah nak sibuk cecah tahap mana lagi.

aku ada interview tadi. interview volunteer untuk penerbitan sebuah buku yang dikeluarkan sekali setiap tahun di universiti. buku itu dinamakan "student cookbook". buku yang menyajikan resepi-resepi mudah dan murah untuk budak uni yang sentiasa pokai macam aku.

cookbook dua tahun lalu.

aku umpama meng-let-down-kan diri aku tadi kerana tidak cukup bersedia. aku tak menjangkakan beliau, si interviewer akan tanya soalan yang sudah mencecah ke arah soalan formal interview seperti

"what's your strength?"
"what's your weakness?"

aku seperti tercekik seketul nasi, tak sakit tetapi tersumbat sekejap oesophagus aku. mula lah mata aku liar ke semua arah macam ada saja pokok-pokok sekeliling tahu akan jawapan tantang diri aku ini. aku bertemu pokok-pokok itu pun dua ke tiga kali setahun.

tengok lah macam mana keputusan beliau hari ahad nanti. moga-moga nama aku tersenarai. btw, dia pronounce nama aku betul. hehe. mat saleh pronounce nama aku betul. hehe.

ok. sudah.
selamat berhujung minggu.



12.3.13

Thirsty For...





kalau kau tersenyum sedikit dan nampak gigi sedikit atau tersenyum lebar tapi tak nampak gigi seperti joker, tak kisah pun dan lantak kau lah nak senyum sampai luruh kesemua gigi pun. tapi, kalau kau ada kriteria yang aku anjurkan pada ayat atas, mungkin sekali kau boleh tekan butang subscribe channel tastemade itu.

cara suntingan semua video ini memang terbaik. teh ais seringgit dua puluh sen pun boleh jadi hebat.

kan?

Gelabah

semester pertama baru buka dan seperti biasa rutin harian aku kembali ke lab.

aku, kalau nak masuk lab saja, dia punya tahap gelabah memang satu macam level dia. naik turun naik turun sebab macam-macam boleh jadi dari segi proses pembelajaran dan komunikasi antara lab demonstrator dengan aku. yang lebih penting, result lab/experiment selalunya tak menjadi atau memang 'lari' dari ideal condition mahupun apa-apa je lah. pendek kata, memang tak menjadi. kalau result tak ada, report pun mula lah aku menggoreng. goreng style orang utara punya. ok, aku tak tahu pun apa maksud 'style orang utara' tu.

kalau tak menjadi, selalunya yang dipersalahkan adalah resistor. contohnnya:
"...This is because the value of resistors used in this circuit are less that the ideal ones...". 

aku minta maap perintang.

esok aku ada lab optical circuit dan memang aku tengah gelabah. gegelabah. gegegelabah.

11.3.13

Jakuzi

Hujung minggu yang lalu, dua orang kawan aku datang ke rumah aku. "saja, jalan-jalan" kata mereka. aku menjadi suka ria kerana sudah lama tak ada kawan yang sebaya datang melawat aku. asyik-asyik kakak senior atau kakak phd. aku tak marahkan mereka, cuma tak berapa remaja sangat.

dalam rumah aku ini ada sebuah jakuzi yang hebat. jakuzi itu berbentuk tiga segi seperti gambar rajah di bawah tetapi lagi besar dann boleh muat lebih kurang sepuluh orang dalam tiga masa atau tiga orang dalam satu masa. hehe


kawan-kawan aku ini teringin sangat nak berendam dalam jakuzi dan aku diheret untuk menyertai aksi berendam itu. pakaian kami hanyalah tiada apa-apa. kami mengambil giliran untuk tutup mata, sambil kawan yang lain membuka pakaian dan shiuuuuuuu masuk ke dalam jakuzi hebat itu.

ada-ada saja aku ini.

sebenarnya, kami pakai kain batik yang disumbangkan khas oleh aku. berkemban gamaknya. dalam sepuluh minit ke lima belas minit, kami pun keluar dari jakuzi itu. dalam tempoh masa itu, biarlah kami sahaja yang tahu apa yang telah kami lakukan. heh.

selepas itu, lima minit ke sepuluh minit juga aku habiskan mengelap balik jakuzi gedabak itu dan juga lantai di sekelilingnya. nampak tak ketidakbaloi-an menggunakan jakuzi itu?

sekian.


10.3.13

Telinga

dua hari yang lalu, dalam keadaan kecemasan, aku membuat temu janji dengan seorang doktor dengan alasan masalah telinga. aku dan masalah telinga memang tak boleh dipisahkan bagai isi dengan kuku. sakit woo dia jolok-jolok telinga kanan aku ini dengan magnifier telinga. waktu itu, bahasa is border less.

"adeh deh deh deh deh, sakit dokter"

waktu aku hampir selesai check-up dengan doktor tu, dia memberi amaran "don't go swimming.". aku pulak dengan ekspresi yang terkejut bercampur sedih/frust menbalas "really, doctor? aww that's too bad."

ermm. selepas aku melangkah keluar dari health care universiti, dalam jarak dua ke tiga langkah sahaja, terdetik dalam hati,

"aku mana qheti beghenang pon. yang pi tanya lagu tu buat hapa?"

dan aku menderita kesakitan sampai ke hari ini.