Hujung minggu yang lalu, dua orang kawan aku datang ke rumah aku. "saja, jalan-jalan" kata mereka. aku menjadi suka ria kerana sudah lama tak ada kawan yang sebaya datang melawat aku. asyik-asyik kakak senior atau kakak phd. aku tak marahkan mereka, cuma tak berapa remaja sangat.
dalam rumah aku ini ada sebuah jakuzi yang hebat. jakuzi itu berbentuk tiga segi seperti gambar rajah di bawah tetapi lagi besar dann boleh muat lebih kurang sepuluh orang dalam tiga masa atau tiga orang dalam satu masa. hehe
kawan-kawan aku ini teringin sangat nak berendam dalam jakuzi dan aku diheret untuk menyertai aksi berendam itu. pakaian kami hanyalah tiada apa-apa. kami mengambil giliran untuk tutup mata, sambil kawan yang lain membuka pakaian dan shiuuuuuuu masuk ke dalam jakuzi hebat itu.
ada-ada saja aku ini.
sebenarnya, kami pakai kain batik yang disumbangkan khas oleh aku. berkemban gamaknya. dalam sepuluh minit ke lima belas minit, kami pun keluar dari jakuzi itu. dalam tempoh masa itu, biarlah kami sahaja yang tahu apa yang telah kami lakukan. heh.
selepas itu, lima minit ke sepuluh minit juga aku habiskan mengelap balik jakuzi gedabak itu dan juga lantai di sekelilingnya. nampak tak ketidakbaloi-an menggunakan jakuzi itu?
sekian.
4 comments:
go naked!
buat sendiri pun boleh ni..haha
gabanmorka: kalau naked, macam2 boleh jadi.
ghost writer: benda apa yang nk buat sendiri?
ni payah bila orang pun reti nak dwi-makna. haha!
Post a Comment