Pages

31.5.11

australia's got talent: the real gifted talents.



kalau di malaysia, penangan maharaja lawak bukan main lagi. sampaikan orang di sini pun boleh tahu. harap maaf i ucapkan kerana tiada minat walau sebesar atom untuk menonton lawak yang tak sebegitu lawak. orang-orang itu bagi i, tiada talent. tiada genetik talent dalam chromosome diorang. yang diorang tahu hanyalah meng-adapt kebanyakan lagu dan scene-scene filem yang best sebagai core diorang punya lawak. ugh. balik rumah tanam pokok la kalau dah tak ada idea nak buat lawak.

tapi tapi tapi kan.


jack vidgen : there's toni braxton inside him. far more better than bieber. 



bree de rome: a cutie that live in 60s world.


apa yang i nak tunjukkan ialah orang atas ini yang dipanggil the gifted people. like seriously, even diorang kadang-kadang tak sedar talent yang diorang ada umpama bree de rome. my point is if you know you dont have talent on particular things i.e. singing or make a joke, then just shut up do and something else for God sake. but, if you really are the talented people, do amaze me bebeh. 

fotosintesis

Toleh ke kanan, pokok-pokok yang berbaris umpama melambai-lambai dahan diorang. 
dahan, ranting yang tiada daun.
daun yang gugur kerana musimnya memang begitu.

bagaimana pula proses fotosintesis?
daunnya tiada, tapi still boleh hidup pokoknya.
bagaimana phloem nak bertanding dengan xylem?
sudah tentulah xylem menang.
owh tak sukanya xylem menang.

teringat dulu-dulu..
"student semua ingat ye, phloem, depannya bunyi 'f', oleh itu food."
"food dari fotosintesis" sambungnya.
see?
phloem dijadikan prioriti.

berbalik kepada pangkalnya.
tererlah pokok ni boleh hidup tanpa daun.
mungkin mereka ini mempunyai adaptasi tertentu.

manusia perlu begitu juga kan?
tak boleh cara begini, cara begitu pula kan?
semuanya untuk hidup.

30.5.11

hilang kebebasan.

itulah susahnya jadi perempuan. tambahan lagi, dari bani melayu ini. hilang kebebasan di awal usia dek kerana takutkan diri itu berlaku apa-apa. come on la. kau tak pernah terfikir ke hidup ini terlalu singkat? 24 jam itu telalu pendek. 


paranoid sangat dengan waktu malam. mau taknya, tiap-tiap hari dihidangkan dengan csi: miami, csi: new york, criminal minds, bones, castle dan habis leceh pun gerak khas. pfft. i tahu ada kadang-kadang ada berita yang tak indah pasal pasal perempuan kena rogol etc. tapi jika difikirkan balik, yang kau pergi hoo-hah hoo-hah kat night club tu buat apa bedah?


apa yang i nak maksudkan ialah kebebasan keluar malam untuk tenangkan hati, jiwa, perasaan dan menimba pengalaman. cewah. bukannya bercengkerama di bawah sinaran purnama di tasik titiwangsa atau tasik darulaman. 


tolonglah keluar malam(atau siang) wahai kaum perempuan. jangan jadi macam katak di bawah tempurung la. duduk di rumah, tengok tv, camwhore, stalk fb orang 24 jam. banyak benda lagi yang kau boleh buat dalam dunia ni bedah! jangan jadi macam i, umur 20 baru terkinja-kinja tengok dunia. sebab apa? sebab tak sedar banyak masa dah habis dengan benda bodoh. 


dan i call abah i:


fingerkontot: abah, akak nak travel.
abah: pergi mana?
fingerkontot: europe tahun depan bulan 2 dengan member sorang lagi dan akak dah book tiket. (tekankan suara pada perkataan book.)
abah: owh. pergilah. jaga diri elok-elok. cukup duit ke tak?




so, kalau kau nak keluar mana-mana, pertama, jangan lupa bagitau parents dengan jujur. bagitau dah cukup, tak perlu minta permission. kalau diorang tanya, belasah je lah diorang tu. tak perlu. cakap bebaik dengan diorang. kedua, jaga diri elok-elok. yang ketiga, duit kena ada sikit even 10 hinggit. itu saja.


sekian.

29.5.11

vivid sydney vs i-city shah alam

i-city shah alam



sydney opera house

well vivid sydney is far better than i-city. yes. i just went to opera house an hour ago and it was spectacular bebeh! except for the part that rains were pouring heavily. we strolled around circular quay(sebutan: key. bukan : kuey), snap pictures and me with my hayden. 

dia punya sejuk kamu tahu sampai tahap mana? tahap di mana kamu cakap sambil terkeluar asap-asap dari mulut kamu. 

youtube sydney opera house.

till then
good night.

28.5.11

ringan-ringan

ringan-ringan. buat ringan-ringan. buat seks yang ringan-ringan. buat seks di tempat awam yang ringan-ringan. buat seks yang ringan-ringan di dalam library. 

kejadah betul. 

kang kalau i join venture sekali, mau tau la bak kata orang kedah. jangan la bagi i dengar korang berdua ber-cuup-caap-cuup-caap melepaskan nafsu serakah.




new project for star wars - i am c3p0.

satu minggu ini 8 orang dari movie star wars telah membuat reunion bagi mengendalikan sebuah projek. projek raksasa ini memang tak ada kena mengena dengan ultraman dll. 8 orang yang terpilih ialah master yoda, qui gon, obi wan kenobi, master windu, anakin skywalker, R2D2, chewbacca dan akhir sekali droid yang sangat bising iaitu C3P0. projek itu sangat penting bagi memastikan dark side hilang selama-lamanya dari bumi Allah ini. walaupun episode VI telah menceritakan bahawa dark side telah kalah, namun ianya belum lagi dimusnahkan sehabis-habisnya. maka dengan itu george lucas telah meng-email projek raksasa kepada 8 orang ini untuk memastikan ianya betul-betul musnah.

dalam projek ini, mereka perlu membuat satu sistem locking mechanism for a safe. maksud yang mudah ialah, buat satu sistem di mana jika password yang betul dimasukkan untuk safe, pintu safe akan terbuka dan jika password yang salah dimasukkan, pintu safe akan terkunci selama-lamanya.(jangan tanya kenapa tak musnahkan je peti safe tu. sila baca sampai habis.)

hal ini penting kerana terdapat rahsia di dalam safe itu dan jika konco-konco dark side boleh membuka safe itu, maka mereka boleh menakluki segala galaxy dan senat. haha. so, inilah plan yang telah dipersetujui.

sebenarnya, ini ialah assignment i dan member-member i. tapi nak bagi gempak sikit, i tukar nama diorang dengan nama - nama dalam star wars. lagi gempak apabila lecturer i aka george lucas bagitau ini ialah projek PhD dia dulu-dulu. pergh. patutla terbakar sedikit neuron transmitters dalam otak kitorang. dalam projek ini, i jadi C3P0, droid yang bising dan tak reti buat kerja but at least i tahu memasak, so i masakkan untuk diorang. loser kan?huhu


22.5.11

iklan iklan-sarah murdoch

satu petang, i berjalan-jalan ke shopping complex dengan satu agenda yang penting. tiada sapa pun tahu, hanya i saja yang tahu iaitu membeli bra berjenama bonds. bukannya bra i rosak ke, luntur colour, boobs i  naik satu saiz. nope at all. cuma teringin. sangat teringin selepas melihat ads bonds yang memberi impak yang sangat besar. disinilah iklan memainkan peranan dalam melariskan barangan. iklan bukan saja medium untuk menjaja barangan tapi juga sebagai hiburan. selain lagu, movie, drama and so on; iklan pun boleh join angkatan perang ni. 

kau bayangkan kau di dapur tengah bancuh nescafe umpama kopi starbucks. tiba-tiba terdengar intro yang hanya 2 saat lagu the living things- bom bom bom dan kau terus menerpa berlari macam ribut menempek di tv semata-mata mahu tengok iklan ni. itulah saya.


sarah murdoch as the lead.




the living things-bom bom bom


kalau di malaysia sudah tentu tak ada iklan yang separuh bogel ni kan. haha. btw, satu bra bonds berharga $30++. tak jadi beli.

body-beyonce's version.

jika ditanyakan celeb mana yang ada body paling cantik, i akan pilih beyonce giselle knowles instead of other celebs. dia bukanlah seperti model catwalk chanel, gucci and dolce gabbana yang sangat terlalu kurus. mereka tu cuma patung berjalan mengiklankan baju yang sekarang ni tak macam baju. macam perca kain sudah sekarang ni. ok. 

tipu sangat kalau seorang pompuan tu tak kisah pasal badannya. itulah asset seorang perempuan. yang kelakar bagi i ialah ayat ni "i tak boleh makan la, i tengah diet ni". ha ini bodoh namanya. nak diet tapi tak mahu makan. diet itu ialah mengikuti aturan makanan yang sihat cik minah oii. bukannya kosongkan perut. nak diet kat mulut. perut dok penuh boroi dengan makanan saja. 

berbalik kepada cik beyonce. she's different. she has a body that every girls dream about it. mesa wish to have like hesa body. 


among all of her songs, i really adore to the song "irreplaceable". 



19.5.11

balik rumah

mulanya, i tak nak balik malaysia 3 tahun. nak simpan duit pergi melacong satu europe third year nanti. hampeh. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

i dah book tiket flight balik bulan sebelas ni. hehe. i tahu sekarang ni masih awal untuk buat plan ke berimaginasi. tapi, memandangkan sekarang ni i tak dapat tidur mengenangkan esok ada exam, i dah buat plan.

plan buat masa ni.

i akan sampai airport nanti pukul 10 malam. so, i sangat tak suka menyusahkan orang untuk ambil i di airport. dan i sangat suka merayau sorang-sorang. so, i plan nak naik train ke kl sentral.

perkara pertama yang i akan buat ialah isi perut dengan benda yang sodap. maksudnya ialah burger burger king. kau faham kan kenapa i doublekan burger. sebab pertama burger berjenama burger king. kedua, nak makan double burger la. triple pun boleh muat kot. pada masa yang sama, i akan beronline di situ sampai pagi esoknya. 

esok pagi sesudah subuh, i akan bertolak ke masjid india untuk menikmati nasi lemak akak indon yang bagi i, sangat sedap. i nak letak sambal sotong, sambal daging, sambal ikan bilis, telur. tak kisah dia nak letak harga berapa pun. selepas itu, i akan pergi ke taman klcc untuk makan nasi lemak yang i beli tadi. port lama i sebelum i masuk kerja di nandos dulu. hehe. tengah hari, i akan meneruskan perjalanan i bersama bagasi yang mungkin berat dan akan menuju ke satu tempat tepat pukul 12 tengah hari; McDonalds.

selepas habis makan tengah hari, i akan menyusuri ke tempat kerja i dulu, nandos untuk berjumpa member-member lama dengan harapan dapat makan nandos secara percuma. hehe. sambil itu, i mungkin akan beli rotiboy yang berharga RM2.00. 






selepas itu, i akan makan kfc hot and spicy sepuasnya. mungkin selepas itu i akan berak pulak sepuasnya kerana sudah lebih dari 2 jam, hasil percernaan makanan iaitu chyme berada dalam perut i. 

i akan menyusuri train putra ke wangsa maju untuk ke jusco. tempat favourite i dimana ada jual takoyaki. mungkin akan membeli sedozen kotak takoyaki. i rasa macam tak banyak je sedozen tu. tak apalah. lain kali boleh makan lagi. 

selepas itu, i akan menunggu bas T305(jika masih wujud lagi) untuk ke ukay perdana. mandi-mandi siapkan diri untuk meneruskan perjalanan i ke seantero kuala lumpur sebelum bertolak balik ke kedah.

sorry. idea tengah mencurah-curah jatuh ke ladang gandum.

18.5.11

hijrah

blog ini mungkin memerlukan penghijrahan.

satu blog dalam sejuta ini yang tidak signifikan dan tidak setaraf dengan blog-blog otai, famous ini akan ada penghijrahan. i tahu orang tak kan kisah. lantaklah.

i bukan mahukan perubahan. tapi i perlukan penghijrahan. penghijrahan disulami konsisten. kalau hijrah sekejap saja tak guna juga. kalau konsisten saja tak guna juga.

kenapa blog ni nak berhijrah? sebab empunya blog perlukan hijrah. dia ingin buat selagi ada masa. manusia sentiasa dalam kerugian.

sebelum itu, dia perlukan masa untuk study. prioritinya buat sementara ini hanyalah belajar. hari ini baru dia sedar perkara yang dia belajar sangat menarik. ^_^ V. tiga bulan sebelum ini, dia hanya monyok mengenangkan nasibnya yang membenci kos yang dia ambil. tapi sekarang, tiga minggu sebelum final baru dia sedar.

ya. i tahu. i suka lari tajuk.

bertukar-tukar petua

cuaca di sini bagi i sangatlah sejuk. sejuknya boleh diibaratkan apabila kau keluar rumah-perut, tangan, bahu dan terutama kaki akan bergetar sedikit menahan 12 degree celcius. tapi sini baru di australia. negara yang orang cakap takdelah sejuk sangat. kau silap pak tam. kau silap mak yam. ini cukup sejuk bagi kita yang berkulit sawo matang yang tinggal di negara di garisan khatulistiwa.

so, sekarang ni. i dan member i berhadap muka ke muka di meja study sambil berkongsi idea dan petua bagaimana nak hilangkan sejuk. empat kaki di bawah meja ini sedang hangat bercumbuan dengan heater jenama kambrook. patutlah orang selalu cakap sedang hangat bercinta. orang tak cakap pula sedang sejuk bercinta. sebab hangat lagi best dari sejuk. 

petua-petua yang dilontarkan antara kami berdua memang semua tak masuk akal. pelbagai idea dan petua dimuntahkan tapi bagi i, semuanya tak berguna. i sudah tak mandi selama dua hari. mandi bukan lagi urusan harian i. tapi kalau sekali mandi memang perghhh. best gilak. 

buka shower. pasang air yang sangat panas. bawah 100 degree celcius la. panasnya umpama kolam air panas yang berwap-wap tu. hulurkan kepala dan badan. mandi sepuas-puasnya dan kau rasa dunia kau yang punya.

ok. dah jauh dari tajuk.

btw, bersyukurlah kau sedang berada di malaysia. panas.

15.5.11

karaoke di rumah

dulu i pernah bagitau i akan post "cerita-cerita best di sydney" tapi minta maaf sebab atas ketidak konsistensi i post cerita-cerita tu. bukannya apa, cuma i ada komitmen nak study dan kadang-kadang tak ada cerita best nak cerita. takkan la asyik nak cerita "i pergi shopping kat situ", "tadi i tengok baju tu terus i beli". lame bebeh lame.


but for now, i tengah sedikit-sedikit edit video i pergi first pasar malam kat sydney ni. kau ingat belakang rumah kau je ada pasar malam? universiti i pun ada pasar malam malaysia kot. hehe.


todiaa. pi kot laen dah. sebenaqnya, cek nak habaq pasai entry "karaoke". karox bebeh karox! cek kalu bab karox ni macam isi dengan kuku. kamceng baq kat hang(kamceng nak bagitau kat korang). tapi, kalu kat sydney ni, hang nak caqik(cari) mana tempat karox. habaq mai(bagitau sikit). karox lagu jepun ada la. 


so, jangan maen-maen noe(noe: penambah rasa dalam ayat.). kat qumah pon boleh karox. siap boleh battle lagi. kalu sapa-sapa cemuih(bosan) dok qumah tak tau nak buat qeja apa. karox boleh gak. hampa pi kat website ni noe. best woo! baq kat hang. sambil nyanyi, ada mata pungut, boleh battle dan belajaq camna nak bagi soqa power. cek punya mata tertinggi 5217-lead singer. haha. battle la noe. 


nombot(nombor) satu, hampa kena register dulu. kalu hampa tak mau register, hampa nyanyi la lagu celine dion-my heart will go on sampai kematu jubog(situasi dimana korang duduk atas kerusi sangat lama. jubog=bontot). ni karaoke omputih ja. lagu rock kapak tak dak(tiada) noe.


teruk kan i punya loghat kedah?

12.5.11

amphetamine

perhatian : i bukan nak cerita pasal dadah, obat sakit kepala, obat angin kus kus ke apa ke yang macam do re mi tu. ini lagu.


lagu ini bertajuk amphetamine.diambil dari movie "bandslam" yang lead singernya
ialah alyson michalka. bagi i, rating movie ni ialah 8/10. kalau nak tau sinopsisnya google la sendiri yek. "amphetamine" dari movie ni hanya cover. penyanyi asal ialah steve wynn and the miracle 3. best woo lagi ni. lagi-lagi dengar, nyanyi dan enjoy masa drive kereta. tapi, dengar time study je yang i selalu buat. 






lyrics :


On the seventh hour of the seventh day
The seventh son was looking for a seventh stage get away
The word came down from a blinding light
You got one chance, baby, baby, you better do it right


I was driving down on the 101
It was late at night and I was thinking 'bout the things I'd done
All of my regrets and, baby, all of my fears
I was slipping the car from gear to gear to gear


Hey hey hey


God bless the child, God bless his soul
God perish the idea that he'll die before he's old
You gotta be cool, you got to behave
And there'll be time for that when I'm lying in my grave


You gotta watch your step, or you'll lose your way
Take heed of your elders and do everything they say
Watch out for the man, the man who tolls the bells
But if I fear for the devil and I fear for myself
Then I'm gonna have to fear for everybody else


Oh yeah, I'm gonna fly (sha la la la la mamma yeah)
I'm gonna live until the day I die
Ain't got time to wonder why
I'm gonna live until the day I die


Sha la la la mama yeah (repeat)



ini lagu original dari steve wynn and the miracle 3. lirik asal diolah sedikit untuk movie bandslam. bagi i, cover untuk lagu ni best dan lagu ori lagi best. macam mabuk-mabuk lepas pekena amphetamine. haha. gurauan.


torrent file untuk movie bandslam.
http://thepiratebay.org/torrent/5437142/Bandslam[2009]DvDrip[Eng]-FXG


courtesy of elyrics.

10.5.11

kena buang.

cis. kalau ada kuasa senang saja orang nak buat apa pun. kalau ada kuasa senang saja landlord rumah ni dak buang kitorang dengan alasan lantai rosak. padahal rosaknya 5inch x 5 inch saja. nak pulak, tiga minggu lagi dah final exam. nak pulak, assignment bertebaran atas meja study. nak pulak, nak pulak, nak pulak.

abaikan.

ugh. mana nak cari rumah ni?

nak cari rumah, nak cari rumah.

8.5.11

happy mother's day





akak rindu mak. rindu sangat-sangat. jap, nak kesat air mata nih. tengah hiris bawang. 
dah seminggu akak tak cakap dengan mak. itulah, orang dah call, mak tak nak cakap lak. adik cakap mak tak larat nak bangun. 


akak rindu mak.


akak ada hantar kad kat mak. tapi tu kad "happy birthday, mom!" sebab kad "happy mother's day" dah sold out. akak harap mak suka kad tu.


akak rindu mak.


akak harap sangat malam ni akak boleh tidur dengan mak. urut kaki mak. boleh bagi mak makan ubat. main-main rambut mak. akak rindu nak pimpin mak berjalan. akak rindu geletek mak. ala, mak kan suka geletek akak dulu-dulu. akak rindu mak beletiaq kat akak. akak rindu mak marah kat akak. 


akak rindu mak.


akak doakan mak sihat. kidney mak sihat. jangan makan daging tau. ayam ke itik ke lembu ke. jangan makan tau. tak elok untuk kidney. mak jangan buat dialisis lagi. kak tau kidney mak boleh berfungsi dengan elok lagi. kak tak nak diorang masukkan tiub dalam tangan mak. nanti mak sakit. nanti mak nangis. kak tak nak mak nangis. akak ingat lagi mak luahkan kat akak..


"mak rasa mak banyak dugaan sebab akak. mak harap sangat akak berjaya."


akak tak nak mak menderita lagi sebab akak. akak sepatutnya menderita sebab mak. akak ingat lagi, kaki mak hampir kena potong sebab kencing manis. tapi mak cakap, "mak kuatkan diri sebab akak". masa tu akak tengah biasakan diri kat mrsm. akak ingat lagi badan mak macam melecur sebab mak tak tahan panas. kak sapu ubat kat badan mak. tapi mak cakap, "tak apa, akak pegilah belajar. mak sihat ja". akak tak tahu pun mak buat pembedahan jantung hari tu. mak tak bagitau akak sebab time tu akak tengah exam. mak tak bagitau akak pun mak kena kanser air liur. mak tak bagitau sebab mak tahu akak tengah struggle ambil exam ielts. mak,


akak rindu sangat mak.


tadi kak call abah. kak sangat excited sebab dah lama tak cakap dengan mak. kak nak ucapkan selamat hari ibu. tapi, abah cakap mak balik siam. kak suruh abah mesej number phone sedara kat siam. kak try call. tapi, tak dapat cakap dengan mak.


akak lagi teramat rindu mak.


mak. hari ni hari ibu. semua orang cakap dengan mak. gelak-gelak. akak nangis sebab akak tak dapat cakap dengan mak.

5.5.11

keindahan pop : kpop

the sun was setting down. i leaned back on the seat while taking videos with my hayden. my friend was taking pictures. the guys at the front were chatting and for some good reasons, i didn't hear at all. my tummy was so full with all those food that they couldn't finish. yeah. i was pekerja bandaran hari tu. 

at one point, i heard the driver, alip was singing "just the way you are" by bruno mars. not bad. bolah tahan suara. the rhythm lullabied me with hayden even more and eventually the song turned to be "something korean"! then, keluarlah segala bala snsd, wondergirls, park jun hyong, mae hyun etc(i reka cipta the last 2 names). muka hensem. badan taf. main ragbi. dengar lagu korea?? ape kes ni beb! 

begitu kuat penangan kpop sampai si taf alip tu pun boleh layan. one word : dahsyat. muncul pula gula-gula dan 24 : 7. tak payah la i letak gambar, semua orang dah tau kot. 


merujuk kepada gambar di atas. 

keindahan pop? pop tak pernah ada keindahan. keindahan bukan perkataan yang sesuai untuk digandingkan dengan pop. ais pop tak pe. memang indah kalau makan aispop masa panas. nak pulak, kita wachaa! aispop tu patah dua. puas dan indah. tapi ini lain. kalau nak tiru korea pun, cermin la diri sikit. jadi lah macam china. buat barang buatan tiruan pun, dapat untung. kau? dapat kutukan ada la. tapi, i salute diorang berani. tu je.


4.5.11

dunia blog

"dunia blog sangat hebat
tapi sayang ia hanya fantasi"

3.5.11

carlos santana

santana. a great guitarist. abah i yang introducekan santana kat i dulu. yes. my dad loves music yet cars are his obsession. wings, search, lefthanded etc. umpama kau jangan kutuk nash depan abah, kau akan masuk hospital nanti. haha. abah pernah beli vcd original "the corrs". abah minat band dari ireland tu sebab diorang main instruments best. di rumah usang i di kedah, kalau sekali pasang lagu, bergegar rumah "dum.dum.dum" bunyi bass. tapi sekarang abah dah 48. i suruh dia baca al-quran banyak-banyak. ok fine. i admit it. i miss my home badly!





"It just takes a little bit of this, a little bit of that
It started with a kiss, now we're up to bat
A little bit of laughs, a little bit of pain
I'm tellin' you, my babe, it's all in the game of love"

game of love - santana and michelle branch




courtesy of metrolyrics



2.5.11

jun bulan mengawan.


dah nak dekat bulan jun sudah. bulan yang penuh kenduri kawin.  I sangat suka pergi kenduri kawin sebab dapat makan free. part paling best ialah I akan suruh abah I pergi dulu, biar dia bagitau lauk apa and sedap tak, baru I ajak dia pergi sekali lagi atau pergi dengan adik i. haha. sorry abah dapat anak macam ni. sekarang ni dah jadi kebiasaan bagi orang melayu. berlebih-lebihan. mungkin pasal baju I tak kisah sangat lah. ye la kan perempuan sekali dalam hidup nak pakai baju pengantin. yang masalahnya ialah segala bala 10 tingkat kek, pelamin yang gah di dalam rumah yang merekah, 10 baju persalinan i.e. kimono, sari, cheongsam, English-styled; fotografi yang berlebihan, mekap 10 inci. chill la beb. bagi I, cukuplah sepasang baju pengantin yang cantik(mahal pun tak pe. I told you tadi), seorang suami dan satu walimatul urus yang sederhana.

I ada pengalaman. sedara I kahwin. pelamin gah. baju pengantin gah. makeup segah mungkin. catering mahal. last sekali apa jadi? terpaksa berhutang dengan pakcik catering sebab tak ada bajet nak bayar. in the end, terpaksa tolak motor kat kedai sebab nak bayar duit hutang kat pakcik catering tu. nauzubillah. absurd.

hishamuddin rais pernah bercerita pasal tak sukanya pergi ke kenduri sekarang sebab semuanya buat catering, dan di hotel yang grand etc. well, I terpaksa bersetuju dengan dia. lebih elok buat di kampung dengan saudara mara berduyun-duyun (walaupun kau tak kenal sebahagiannya), memasak secara “pakat” iaitu bergotong royong, tak ada renjis-renjis yang sangat absurd ni, hebohkan kita ni sudah berpunya(itulah function walimatul urus kan?),penuh dengan doa kebahagiaan dan gelak ketawa. it will be my perfect wedding insyaAllah.

imagine you are planning for your wedding and you pen down all of important things and stop before reaching the limit of your budget.  your wedding will be wonderful inside the region of list of what you have penned down. a great wedding !”

 “imagine you are standing at the center and you swing your lasso and stop when you are about to reach the singularity of the function. taylor’s series is valid inside the region. that’s what taylor’s series is. a beautiful theory. ” P.G.Brown(my lovely lecturer).

sama saje kan? hehe

william and kate





april 29, 2011. diorang berkahwin dengan gilang gemilang! a perfect wedding! wedding of the year! ape lagi? segala bagai wedding la. kau sangat beruntung kate. kau dapat menawan hati putera satu perempat botak itu. gurau je. i tengok berulang-ulang kali part kate berjalan along aisle tak akan jemu. gaun dia sangat cantik. i harap kate nyanyikan lagu ni untuk suaminya. kalau tak nak pun, i nyanyikan ok.




"I still remember this moment
In the back of my mind
The time we stood with our shaking hands
The crowds in stands went wild
We were the kings and the queens
And they read off our names
The night you danced like you knew our lives
Would never be the same
You held your head like a hero
On a history book page
It was the end of a decade
But the start of an age


Long live the walls we crashed through
All the kingdom lights shined just for me and you
I was screaming, "long live all the magic we made"
And bring on all the pretenders
One day we will be remembered

I said remember this feeling
I passed the pictures around
Of all the years that we stood there on the sidelines
Wishing for right now
We are the kings and the queens
You traded your baseball cap for a crown
When they gave us our trophies
And we held them up for our town
And the cynics were outraged
Screaming, "this is absurd"
'Cause for a moment a band of thieves in ripped up jeans got to rule the world

And you take a moment
Promise me this:
That you'll stand by me forever
But if God forbid fate should step in
And force us into a goodbye
If you have children someday
When they point to the pictures
Please tell them my name
Tell them how the crowds went wild
Tell them how I hope they shine"

long live by taylor swift


courtesy of directlyrics and flickr and google image

1.5.11

audioslave.

" I am not your rolling wheels
I am a highway
I am not your carpet ride
I am the sky "

i am the highway-audioslave