dah nak dekat bulan jun sudah. bulan yang penuh kenduri kawin. I sangat suka pergi kenduri kawin sebab dapat makan free. part paling best ialah I akan suruh abah I pergi dulu, biar dia bagitau lauk apa and sedap tak, baru I ajak dia pergi sekali lagi atau pergi dengan adik i. haha. sorry abah dapat anak macam ni. sekarang ni dah jadi kebiasaan bagi orang melayu. berlebih-lebihan. mungkin pasal baju I tak kisah sangat lah. ye la kan perempuan sekali dalam hidup nak pakai baju pengantin. yang masalahnya ialah segala bala 10 tingkat kek, pelamin yang gah di dalam rumah yang merekah, 10 baju persalinan i.e. kimono, sari, cheongsam, English-styled; fotografi yang berlebihan, mekap 10 inci. chill la beb. bagi I, cukuplah sepasang baju pengantin yang cantik(mahal pun tak pe. I told you tadi), seorang suami dan satu walimatul urus yang sederhana.
I ada pengalaman. sedara I kahwin. pelamin gah. baju pengantin gah. makeup segah mungkin. catering mahal. last sekali apa jadi? terpaksa berhutang dengan pakcik catering sebab tak ada bajet nak bayar. in the end, terpaksa tolak motor kat kedai sebab nak bayar duit hutang kat pakcik catering tu. nauzubillah. absurd.
hishamuddin rais pernah bercerita pasal tak sukanya pergi ke kenduri sekarang sebab semuanya buat catering, dan di hotel yang grand etc. well, I terpaksa bersetuju dengan dia. lebih elok buat di kampung dengan saudara mara berduyun-duyun (walaupun kau tak kenal sebahagiannya), memasak secara “pakat” iaitu bergotong royong, tak ada renjis-renjis yang sangat absurd ni, hebohkan kita ni sudah berpunya(itulah function walimatul urus kan?),penuh dengan doa kebahagiaan dan gelak ketawa. it will be my perfect wedding insyaAllah.
“imagine you are planning for your wedding and you pen down all of important things and stop before reaching the limit of your budget. your wedding will be wonderful inside the region of list of what you have penned down. a great wedding !”
“imagine you are standing at the center and you swing your lasso and stop when you are about to reach the singularity of the function. taylor’s series is valid inside the region. that’s what taylor’s series is. a beautiful theory. ” P.G.Brown(my lovely lecturer).
sama saje kan? hehe
2 comments:
oh yes setuju. time ada kerja kahwin nilaa semua saudara mara berkumpul and dapat rapatkan silaturrahim. catering takboleh buat semua tu, huu :)
yes. di hotel kena cover2 makan, kena control la ape la.
Post a Comment