Pages

28.5.11

new project for star wars - i am c3p0.

satu minggu ini 8 orang dari movie star wars telah membuat reunion bagi mengendalikan sebuah projek. projek raksasa ini memang tak ada kena mengena dengan ultraman dll. 8 orang yang terpilih ialah master yoda, qui gon, obi wan kenobi, master windu, anakin skywalker, R2D2, chewbacca dan akhir sekali droid yang sangat bising iaitu C3P0. projek itu sangat penting bagi memastikan dark side hilang selama-lamanya dari bumi Allah ini. walaupun episode VI telah menceritakan bahawa dark side telah kalah, namun ianya belum lagi dimusnahkan sehabis-habisnya. maka dengan itu george lucas telah meng-email projek raksasa kepada 8 orang ini untuk memastikan ianya betul-betul musnah.

dalam projek ini, mereka perlu membuat satu sistem locking mechanism for a safe. maksud yang mudah ialah, buat satu sistem di mana jika password yang betul dimasukkan untuk safe, pintu safe akan terbuka dan jika password yang salah dimasukkan, pintu safe akan terkunci selama-lamanya.(jangan tanya kenapa tak musnahkan je peti safe tu. sila baca sampai habis.)

hal ini penting kerana terdapat rahsia di dalam safe itu dan jika konco-konco dark side boleh membuka safe itu, maka mereka boleh menakluki segala galaxy dan senat. haha. so, inilah plan yang telah dipersetujui.

sebenarnya, ini ialah assignment i dan member-member i. tapi nak bagi gempak sikit, i tukar nama diorang dengan nama - nama dalam star wars. lagi gempak apabila lecturer i aka george lucas bagitau ini ialah projek PhD dia dulu-dulu. pergh. patutla terbakar sedikit neuron transmitters dalam otak kitorang. dalam projek ini, i jadi C3P0, droid yang bising dan tak reti buat kerja but at least i tahu memasak, so i masakkan untuk diorang. loser kan?huhu


2 comments:

Sang Gabriel said...

patotlah aku xpaham apa ko tulis,assignment upenye..haha

darth vader idola aku mane?

fingerkontot. said...

dia masuk hospital. dia ckp nak check jantung td.

haha. ngarut ye.