Pages

19.5.11

balik rumah

mulanya, i tak nak balik malaysia 3 tahun. nak simpan duit pergi melacong satu europe third year nanti. hampeh. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

i dah book tiket flight balik bulan sebelas ni. hehe. i tahu sekarang ni masih awal untuk buat plan ke berimaginasi. tapi, memandangkan sekarang ni i tak dapat tidur mengenangkan esok ada exam, i dah buat plan.

plan buat masa ni.

i akan sampai airport nanti pukul 10 malam. so, i sangat tak suka menyusahkan orang untuk ambil i di airport. dan i sangat suka merayau sorang-sorang. so, i plan nak naik train ke kl sentral.

perkara pertama yang i akan buat ialah isi perut dengan benda yang sodap. maksudnya ialah burger burger king. kau faham kan kenapa i doublekan burger. sebab pertama burger berjenama burger king. kedua, nak makan double burger la. triple pun boleh muat kot. pada masa yang sama, i akan beronline di situ sampai pagi esoknya. 

esok pagi sesudah subuh, i akan bertolak ke masjid india untuk menikmati nasi lemak akak indon yang bagi i, sangat sedap. i nak letak sambal sotong, sambal daging, sambal ikan bilis, telur. tak kisah dia nak letak harga berapa pun. selepas itu, i akan pergi ke taman klcc untuk makan nasi lemak yang i beli tadi. port lama i sebelum i masuk kerja di nandos dulu. hehe. tengah hari, i akan meneruskan perjalanan i bersama bagasi yang mungkin berat dan akan menuju ke satu tempat tepat pukul 12 tengah hari; McDonalds.

selepas habis makan tengah hari, i akan menyusuri ke tempat kerja i dulu, nandos untuk berjumpa member-member lama dengan harapan dapat makan nandos secara percuma. hehe. sambil itu, i mungkin akan beli rotiboy yang berharga RM2.00. 






selepas itu, i akan makan kfc hot and spicy sepuasnya. mungkin selepas itu i akan berak pulak sepuasnya kerana sudah lebih dari 2 jam, hasil percernaan makanan iaitu chyme berada dalam perut i. 

i akan menyusuri train putra ke wangsa maju untuk ke jusco. tempat favourite i dimana ada jual takoyaki. mungkin akan membeli sedozen kotak takoyaki. i rasa macam tak banyak je sedozen tu. tak apalah. lain kali boleh makan lagi. 

selepas itu, i akan menunggu bas T305(jika masih wujud lagi) untuk ke ukay perdana. mandi-mandi siapkan diri untuk meneruskan perjalanan i ke seantero kuala lumpur sebelum bertolak balik ke kedah.

sorry. idea tengah mencurah-curah jatuh ke ladang gandum.

2 comments:

Sang Gabriel said...

aku perasan agenda balik kau banyak berkaitan makanan....


haha

fingerkontot. said...

haha. kau punya analisis sangat mantap.