Pages

30.5.11

hilang kebebasan.

itulah susahnya jadi perempuan. tambahan lagi, dari bani melayu ini. hilang kebebasan di awal usia dek kerana takutkan diri itu berlaku apa-apa. come on la. kau tak pernah terfikir ke hidup ini terlalu singkat? 24 jam itu telalu pendek. 


paranoid sangat dengan waktu malam. mau taknya, tiap-tiap hari dihidangkan dengan csi: miami, csi: new york, criminal minds, bones, castle dan habis leceh pun gerak khas. pfft. i tahu ada kadang-kadang ada berita yang tak indah pasal pasal perempuan kena rogol etc. tapi jika difikirkan balik, yang kau pergi hoo-hah hoo-hah kat night club tu buat apa bedah?


apa yang i nak maksudkan ialah kebebasan keluar malam untuk tenangkan hati, jiwa, perasaan dan menimba pengalaman. cewah. bukannya bercengkerama di bawah sinaran purnama di tasik titiwangsa atau tasik darulaman. 


tolonglah keluar malam(atau siang) wahai kaum perempuan. jangan jadi macam katak di bawah tempurung la. duduk di rumah, tengok tv, camwhore, stalk fb orang 24 jam. banyak benda lagi yang kau boleh buat dalam dunia ni bedah! jangan jadi macam i, umur 20 baru terkinja-kinja tengok dunia. sebab apa? sebab tak sedar banyak masa dah habis dengan benda bodoh. 


dan i call abah i:


fingerkontot: abah, akak nak travel.
abah: pergi mana?
fingerkontot: europe tahun depan bulan 2 dengan member sorang lagi dan akak dah book tiket. (tekankan suara pada perkataan book.)
abah: owh. pergilah. jaga diri elok-elok. cukup duit ke tak?




so, kalau kau nak keluar mana-mana, pertama, jangan lupa bagitau parents dengan jujur. bagitau dah cukup, tak perlu minta permission. kalau diorang tanya, belasah je lah diorang tu. tak perlu. cakap bebaik dengan diorang. kedua, jaga diri elok-elok. yang ketiga, duit kena ada sikit even 10 hinggit. itu saja.


sekian.

1 comment:

Sang Gabriel said...

kau baru je bikin aku jelez dengan niat nak travel kau