Pages

31.7.11

ramadhan

terasa sepi dan terasa seperti tiada apa akan berlaku esok dan 30 hari akan datang. walaupun ianya sangat-sangat bermakna kepada kaum muslimin mengejar kebaikan sebanyak mungkin tapi di sini, suasana di sini masih sama seperti hari-hari sebelumnya. seperti tiada apa-apa berlaku. ini tak boleh jadi!

kita kena mengimarahkan bulan ramadhan al-mubarak!

walaupun tiada sesiapa yang akan menyahut kerana i hanya bercakap dalam hati, tetapi biarlah diri ini saja percaya bahawa tahun ini, ramadhannya akan menjadi lagi baik dari tahun lepas. biarpun sedikit. 

ramadhan di bumi orang. memang penuh cabaran.

28.7.11

harga ayam

"harga ayam sekarang ni ialah dua dollar empat puluh satu sen sekilo ya!"

"owh. $2.41". i bermonolog dalaman.

sambungnya lagi. "maka dengan itu, currency australian dollar menjadi lagi kukuh!"

"owh. huh? apa kaitan antara harga ayam dengan currency ni?" i tertanya-tanya.

dia menjawab. "harga ayam semakin menurun, maka aussie dollar menjadi lagi kukuh la!"

"tapi, apa kaitan ayam dan currency?"tak dapat kaitkan lagi.

dia memberi kesimpulan. "memang macam itulah."


terus tersedar dari mimpi. kenapala nasib ni dapat mimpi sebegini rupa? tak ada mimpi lain ke? kalau i dapat jumpa "dia", karakter dalam mimpi itu, sumpah nak terajang dia!

mana ada kaitan harga ayam dengan currency!!!!!!!!

27.7.11

minyak.



lagu "stop this song" by paramore berkumandang. [bunyi alarm]

ugh. menggeliat.

keluarkan kepala dari quilt tebal. "gelap lagi."

tidur balik.

15 minit kemudian.

bunyi alarm.

keluarkan kepala. "sikit lagi."

masuk dalam quilt.

15 minit kemudian.

bunyi alarm.

keluarkan kepala. "lambat lagi ni. sikit lagi sikit lagi."

masuk dalam sarang balik.

15 minit kemudian.

lagu "stop this song." sekali lagi.

keluarkan kepala. "baru nak cerah ke?. sikit lagi."

masukkan kepala dalam quilt. 

tenyeh-tenyeh hidung sikit.

daaangg!!

minyak gila hidung!!!

campak quilt.

pergi cuci muka dan solat subuh.

bodoh punya neutrogena. pehal hidung macam kuali pisang goreng je.


25.7.11

tenung jauh.

sigh.

sandar di kerusi putih sambil tenung sayup ke luar tingkap.

timun, jambu air, nenas, sengkuang, pelam ranum, dituang masuk ke dalam kuah rojak super sedap. ha macam itulah otak ini ligat memikir segala benda dalam satu masa.

tenung jauh jauhh jauhhh jauhhh ke luar, sengaja dibuat supaya masa berlalu begitu saja umpama biskut bergula cap ping pong cecah air teh panas. memang tak ada synchronization antara dua benda ini.

papppp!!!
bunyi sesuatu menampar cermin tingkap depan i. dan of course bukan tangan i.

hurm.

cepat-cepat pergi ke katil tarik selimut tutp muka. menggigil.

bukan takutlah! cuma sejuk sedikit.

hik hik.

bawa perut.

family i jenis yang enjoy makanan, yang suka menasihati sesama ahli selepas makan seperti
"jangan makan satay ni sangat, nanti dapat penyakit."
padahal abah i gi bedal beli 100 cucuk satay buat hapa?


"jaga-jaga sikit makan, taghoh kat orang len sama."
buat-buat tak dengar sebab mana ada orang lain selain kitorang 4 beranak.


dan begitulah kitorang punya stail hidup. dan dibawa ke sini umapam warisan turun temurun iaitu i sebagai pewaris utama, menasihati diri sendiri selepas hentam dua pinggan nasi, hentam kat shalom, hentam kat taste of thai and the list goes on...


hari ini pula.


i buat dekk je balik rumah hari ini, yang sebelum ini i akan heboh-heboh "malam ni nak masak apa ha?", "malam ni nak masak apa ha?", "malam ni nak masak apa ha?" kerana i dah bawa perut ke shalom (kedai makan chinese indonesian). pekena balinese styled chicken, telur, nasi dan ais kacang bersama durian. 


member tanya je,  "malam ni nak masak apa ha?", dan i menjawab "tak payah lah nak masak sangat, makan roti je, diet la sket.". padahal, mulut bau durian memanjang.


cepat-cepat i ambil listerine antibacterial mouthwash berkaler ungu supaya diorang tak detect bau tu.


hik hik hik.



21.7.11

sambal ikan keli in kingsford, sydney.

my favourite ikan-ikan are siakap, ikan keli dan ikan patin.

semenjak dok di negara orang ni, benda paling susah nak hilang ialah rasa makanan malaysia. agak-agak teghingin nak makan ikan keli, terbayang ghasa ikan keli bakaq kat jalan pi paya kemunting. agak-agak teghingin nak makan ikan patin, telan dua tiga teguk ayaq liuq terbayang masak lemak ikan patin kat bmi, gombak dulu-dulu. dan begitu lah hari demi hari sampai lima bulan di sini tak sentuh ikan-ikan yang rare! ini. ikan puyu tak yah cakap la. nak ghodek mana kat sydney ni?

dua minggu lepas, i terjumpa kedai "nasi goreng" dengan slogannya "authentic malaysian and indonesian food". sebenarnya, dah lama i nampak kedai ni cuma interior designnya yang kurang menyengat, so i tak berminat la kan nak masuk kedai ni. tapi, ada orang cakap kedai ni ada masakan ikan keli yang sedap. apa lagi, i dan seorang member serbu kedai tu untuk buka puasa "ganti" hari tu. 

sambal ikan keli, masak lemak ikan patin, rendang daging dan masak lemak pucuk paku.

my comments untuk lauk-lauk yang kampung yang rare ini ialah sangat berbaloi untuk setiap sen yang dikeluarkan. 

sambal ikan keli yang menggunakan sambal giling sendiri (baca : sambal giling, giling sendiri), boleh rasa belacannya, boleh pilih nak pedas ke medium pedas ke, atau pedas gila. masak lemak ikan patin yang sedap dan semua sedap belaka.

tetapi harganya jangan terkejut pulak noe. harga:

sambal ikan keli : $11 = RM 35.20 seekor
nasi dan tiga lauk (ikan patin, daging dan pucuk paku) = $8.50 = RM27.20

tapi, memang berbaloi la kalau orang yang mengidam seperti saya ini ya. untuk informasi, kedai itu terletak anzac parade, kingsford dan satu building dengan westpac bank. btw, tiap minggu saya makan kat kedai ni. hehe





travel.

owh sudah lama tak update blog ni. well, i'm travelling through a harsh time right now. thus, i'm sneaking from my own hectic day to blog something.

it has been 48 hours raining all along never stop in sydney. i dont hate rains as there is rahmat behind them. i do believe that and i'm more likely love to have raining than sitting under 37 degree celcius.

travel.

i aimed the third last row from behind as my favourite seat in bus and i was praying no one touched that seat as i marched on along the walk. yes. today i was lucky because nobody sat on that lucky seat. so, i butted on and quickly watching outside of the bus. "this is gonna be the best travel i've ever had!". rains were pouring heavily, super duper heavy; i was freezing inside out but the smile still sketching on my lips as i could see the terrace houses, the dark sky, people struggling with their cheap umbrellas, the pavements, the street names, the signboards getting wet, wet cars, women in all sorts of coats, man and woman hugged each other under an umbrella and that was so sweet.

and my friend beside me, out of sudden, told her stories when she was travelling to melbourne recently. she told she had to go back and forth a few times just want to visit some-unknown-beautiful park bla bla bla. daaa. "i dont care!". i'm not a person who loves visiting every famous places, taking pictures, uploading on facebook, tagging people. that's not travel meant to be for me. travel means more than that.

i enjoy travelling in my own way.


there's no need to travel far away to gain new experience before you get experience in your own place.

13.7.11

kahwin kahwin kahwin.

adakah umur 19 tahun 9 bulan itu sudah cukup matang untuk berkahwin? jauh lagi kot untuk berumah tangga. tapi semalam mama i bilang "macam nak dapat menantu dah ja.". i bilang balik, "lambat lagi. calon pun tak ada." blushing blushing semasa ber-conversation pasal benda-benda yang matang ini. haish. mama i tanya balik "ramai orang kat sini nak bagi anak depa nih.". berdekah-dekah i gelak. sudah terbalik kot dunia ini. bukan orang tua "bagi" anak dara diorang instead of anak teruna?

tak apalah.

sorry lah mama oii. jauh lagi nak berumah tangga. berfikir pasal kahwin ini adalah sentiasa, biasalah perempuan kan. berplanning nak pakai baju kaler apa, nak buat tema apa etc. hehe. tapi i tahu, itu hanya permukaan disebalik dasarnya yang sangat-sangat dalam. tanggungjawab, komitmen, kasih-sayang, duit, seks, turn balik raya etc. semua benda tu perlu sangat diambil kira sebelum berkahwin.

lagipun, i masih muda. mahu enjoy dulu!



10.7.11

trial pertama dalam video editing.



this is my first crack in editing video. damn. it's so hard to edit a video. i did this just to full my time in not-to-do-anything-in-winter-break schedule. i went to vivid sydney event last 2 months ago and taken shots and more shots randomly that apparently, made me struggling in what idea that i have to brought on this video. plus, i have to say that, my hayden is so so not cool at night. all videos are blurred. ugh. tapi ok la kan. baru permulaan. i used Corel VideoStudio Pro X4. well, i dont know nothing about editing software; which one is bad, good, cool blah blah, so i choose corel because i got the full version and its serial number for free at pirate bay. so easy la. 


therefore, enjoy it sayang.

comment.

salam.

hobi i sudah bertambah menjadi dua. yang first dulu ialah korek hidung sebab memang itu hobinya, memperuntukkan satu perlima masa dengan mengorek hidung. i know it sounds so disgusting bluekk! but hey! kalau kau tak korek hidung, lagi kau nampak disgusting!

but then, i tersedar yang hobi kedua i jauh lagi bagus walaupun korek hidung itu adalah satu fundamental kehidupan seharian i iaitu membaca komen. but i dont like writing the word "comment" in malay as it pictures me some kind of romen what so ever. i'm more looking forward towards the comments listing below the subject i.e. youtube video, fb status and blog post. tapi, i tak gemar sangat tengok dengar comment dari judges dalam reality tv seperti masterchef, australia's got talent etc sebab tak kembangkan minda i pun. hal ini kerana, comments itu berpusing-pusingan ber-ferris wheel-kan benda yang sama either best or worst, good or bad, delicious or bad cooking, spectacular or just so-so. got my point?

di bawah ini adalah sedikit comments yang tak adalah bagus tapi menarik untuk dibaca.

atas: dua orang ini mengamuk sebab tak dengar abang mars menyanyi. sejak baca comments ini, baru i tahu apa itu fungsi sebenar cd. 

atas: owh. dah lama i tak keji member-member kat kedah dengan ayat "woi, peghak buih aihh". haha

 atas: i really agree to this statement.


atas: haha. tak pasal-pasal kena marah.

atas: this comment really makes me laugh as it doesn't fit to the video and i don't know what on earth is reginaspektoritis. so, i gugel it!

atas: ini bukan comments tapi ini luahan perasaan bodoh karabuchi punya orang. perlu ke cerita kat semua orang haa?

atas: masih ada orang yang bagi penerangan pasal benda yang tak perlu beri penerangan pun. haha. sangat pathetic bagi orang yang tengok af, mentor kejadah semua tu.

atas: ROFL!

atas: i really love the second comments in regards to a video about how stupid miss universe usa are in their opinion about evolution.





















7.7.11

BERSIH dan Taylor Swift.

hanyalah coincidence di antara BERSIH 2.0 dan taylor swift. bukan pasal colour kuning dan lagi bukan taylor swift nak join sekaki perhimpunan BERSIH ni. tapi, kalau didengar bait-bait lirik "last kiss" oleh taylor swift:

"I do recall now the smell of the rain
Fresh on the pavement, I ran off the plane
That July 9th the beat of your heart
It jumps through your shirt, I can still feel your arms"
courtesy of elyrics.

ya. 9 julai lepas adalah the day she had the last kiss dengan mamat mana ntah.

ya. i mengarut malam-malam ni.

tapi ia still coincidence kan?. 9julai equal to perhimpunan BERSIH equal to the last kiss of TAYLOR SWIFT. 



keh keh! mamai malam-malam!

6.7.11

suratan atau kebetulan.

suratan atau kebetulan by premelodic

"Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
".

Pilihan hidup tak pernah ada yang betul dan salah cuma kau saja yang fikir pilihan tu salah kerana bimbang dengan masa depan kau yang mungkin berkait rapat dengan faktor- pilihan ibu bapa kau, member, idola kau etc. jika kau sudah pilih itu jalan, percayalah itu jalan memang untuk kau dan sepanjang jalan itu kau kena lalui dengan niat yang betul. then. hidup kau akan gumbira la la la! insyaAllah.

bbye!




4.7.11

ingin jumpa anwarhadi.

winter break kali ini, i menantikan katil yang empuk, resipi yang sedap untuk dimasak dan internet connection yang lajuu. itu saja. tak mahu yang lain. 

tapi spoil.

disebabkan seorang kawan yang beria-ria-ria tahap dewa nak pergi macquarie, i pun temankanlah si beliau ni pergi macquarie sekejap. macquarie terletak di area north sydney dan i berada di eastern suburb of sydney. pendek kata, jauh juga la. 

dalam hati, i tahu sangat perangai si beliau ni yang teringin mengidam mimpikan mahukan jumpa si anwarhadi. yes. anwarhadi belajar di macquarie university. si beliau ni memang die hard fan anwarhadi lah. i pun tak tahulah kenapa minat sangat. tengok video dia cukuplah. nak kalut lebih lebih pasal diri dia buat apa? tapi memang begitu sikap manusia, apabila minat seseorang, jenama spender orang tu pun nak tahu. haishh.

satu jam ambil masa untuk sampai sana untuk berjumpa kiah, senior mrsm kitorang yang juga member kamceng si anwarhadi. erm. macam artis sudah si anwarhadi ni. sembang-sembang, makan, main ice skating. ice skating per entry ialah $19 dan boleh main sampai lunyai, lembik, jeruk etc. tapi cempedak jatuh, main ice skating lagi, cempedak jatuh lagi. akhir sekali, si anwarhadi tak boleh join sebab ada training rugby untuk dia pergi melbourne nanti. 

sedihlah si beliau ini tak jumpa anwarhadi. haha. padan muka. 

so, weekend ini i memang bazir masa la.


1.7.11

ArcAttack.


assalamualaikum.

i nampak sekarang ni sudah banyak entry-entry blog berbaur politik i.e. bersih, ibrahim ali etc. banyak blog yang jadi bahan bacaan i setiap masa tak kira pagi petang siang malam berbaur politik sekarang ini. erm. dont care. i memang tak suka politik.

btw, ini video cerita pasal ArcAttack, satu band dari austin, texas yang gabungkan science dan music sekali gus!. ini geeks tahap brahma punya otak. diorang berjaya create musical instruments, "baju besi" ala-ala zaman king arthur dan sudah tentunya tesla coil dengan sendirinya. sangat cool. ArcAttack pernah masuk america's got talent tapi voted off. video di atas ni diorang perform untuk maker faire di bay area, us bersama adam savage iaitu co-host mythbusters dekat discovery channel.

filem "the prestige" oleh christopher nolan menceritakan sedikit sebanyak pasal tesla coil secara hiburannya. maksudnya di sini, tiada teori-teori yang berlebihan had keupayaan minda untuk memahami dan hanya ke-awesome-an aksi-aksi cas-cas elektron yang mengalir hasil dari tesla coil. dan kita hanya boleh terbit perkataan "wow! cool gila.". 

budak science ialah nerd. tapi budak science jauh lagi awesome dari yang lain. 
contoh: ArcAttack
contoh lain: Sheldon Cooper

enjoy!

kisah "minta couple".

selena g & justin b. the lovebirds. courtesy of flickr.
(gambar hiasan)

ada sebuah cerita dari seorang member.
member i ni perempuan yang berciri-sifatkan cool, sangat genius, gila politik, one of her kind. i sangat suka personaliti minah ni yang sangat tetap, tegap, keras etc.


seorang mamat mahu couple dengan minah ni. bermesej punya mesej. dan mamat ini hantar satu mesej sebegini rupanya,


mamat: "nak minta cople boleh?"
minah: "sorry la aku tak nak couple dengan kau."
mamat: "asal?"
minah:"sebab kau spell couple salah."


end of story.


haha. this is a true story ok. so, minta couple la seperfect yang mungkin. cheers to minah ni!