adakah umur 19 tahun 9 bulan itu sudah cukup matang untuk berkahwin? jauh lagi kot untuk berumah tangga. tapi semalam mama i bilang "macam nak dapat menantu dah ja.". i bilang balik, "lambat lagi. calon pun tak ada." blushing blushing semasa ber-conversation pasal benda-benda yang matang ini. haish. mama i tanya balik "ramai orang kat sini nak bagi anak depa nih.". berdekah-dekah i gelak. sudah terbalik kot dunia ini. bukan orang tua "bagi" anak dara diorang instead of anak teruna?
tak apalah.
sorry lah mama oii. jauh lagi nak berumah tangga. berfikir pasal kahwin ini adalah sentiasa, biasalah perempuan kan. berplanning nak pakai baju kaler apa, nak buat tema apa etc. hehe. tapi i tahu, itu hanya permukaan disebalik dasarnya yang sangat-sangat dalam. tanggungjawab, komitmen, kasih-sayang, duit, seks, turn balik raya etc. semua benda tu perlu sangat diambil kira sebelum berkahwin.
lagipun, i masih muda. mahu enjoy dulu!
2 comments:
Kahwin ni kes berat. Macam-macam kena pikir. Sigh
lagi banyak pikir pasal kawin. lagi lambat kawin. haha
Post a Comment